Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mekanik statistik
ialah penggunaan
statistik
(termasuk alat-alat
matematik
untuk
populasi
besar) untuk bidang
mekanik
yang berkenaan dengan gerakan zarah-zarah atau objek-objek yang ditekan oleh sesuatu
daya
.
Mekanik statistik membekalkan rangka kerja untuk mengaitkan sifat-sifat
atom
dan
molekul
yang mikroskopik dengan sifat-sifat bahan pukal yang boleh diperhatikan dalam kehidupan harian. Oleh itu, mekanik statistik menerangkan
termodinamik
pada tahap mikroskopik melalui hasil statistik dan mekanik. Khususnya, mekanik statistik juga boleh digunakan untuk mengira sifat termodinamik untuk bahan-bahan pukal berdasarkan data
spektroskop
molekul.
Kebolehan ini untuk membuat ramalan-ramalan makroskopik berdasarkan sifat-sifat mikroskopik menyebabkan mekanik statistik mempunyai kelebihan berbanding dengan bidang termodinamik. Kedua-dua teori ini dikuasai oleh
hukum termodinamik kedua
melalui perantara
entropi
. Bagaimanapun, entropi dalam bidang termodinamik hanya boleh diketahui secara
empirik
, manakala dalam mekanik statistik, entropi merupakan satu fungsi taburan sistem pada keadaan-keadaan mikro.
- Chandler, David (1987).
Introduction to Modern Statistical Mechanics
. Percetakan Universiti Oxford.
ISBN 0195042778
.
- Huang, Kerson (1990).
Statistical Mechanics
. Wiley, John & Sons, Inc.
ISBN 0471815187
.
- Kroemer, Herbert; Kittel, Charles (1980).
Thermal Physics (edisi ke-2)
. Syarikat W. H. Freeman.
ISBN 0716710889
.
CS1 maint: multiple names: authors list (
link
)
|
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|