한국   대만   중국   일본 
Mario Gomez - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Mario Gomez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mario Gomez
Maklumat peribadi
Nama penuh Mario Gomez Garcia [1]
Tarikh lahir ( 1985-07-10 ) 10 Julai 1985 (umur  38)
Tempat lahir Riedlingen , Jerman Barat
Ketinggian 1.89 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
VfB Stuttgart
Nombor 27
Kerjaya remaja
1990?1998 SV Unlingen
1998?2000 FV Bad Saulgau
2000?2001 SSV Ulm 1846
2001?2003 VfB Stuttgart
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln ( Gol )
2003?2005 VfB Stuttgart II 43 (21)
2003?2009 VfB Stuttgart 121 (63)
2009?2013 Bayern Munich 115 (75)
2013?2016 Fiorentina 29 (7)
2015?2016 Be?ikta? (dipinjam) 33 (26)
2016?2018 VfL Wolfsburg 45 (17)
2018? VfB Stuttgart 48 (17)
Pasukan kebangsaan
1999 Jerman B15 3 (1)
2000?2001 Jerman B17 14 (5)
2002 Jerman B18 4 (0)
2002?2003 Jerman B19 19 (11)
2004 Jerman B20 8 (2)
2005?2006 Jerman B21 9 (1)
2005 Jerman 2006 2 (1)
2007?2018 Jerman 78 (31)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 Ogos 2019

Mario Gomez Garcia (lahir 10 Julai 1985) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab VfB Stuttgart di posisi penyerang .

Kerjaya kelab [ sunting | sunting sumber ]

Stuttgart [ sunting | sunting sumber ]

Pada 9 Mac 2004, Gomez bermain selama 10 minit untuk VfB Stuggart pada perlawanan Liga Juara-Juara peringkat kalah mati pertama menentang Chelsea . Beliau membuat penampilan pertama untuk Stuggart di Bundesliga pada 8 Mei ketika tewas 2-1 kepada Hamburger SV .

Pada musim 2005-06, Gomez bermain sebanyak 30 perlawanan di Bundesliga dan menjaringkan enam gol. Gol pertama beliau tiba pada 17 September 2005 ketika menang 2-1 ke atas 1. FSV Mainz 05 . Beliau juga bermain sebanyak lima perlawanan di Piala UEFA dan tiga kali di DFB-Pokal .

Pada musim 2006?07, beliau mengalami kecederaan pada akhir musim. Beliau kembali pada 12 Mei 2007 dan menjaringkan gol selepas keluar daripada bangku simpanan. Pada perlawanan itu, pasukannya menewaskan VfL Bochum (3?2) dan hanya dua mata untuk ke minggu terakhir Bundesliga. Pada perlawanan terakhir liga, pasukannya menang ke atas Energie Cottbus , sekali gus menjadi juara Jerman. Stuggart juga berjaya ke perlawanan akhir DfB-Pokal , mana Gomez juga bermain tetapi tewas kepada 1. FC Nurnberg . Selepas musim, beliau menerima anugerah Pemain Terbaik Jerman pada tahun 2007 dan melanjutkan kontrak bersama Stuttgart sehingga 2012.

Pada musim 2007?08, Gomez menjaringkan 19 gol dalam 25 penampilan dan membuatkan beliau penjaringkan gol kedua terbanyak di belakang pemain Bayern Munich , Luca Toni , yang menjaringkan 24 kali. Di DFB-Pokal, beliau menjadi penjaring terbanyak dengan enam gol. Dengan aksi terbaik beliau, banyak kelab besar berminat untuk menggunakan khidmat penyerang berusia 23 tahun itu. Pada 9 Mei 2009, Gomez menjaringkan empat gol untuk Stuttgart menang 4-1 ke atas juara Bundesliga, VfL Wolfsburg .

