Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ratu
Mary I
(18 Februari 1516 ? 17 November 1558) merupakan
Ratu England
dan
Ireland
dari Julai 1553 sehinggalah kemangkatan baginda. Ratu Mary I merupakan anakanda sulung kepada
Henry VIII dari England
dengan
Catherine dari Aragon
yang satu-satunya hidup sehingga dewasa. Adinda tirinya,
Edward VI
(anakanda Henry dengan
Jane Seymour
) mewarisi takhta daripada ayahanda mereka pada 1547. Apabila Edward gering sehingga kemangkatannya pada 1553, baginda cuba untuk menyingkirkan Mary daripada giliran perwarisan kerana perbezaan agama. Selepas mangkat, sepupu mereka disingkirkan dan
Lady
Jane Grey
diangkat sebagai ratu. Mary mengumpulkan kuasa di
Anglia Timur
dan berjaya menjatuhkan Jane. Pada 1554, Mary mengahwini
Philip II dari Sepanyol
dan menjadi
permaisuri
Sepanyol Habsburg
.
Sebagai pemerintah keempat yang ditabalkan dari
wangsa Tudor
, baginda diingati kerana membawa kembali mazhab Roman Katolik selepas pemerintahan di bawah mazhab Protestan oleh adinda tirinya. Ketika lima tahun pemerintahan Mary, baginda mengarahkan
hukuman pembakaran pada kayu pancang
terhadap lebih 280 pengingkar agama dan baginda mendapat gelaran sebagai
Mary Berdarah
. Pembentukan semula Roman Katolik oleh Mary ditukar semula selepas kemangkatannya pada 1558 oleh adinda perempuan tirinya,
Elizabeth I
(anakanda Henry dengan Anne Boleyn) pada 1558.
Ratu Mary telah diputerakan pada 18 Februari 1516 di
Istana Placentia
di
Greenwich, London
. Baginda merupakan satu-satunya anakanda kepada
Raja Henry VIII
dengan permaisuri pertama baginda,
Permaisuri Catherine
, yang masih hidup. Ibu suri baginda telah mengalami banyak keguguran;
[2]
sebelum keputeraan Ratu Mary, empat kandungan sebelum ini telah
lahir mati
, seorang puteri dan tiga orang putera yang berumur pendek atau lahir mati, termasuk
Henry, Duke dari Cornwall
, mendiang paduka kakanda Ratu Mary.
[3]
Baginda telah dibaptiskan ke dalam kepercayaan Katolik di Gereja Observant Friars di Greenwich tiga hari setelah keputeraan baginda.
[4]
Orang-orang tua baptis
baginda termasuklah nenda saudara baginda
Countess dari Devon
,
Lord Canselor
Thomas Wolsey
dan
Duchess dari Norfolk
.
[5]
Sepupu Raja Henry VIII pernah disingkirkan,
Margaret Pole, Countess dari Salisbury
, menaja
pengesahan
Mary setelah baginda
dipermandikan
.
[6]
Pada tahun berikutnya, Ratu Mary telah menjadi ibunda pembaptisan apabila baginda dinamakan sebagai salah satu penaja sepupu baginda
Frances Brandon
.
[7]
Pada tahun 1520, Countess dari Salisbury telah dilantik sebagai
inang
Ratu Mary.
[8]
Sir John Hussey
, kemudian Lord Hussey,
pengelola
baginda dari tahun 1530, dan permaisuri baginda, Lady Anne, anakanda kepada
George Grey, Earl ke-2 dari Kent
, salah satu daripada penakawan Ratu Mary.
[9]
- ^
The Gentleman's magazine
. F. Jefferies. 1886. m/s. 233.
- ^
Waller, p. 16; Whitelock, p. 9
- ^
Loades, pp. 12?13; Weir, pp. 152?153
- ^
Porter, p. 13; Waller, p. 16; Whitelock, p. 7
- ^
Porter, pp. 13, 37; Waller, p. 17
- ^
Porter, p. 13; Waller, p. 17; Whitelock, p. 7
- ^
Loades, p. 28; Porter, p. 15
- ^
Loades, p. 29; Porter, p. 16; Waller, p. 20; Whitelock, p. 21
- ^
Hoyle, p. 407
- Duffy, Eamon
(2009).
Fires of Faith: Catholic England Under Mary Tudor
. New Haven, CT: Yale University Press.
