Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marcello Jose das Neves Alves Caetano
[1]
([mar-se-lu kai-ta-nu]; 17 Ogos 1906 ? 26 Oktober 1980) merupakan seorang
ahli politik
dan cendekiawan dari
Portugal
yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri terakhir rejim
Estado Novo
, dari 1968 sehinggalah beliau digulingkan
Revolusi Bunga Teluki
pada tahun 1974.
Beliau merupakan dekan atau rektor ke-9 dalam Fakulti Perundangan
Universiti Lisbon
.
Caetano memulakan karier politiknya ketika rejim
autoritarian
Antonio de Oliveira Salazar
. Beliau dilantik sebagai Menteri Jajahan Portugal antara 1944 dan 1947. Beliau selepas itu dilantik sebagai Presiden Lembaga Eksekutif
Uniao Nacional
iaitu satu-satunya partai politik yang dibenarkan dalam rejim Estado Novo.
Salazar menghidap angin ahmar pada bulan Ogos 1968 tidak lama selepas terjatuh di kediamannya. Keadaan tersebut memaksa Presiden
Americo Tomas
menpertimbangkan beberapa calon untuk menggantikan beliau sehingga akhirnya melantik Caetano pada 27 September 1968.
[2]
Caetano melakukan beberapa pembaharuan dalam jentera pemerintahan sedia ada Portugal, atau yang dianggapnya sebagai evolusi berterusan (
evolucao na continuidade
).
Setelah pilihan raya tahun 1973, beberapa pihak yang konservatif dalam rejim ini mempergunakan hubungan mereka dengan Tomas untuk menekan Caetano agar melepaskan langkah pembaharuan tersebut; Caetano terpaksa akur dengan desakan sedemikian.
Beliau meletakkan jawatan setelah dituntut sekumpulan pihak tentera yang berpaling tadah,
Movimento das Forcas Armadas
("Pergerakan Angkatan Tentera") setelah
suatu revolusi
berjaya megepung institusi-institusi pemerintahannya.
Beliau meninggal di
Rio de Janeiro
akibat serangan jantung pada tahun 1980.
[3]
Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Sao Joao Batista di kawasan Botafogo dalam bandar raya tersebut.