McAfee, LLC
[3]
(dahulunya dikenali sebagai
McAfee Associates, Inc.
pada tahun 1987?2014 dan
Intel Security Group
pada tahun 2014?2017) merupakan sebuah syarikat perisian
keselamatan komputer
Amerika Syarikat yang beribu pejabat di
Santa Clara, California
.
[4]
Syarikat ini dibeli oleh
Intel
pada bulan Februari 2011,
[5]
[6]
dan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan Keselamatan Intel.
Pada 7 September 2016, Intel mengumumkan tentang urusan strategik dengan TPG Capital untuk menukarkan Keselamatan Intel kepada usahasama antara kedua-dua syarikat yang dinamakan sebagai McAfee.
[7]
Urusan tersebut tamat pada 3 April 2017.
[8]
Thoma Bravo memegang saham minoriti di syarikat tersebut, dan Intel mengekalkan saham 49%.
[9]
[10]
Syarikat ini diasaskan pada tahun 1987 sebagai
McAfee Associates
, dinamakan bersempena nama pengasasnya John McAfee, yang telah meletak jawatan dari syarikat ini pada tahun 1994.
[11]
Syarikat McAfee telah digabungkan di negeri
Delaware
pada tahun 1992.
Network Associates
telah dibentuk pada tahun 1997 sebagai gabungan antara
McAfee Associates
,
Network General
,
PGP Corporation
dan
Helix Software
.
Syarikat tersebut telah distruktur pada tahun 2004, bermula dengan jualan perniagaan
Magic Solutions
kepada
Remedy
, iaitu anak syarikat
BMC Software
pada awal tahun itu. Pada pertengahan tahun 2004, syarikat tersebut telah menjual perniagaan
Sniffer Technologies
kepada sebuah firma yang disokong oleh
modal teroka
bernama
Network General
(nama yang sama dengan pemilik asal
Sniffer Technologies
), dan menukarkan semula namanya kepada McAfee untuk mencerminkan tumpuannya kepada teknologi berkaitan keselamatan.
[12]
Antara syarikat-syarikat lain yang telah dibeli dan dijual oleh McAfee ialah
Trusted Information Systems
, yang membangunkan
Firewall Toolkit
, iaitu yayasan perisian percuma bagi
Gauntlet Firewall
untuk tujuan komersial, yang kemudiannya dijual kepada
Secure Computer Corporation
.
Hasil daripada kepemilikan
TIS Labs
/
NAI Labs
/
Network Associates Laboratories
/
McAfee Research
yang singkat, McAfee menjadi sangat berpengaruh dalam bidang perisian sumber terbuka, oleh kerana organisasi tersebut menghasilkan bahagian-bahagian daripada sistem pengendalian
Linux
,
FreeBSD
, dan
Darwin
, serta membangunkan bahagian-bahagian daripada perisian pelayan nama
BIND
dan Protokol Pengurusan Rangkaian Mudah (SNMP) versi 3.
McAfee telah membeli Perbadanan FSA yang berpusat di
Calgary
,
Alberta
,
Kanada
, yang membantu syarikat tersebut mempelbagaikan tawaran keselamatannya daripada hanya perisian antivirus berasaskan pelanggan kepada teknologi rangkaian dan teknologi penyulitan desktop yang tersendiri.
Pasukan FSA juga menyelia pembuatan beberapa teknologi yang tercanggih pada masa itu yang antaranya adalah
tembok api
, penyulitan fail, dan garis produk
prasarana kunci awam
. Walaupun garis produk tersebut mempunyai kejayaan individu yang tersendiri yang antaranya ialah
PowerBroker
(dituliskan oleh Dean Huxley dan Dan Freedman, kini dijual oleh
BeyondTrust
), kemajuan perisian antivirus sentiasa mengatasi kemajuan garis produk keselamatan yang lain. Ringkasnya, McAfee terkenal disebabkan oleh produk antivirus dan antispamnya.