ISBN 0-300-15216-7
.
- Hoyle, R. W. (2001).
The Pilgrimage of Grace and the Politics of the 1530s
. Oxford: Oxford University Press.
ISBN 0-19-925906-2
.
- Loades, David M.
(1989)
Mary Tudor: A Life
. Oxford: Basil Blackwell.
ISBN 0-631-15453-1
.
- Paget, Gerald (1977).
The Lineage & Ancestry of HRH Prince Charles, Prince of Wales
. Edinburgh & London: Charles Skilton.
OCLC
79311835
.
- Porter, Linda
(2007)
Mary Tudor: The First Queen
. London: Little, Brown.
ISBN 978-0-7499-0982-6
.
- Tittler, Robert (1991).
The Reign of Mary I
. Second edition. London & New York: Longman.
ISBN 0-582-06107-5
.
- Waller, Maureen (2006).
Sovereign Ladies: The Six Reigning Queens of England
. New York: St. Martin's Press.
ISBN 0-312-33801-5
.
- Weikel, Ann (2004; online edition 2008).
"Mary I (1516?1558)"
in
Oxford Dictionary of National Biography
(langganan atau
keahlian perpustakaan awam United Kingdom
diperlukan)
. Oxford University Press.
doi
:
10.1093/ref:odnb/18245
.
- Weir, Alison
(1996).
Britain's Royal Families: The Complete Genealogy
. London: Pimlico.
ISBN 0-7126-7448-9
.
- Whitelock, Anna (2009).
Mary Tudor: England's First Queen
. London: Bloomsbury.
ISBN 978-0-7475-9018-7
.
- Erickson, Carolly
(1978).
Bloody Mary: The Life of Mary Tudor
. Garden City, NY: Doubleday.
ISBN 0-385-11663-2
.
- Loades, David M. (1991).
The Reign of Mary Tudor: Politics, Government and Religion in England, 1553?58
. Second edition. London and New York: Longman.
ISBN 0-582-05759-0
.
- Prescott, H. F. M.
(1952).
Mary Tudor: The Spanish Tudor
. Second edition. London: Eyre & Spottiswoode.
- Ridley, Jasper
(2001).
Bloody Mary's Martyrs: The Story of England's Terror
. New York: Carroll & Graf.
ISBN 0-7867-0854-9
.
- Waldman, Milton (1972).
The Lady Mary: a biography of Mary Tudor, 1516?1558
. London: Collins.
ISBN 0-00-211486-0
.
- Eakins, Lara E. (1995?2009).
"Mary I Queen of England"
. Tudor History Web Ring
. Dicapai pada
19 November
2009
.
CS1 maint: date format (
link
)
- "Queen Mary I"
. Historic Royal Palaces. 2004?2009
. Dicapai pada
19 November
2009
.
CS1 maint: date format (
link
)
|
---|
Kerajaan
Anglo-Saxons/England
886?1066
| |
---|
Kerajaan
England
1066?1649
| |
---|
Komonwel
England, Scotland dan Ireland
1653?1659
| |
---|
Kerajaan
England
1660?1707
| |
---|
Kerajaan
Great Britain
1707?1801
| |
---|
Kerajaan Bersatu
Great Britain dan Ireland
1801?1927
| |
---|
Kerajaan Bersatu
Great Britain dan Ireland Utara
1927?
| |
---|
1
Overlord
di
Britain
.
2
Juga Lord/Raja/Ratu bagi
Ireland
.
3
Juga Raja/Ratu bagi
Scotland
& Ireland.
4
Lord Protector
.
5
Also
Maharaja/Maharani di India
.
6
Juga Ratu di
Canada
,
Australia
,
Afrika Selatan
,
New Zealand
,
Pakistan
,
Ceylon
,
Ghana
,
Nigeria
,
Sierra Leone
,
Tanganyika
,
Jamaica
,
Trinidad and Tobago
,
Uganda
,
Kenya
,
Malawi
,
Malta
,
Gambia
,
Guyana
,
Barbados
,
Mauritius
,
Fiji
, the
Bahamas
,
Grenada
,
Papua New Guinea
,
Kepulauan Solomon
,
Tuvalu
,
Saint Lucia
,
Saint Vincent dan Grenadines
,
Belize
,
Antigua dan Barbuda
, &
Saint Kitts dan Nevis
.
|