Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar konsep MSL 2011
Rajah skema komponen perayau.
Makmal Sains Marikh
(
bahasa Inggeris
:
Mars Science Laboratory
; atau singkatannya
MSL
) adalah misi penerokaan
Marikh
oleh
NASA
menggunakan
perayau
bernama
Curiosity
.
[7]
[8]
MSL dilancarkan pada 26 November 2011, jam 10:02 EST
[1]
[2]
dan mendarat di Marikh di
Kawah Gale
pada 6 Ogos 2012, jam 05:14:39
UTC
.
[1]
Ia membawa alat-alat sains untuk menganalisis tanah dan serbuk daripada batu-batan. Tujuannya menyiasat kebolehan Marikh untuk menyokong kehidupan. Komuniti antarabangsa membekalkan sebahagian alatannya.
Perayau
Curiosity
adalah lima kali lebih besar, dan memiliki alatan 10 kali lebih berat, daripada Misi Eksplorasi Perayau
Spirit
dan
Opportunity
yang membuat pendaratan pada 2004.
[9]
Perayau MSL dilancarkan oleh roket
Atlas V 541
.
[3]
MSL dijangka akan beroperasi untuk satu tahun Marikh (668 hari Marikh atau 686 hari Bumi), ia boleh menjelajah dengan jarak lebih jauh berbanding perayau Marikh lain.
Perbandingan saiz untuk
perayau Sojourner
,
Misi Eksplorasi Perayau Marikh
, peninjau
Phoenix
dan Makmal Sains Marikh.
MSL dijangka akan mempunyai berat 800
kg
termasuk 65 kg alat-alat sains, berbanding dengan
Perayau Penerokaan Marikh
yang mempunyai berat 185 kg termasuk 5 kg alat-alat sains. MSL akan boleh memanjat melepasi objek berukuran 75
cm
tinggi. Kelajuan maksimum dijangkakan sekitar 90
m
sejam melalui panduan automatik, walaupun, kelajuan akan kira-kira 30 meter sejam, berdasarkan beberapa faktor seperti tahap kuasa, keadaan rupa bumi, gelinciran dan jarak penglihatan. MSL dijangka akan berjalan sejauh jarak minimum 6 km dalam misi dua tahunnya.
Pelancaran MSL dari Cape Canaveral
|
Kemasukan dan pendaratan
Curiosity
diterangkan NASA
|
|
---|
Semasa
| | |
---|
Lepas
| Terbang lalu
| |
---|
Pengorbit
| |
---|
| |
---|
Perayau
| |
---|
Khas
| |
---|
|
---|
Masa depan
| |
---|
Condong
menunjukkan misi gagal
|