Bayern Munich [ sunting | sunting sumber ]

Pada 26 Mei 2009, Gomez berpindah ke kelab Bayern Munich dengan memecah rekod bayaran Bundesliga dan beliau juga menandatangani kontrak empat tahun. Bayaran perpindahan sebanyak 30?35 juta euro . Gomez tidak banyak menjaringkan gol pada musim pertamanya di Bayern tetapi hanyak 10 gol sahaja. Di perlawanan piala, beliau menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan. Di musim pertamanya, Gomez telah dilatih oleh penyerang Miroslav Klose untuk menimba sedikit pengalaman di kelab gergasi Jerman itu.

Selepas musim pertamanya di Bayern dengan menjaringkan 10 gol dalam 29 penampila liga, Gomez menjadi penjaring terbanyak liga pada musim 2010-11 dengan 28 gol. Beliau menjaringkan gol ke-100 Bundesliga ketika menjaringkan hatrik pada perlawanan menentang FC St. Pauli pada 7 Mei 2011, Bayern menang 8-1. Jaringan hatrik beliau pada perlawanan itu merupakan hatrik kelima di Bundesliga pada musim 2010-11. Selain itu, beliau juga menambahkan jaringan hatrik pada saingan Liga Juara-Juara menentang CFR Cluj . Gomez telah menjaringkan 13 hatrik di Bundesliga, iaitu tiga bersama VfB Stuttgart dan 10 bersama Bayern. Beliau juga menjaringkan lapan gol di Liga Juara-Juara dan beliau menduduki tempat kedua sebagai penjaring terbanyak serta seri dengan Samuel Eto'o walaupun Bayern disingkar oleh Internazionale pada pusingan 16. Gomez pada semua kejohana telah menjaringkan 39 gol pada musim keduanya bersama kelab Bavaria.

Gomez memulakan musim 2011-12 dengan bermain pada perlawanan pembukaan liga menentang Hamburger SV pada 20 Ogos 2011. Tujuh hari kemudian, Gomez menjaringkan hatrik ketika menentang 1. FC Kaiserslautern . Pada 10 September, Gomez menjaringkan empat gol untuk Bayern membelasah SC Freiburg , 7-0 dan meletakkan Bayern empat kemenangan dan kembali ke tangga teratas liga. Pada 27 September, penyerang ini menjaringkan dua gol untuk Bayern pada separuh masa pertama menenwaskan Manchester City , 2-0 pada saingan Liga Juara-Juara peringkat kumpulan. Pada 2 November 2011, beliau menjaringkan hatrik di Liga Juara-Juara peringkat kumpulan menentang kelab Itali, Napoli untuk memberikan kemenangan kepada Bayern, 3?2. Pada saingan DFB-Pokal, Gomez hanya menjaringkan dua gol. Pada 16 Disember 2011, Gomez menjaringkan gol ke-50nya pada 2011 ketika menentang 1. FC Koln .

Pada 13 Mac 2012, perlawanan timbang balik Liga Juara-Juara selepas seri menentang FC Basel , kelab Munich bangkit selepas ketinggalan 1-0 dan Gomez menjaringkan empat daripada tujuh yang dijaringkan gol Bayern. Pasukannya menang 7-1 berdasarkan agregat. Pada suku akhir, Bayern menentang kelab negara jiran, Olympique de Marseille dari Perancis dan pada perlawanan pertama pada 28 Mac, Gomez menjaringkan gol ke-11nya untuk memberikan kemenangan 2-0 ke atas Marseille.

Pada 4 April, Gomez menandatangnai kontrak baru bersama Bayern Munich sehingga musim panas 2016. Gomez menjaringkan gol kemenangan buat Bayern ketika menentang Real Madrid pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara. Bayern kemudian menang 3-1 pada penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 3-3 pada agregat. Pada 19 Mei 2012, beliau bermain pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea . Beliau gagal menjaringkan gol tetapi berjaya menyempurnakan tendangan penalti tetapi sekali lagi, Bayern tewas 4-3 selepas seri 1-1.

Gomez kembali semula ke skuad selepas menjalankan pembedahan buku lali pada UEFA Euro 2012 . Kedatangan Mario Mand?uki? dari Wolfsburg menyebabkan Gomez duduk di bangku simpanan dan membuatkan Mandzukic menjadi penjaring terbanyak Bundesliga.

Gomez kembali semula pada 20 November 2012 ketika seri 1-1 bertemu Valencia CF pada perlawanan Liga Juara-Juara peringkat kumpulan. Beliau menggantikan Franck Ribery pada minit ke-79. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada musim 2012-13 ketika menang 5-0 ke atas Hannover 96 pada 24 November. Pada 5 Disember, Gomez menjaringkan gol pembukaan sebagai tuan rumah perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang BATE Borisov , 5-1.

Pada 16 April, beliau menjaringkan hatrik dalam masa enam minit pada separuh akhir DFB-Pokal menentang VfL Wolfsburg , 6-1. Bayern akhirnya ke perlawanan akhir dan bertemu bekas kelab beliau, Stuttgart. Pada perlawanan liga seterusnya pada 20 April, Bayern menang 6-1 dan menjuarai kejuaraan liga kali ke-26, satu rekod baru buat Bundesliga.

Beliau bermain pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang pesaing Borussia Dortmund pada 25 Mei di Stadium Wembley di London . Beliau juga menjaringkan gol pada separuh masa kedua ke atas Stuttgart, 3?2 pada perlawanan akhir DFB-Pokal di Stadium Olimpik Berlin.

Pada 6 Jun 2013, Gomez mengatakan beliau mungkin akan meninggalkan Bayern selepas jatuh di belakang Mario Mand?uki? .

Fiorentina [ sunting | sunting sumber ]

Pada 8 Julai 2013, Gomez sertai kelab Serie A, Fiorentina dan menandantangai kontrak empat tahun dengan bayaran sekitar €20 juta. Beliau hadir sebagai pemain Fiorentina pada 15 Julai yang dikunjungi seramai 20,000 peminat.

Gomez menjaringkan dua gol pertamanya ketika menewaskan Genoa pada 1 September 2013. Pada perlawanan berikutnya ketika seri 1?1 menentang Calgliari , Gomez mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan daripada skuad sehingga perlawanan menentang Inter Milan pada 15 Februari 2014.

Pada 13 Mac, beliau menjaringkan gol Eropah pertama untuk Fiorentina seri 1-1 bertemu Juventus pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Europa . Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan gol pertama liga menentang Chievo Verona , 3-1.

Pada 23 Mac, beliau telah mengalami kecederaan pada lutut kiri ketika menang 1-0 ke atas S.S.C. Napoli dan terpaksa dikeluarkan sepanjang musim oleh pengurus Vincenzo Montella .

Kerjaya antarabangsa [ sunting | sunting sumber ]

Gomez bermain untuk Jerman pada 2011.

Gomez memegang kewarganegaraan Sepanyol dan Jerman tetapi bermain kesemua perlawanan pasukan remaja Jerman sejak usia 17. Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman pada 7 Februari 2007 menentang Switzerland , Jerman menang 3-1 dan Gomez menjaringkan gol kedua buat Jerman. Pada perlawanan kedua, beliau menjaringkan dua gol pada saingan kelayakan Euro 2008 menentang San Marino , 6-0.

Selepas Gomez tampil pada perlawanan persahabatan pra-kejohanan, Joachim Low memanggil beliau untuk skuad Jerman ke Euro 2008 . Low mengatur jentera serangan akan diambil oleh Lukas Podolski dan Miroslav Klose , Podolski dikeluarkan untuk ke sayap kiri dan Gomez bersama Klose bermain di bahagian penyerang. Beliau tidak banyak bermain pada Euro tetapi beliau bermain pada perlawanan akhir menentang Sepanyol . Beliau menggantikan Klose dan tidak berjaya mengubah keputusan tewas 1-0 pada 29 Jun 2008.

Pada satu perlawanan persahabatan menentang Emiriah Arab Bersatu pada 2 Jun 2009, Gomez menjaringkan empat gol dan pasukannya menang 7-2.

Gomez termasuk dalam skuad 23 pemain ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan . Beliau bermain empat daripada tujuh perlawanan Jerman di Piala Dunia iaitu menentang Australia , Serbia , England dan Sepanyol. Beliau tidak berjaya menjaringkan sebarang gol di kejohanan dunia tersebut.

Walaupun menjadi pilihan kedua penyerang di belakang Miroslav Klose ketika kempen kelayakan Euro 2012 , Gomez bermain dengan baik dan menjaringkan banyak gol, termasuk menentang Kazakhstan , Austria , Azerbaijan , Turki dan juga Belgium .

Gomez menjadi kapten pasukan Jerman buat pertama kali ketika seri 3-3 menentang Ukraine .

Gomez menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang Portugal pada perlawanan pertama UEFA Euro 2012 . Beliau kemudian menjaringkan dua gol ketika menentang Belanda . Pada akhir kejohanan, beliau menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan menjaringkan tiga gol bersama dengan Fernando Torres . Tetapi keputusan memihak kepada Torres kerana beliau membuat satu hantaran.

Selepas mengalami kecederaan pada musim 2013-14, beliau tidak termasuk dalam skuad Piala Dunia FIfa 2014 oleh Joachim Low.

Gol antarabangsa [ sunting | sunting sumber ]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 7 Februari 2007 Dusseldorf , Jerman   Switzerland 2 ?0 3?1 Persahabatan
2. 2 Jun 2007 Nuremberg , Jerman   San Marino 4 ?0 6?0 Kelayakan Euro 2008
3. 5 ?0
4. 6 Februari 2008 Vienna , Austria   Austria 3 ?0 3?0 Persahabatan
5. 26 Mac 2008 Basel , Switzerland   Switzerland 2 ?0 4?0 Persahabatan
6. 3 ?0
7. 2 Jun 2009 Abu Dhabi , Emiriah Arab Bersatu   Emiriah Arab Bersatu 2 ?0 7?2 Persahabatan
8. 4 ?0
9. 5 ?0
10. 7 ?2
11. 5 September 2009 Leverkusen , Jerman   Afrika Selatan 1 ?0 2?0 Persahabatan
12. 29 Mei 2010 Budapest , Hungary   Hungary 2 ?0 3?0 Persahabatan
13. 11 Ogos 2010 Copenhagen , Denmark   Denmark 1 ?0 2?2 Persahabatan
14. 12 Oktober 2010 Astana , Kazakhstan   Kazakhstan 2 ?0 3?0 Kelayakan Euro 2012
15. 29 Mac 2011 Monchengladbach , Jerman   Australia 1 ?0 1?2 Persahabatan
16. 29 Mei 2011 Sinsheim , Jerman   Uruguay 1 ?0 2?1 Persahabatan
17. 3 Jun 2011 Vienna, Austria   Austria 1 ?0 2?1 Kelayakan Euro 2012
18. 2 ?1
19. 7 Jun 2011 Baku , Azerbaijan   Azerbaijan 2 ?0 3?1 Kelayakan Euro 2012
20. 7 Oktober 2011 Istanbul , Turki   Turki 1 ?0 3?1 Kelayakan Euro 2012
21. 11 Oktober 2011 Dusseldorf, Jerman   Belgium 3 ?0 3?1 Kelayakan Euro 2012
22. 31 Mei 2012 Leipzig , Jerman   Israel 1 ?0 2?0 Persahabatan
23. 9 Jun 2012 Lviv , Ukraine   Portugal 1 ?0 1?0 UEFA Euro 2012
24. 13 Jun 2012 Kharkiv , Ukraine   Belanda 1 ?0 2?1 UEFA Euro 2012
25. 2 ?0

Penghargaan [ sunting | sunting sumber ]

Gomez meraikan kemenangan Bundesliga bersama Stuttgart pada 2007

Kelab [ sunting | sunting sumber ]

Stuttgart
Bayern Munich

Antarabangsa [ sunting | sunting sumber ]

Jerman

Individu [ sunting | sunting sumber ]

Kehidupan [ sunting | sunting sumber ]

Beliau dilahirkan di Riedlingen , Jerman Barat. Bapa beliau merupakan orang Sepanyol manakala ibu beliau orang asal Jerman.

Catatan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF) . FIFA. 12 June 2010. m/s. 11 . Dicapai pada 8 December 2013 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]

Templat:Skuad VfB Stuttgart