Dewan Perundangan
[nota 1]
Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong
(
Cina Tradisional
:
香港特別行政區 立法 會
,
bahasa Inggeris
:
Legislative Council of the Hong Kong Special Administrative Region
; disingkatkan kepada
Legco
) adalah
badan perundangan
unikameral
Hong Kong
yang
ditadbir secara khusus
dari
Republik Rakyat China
. Badan ini adalah sebuah lembaga yang dipilih secara semidemokratis yang terdiri dari 70 anggota, 35 yang dipilih secara langsung melalui lima
konstituen geografi
(GCS) di bawah
sistem perwakilan berkadar
dengan
kaedah sisa terbesar
dan
kuota sederhana
, sementara 30 lainnya dipilih secara tidak langsung melalui
konstituen fungsional
(FCS) berbasis pertukaran dengan pengundian yang terbatas.
[4]
Di bawah
paket reformasi konstitusi
yang lolos pada tahun 2010, ada lima
Dewan Daerah (Kedua)
konstituen fungsional baru dicalonkan oleh
Anggota Dewan Daerah
dan dipilih oleh pemilih seluruh Hong Kong.
Dewan Perundangan pertama kali dibentuk pada tahun 1843 di bawah Piagam Koloni Hong Kong sebagai dewan penasihat kepada
Gabenor Jajahan
. Wewenang dan fungsi badan legislatif diperluas sepanjang sejarah.
[5]
Dewasa ini, fungsi utama Dewan Perundangan ini adalah menetapkan, meminda atau menarik balik undang-undang; memeriksa dan menyetujui anggaran, percukaiaan dan perbelanjaan awam serta mengajukan pertanyaan terhadap pekerjaan pemerintah. Selain itu, Dewan Perundangan juga diberikan kuasa wewenang mengesahkan pengangkatan dan pemberhentian hakim dari
Pengadilan Tingkat Kasasi
dan Hakim Ketua
Pengadilan Tinggi
, serta untuk memecat jawatan
Ketua Eksekutif Hong Kong
.
[4]
[5]
Sebelum
Hong Kong dirancang pengembaliannya
pada tahun 1996, suatu
Dewan Perundangan Sementara
dibentuk oleh Pemerintah Republik Rakyat China sebagai perbandingan dengan
badan legislatif kolonial terpilih tahun 1995
; badan ini dimansuhkan setelah Pentadbiran Khas dibentuk tepat tanggal 1 Julai 1997.
Dewan ini dibentuk pada tahun 1843 sebagai badan legislatif kolonial di bawah kekuasaan British. Konstitusi pertama Hong Kong
[5]
dibentuk melalui
Surat Paten
utusan
Ratu Victoria
(lihat
Surat Paten Hong Kong
) yang dikeluarkan pada tanggal 27 Jun 1843 dan berjudul Piagam Koloni Hong Kong, mengesahkan pembentukan Dewan Perundangan untuk memberikan nasihat kepada pemerintahan
Gabenor Hong Kong
. Dewan memiliki empat anggota rasmi termasuk Gabenor yang merupakan
Presiden
dan Anggota ketika pertama kali dibentuk. Surat Paten tahun 1888, yang menggantikan Piagam tahun 1843, menambahkan kata-kata penting "dan persetujuan" setelah kata-kata "dengan saran".
[5]
Dewan Perundangan awalnya dibentuk sebagai badan penasihat kepada Gabenor, dan untuk sebagian besar waktu, terdiri atas setengah anggota rasmi, yang merupakan pejabat pemerintah yang duduk di Dewan, dan setengahnya lagi
anggota tidak rasmi
yang diangkat oleh Gabenor.
Setelah
Deklarasi Bersama China-Britain
ditandatangani pada tanggal 19 Disember 1984 (di mana
United Kingdom
bersetuju menyerahkan kedaulatan Hong Kong kepada
Republik Rakyat China
pada tanggal 1 Julai 1997), pemerintah Hong Kong memutuskan untuk memulai proses demokratisasi berdasarkan dokumen konsultatif,
Buku Hijau : Pengembangan Lebih Lanjut dari Pemerintah Perwakilan di Hong Kong
yang telah dirangka lebih awal pada tanggal 18 Julai tahun sama.
[6]
Perwakilan politik yang memainkan peranan dalam melantik wakil perundangan di Hong Kong dibahagikan kepada dua jenis yang rasmi:
- Perwakilan geografi
(
geographical constituency
, 地區直選) - terdiri daripada penghuni yang mengundi mengikut kawasan dibahagikan secara geografi.
- Perwakilan kefungsian atau bidang
(
functional constituency
, 功能界別) - kelompok mewakili sesebuah bidang pekerjaan atau kepakaran turut termasuk badan korporat dan pertubuhan tertentu.
Terdapat lima badan pewakil mengikut pembahagian geografi:
[7]
- Pulau Hong Kong (6 kerusi)
- Kowloon Barat (6 kerusi)
- Kowloon Timur (5 kerusi)
- New Territories Barat (9 kerusi)
- New Territories Timur (9 kerusi)
- Heung Yee Kuk (Majlis Pedalaman, 鄕議局)
- Pertanian dan Perikanan
- Insurans
- Pengangkutan
- Pendidikan
- Perundangan
- Perakaunan
- Perubatan
- Perkhidmatan Kesihatan
- Kejuruteraan
- Kejurubinaan, Pengkajian dan Perancangan
- Buruh
- Kebajikan Sosial
- Hartanah dan Pembinaan
- Pelancongan
- Komersil I
- Komersil II
- Industri I
- Industri II
- Perdagangan
- Perkhidmatan Dagangan
- Sukan, Seni, Budaya dan Penerbitan
- Import dan Eksport
- Tekstil dan Pakaian
- Borong Runcit
- Teknologi Maklumat
- Katering
- Majlis Daerah I (
District Council
, 區議會)
- Majlis Daerah II
Perangkaan terkini diberikan setakat 22 Disember 2018: