한국   대만   중국   일본 
Marek Jankulovski - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Marek Jankulovski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marek Jankulovski
Maklumat peribadi
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 18
Kerjaya remaja
1987–1994 Banik Ostrava
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln ( Gol )
1994–2000
2000–2002
2002–2005
2005–
Banik Ostrava
Napoli
Udinese
Milan
110 (15)
0 51 0 (8)
0 90 (16)
0 69 0 (4)
Pasukan kebangsaan
2000– Republik Czech 0 62 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19:34, 6 Jun 2008 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19:34, 6 Jun 2008 (UTC)

Marek Jankulovski (lahir 9 Mei , 1977 di Ostrava , Republik Czech ) merupakan pemain bola sepak Republik Czech yang bermain di posisi bek kiri . Beliau ketika ini bermain untuk A.C. Milan di Serie A Itali dan merupakan Pemain Terbaik Czech untuk musim 2007/08.

Ayah beliau Pando Jankulovski berbangsa Macedonia yang berhijrah ke Czechoslovakia dari Macedonia . [1] Ibu beliau pula merupakan bangsa Czech.

Sebelum menyertai Milan, beliau bermain untuk Banik Ostrava (1994-2000), Napoli (2000-02), dan Udinese (2002-05). Untuk pasukan kebangsaan Czech , beliau bermain di Euro 2000 , Euro 2004 , Euro 2008 , dan Piala Dunia 2006 . Jankulovski menyertai AC Milan dari Udinese pada permulaan musim 2005-06 setelah musim yang cemerlang bersama Udinese. Jankulovski kurang menyerlah pada musim pertamanya tetapi menjadi antara pemain terbaik Milan sewaktu musim 2006-07 , dengan menjaringkan tiga gol, termasuk satu gol cantik dari jarak 25 meter, yang dijaringkan sewaktu menentang Livorno . Pada 23 Mei 2007 , beliau mengambil bahagian dalam kemenangan 2-1 di final Liga Juara-Juara UEFA menentang Liverpool FC . Beliau juga menjaringkan gol kedua dalam kemenangan Milan ke atas FC Sevilla dalam Piala Super UEFA 2007 yang diadakan pada 31 Ogos , 2007 dengan volley yang cantik setelah menerima hantaran dari Andrea Pirlo .

Pada 28 Mei , 2008 , Jankulovski dinamakan sebagai "Pemain Terbaik Czech", dengan Petr ?ech di tempat kedua. [2]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ http://www.guardian.co.uk/football/2007/may/22/championsleague.acmilan3
  2. ^ "AC Milan defender Marek Jankulovski wins Czech player of the year award" . International Herald Tribune . 2008-05-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-01 . Dicapai pada 2008-06-03 .