한국   대만   중국   일본 
Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Council on Tall Buildings and Urban Habitat
Kerangka
Kependekan CTBUH
Jenis/bentuk sah Pertubuhan bukan untung
Tujuan Mengkaji dan melaporkan segala aspek bangunan tinggi dan reka bentuk bandar
Tapak web www.ctbuh.org
Facebook: CTBUH Twitter: ctbuh Instagram: ctbuh_hq Youtube: UCzBavRVklPYBdHW6ODuZ4sQ Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk 1969
Pengasas Lynn S. Beedle  Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Map
Ibu pejabat Chicago , Amerika Syarikat
Lokasi
  • Amerika Syarikat  Sunting ini di Wikidata
Koordinat 41°53′N 87°37′W  Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatan Antarabangsa
sunting  · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar ( bahasa Inggeris : Council on Tall Buildings and Urban Habitat , CTBUH ) ialah sebuah lembaga antarabangsa dalam bidang bangunan tinggi dan reka bentuk bandar yang mapan. Pertubuhan bukan untung yang bertapak di Institut Teknologi Illinois di bandaraya Chicago , Illinois ini berfungsi mengumumkan penerima gelaran ‘Bangunan Tertinggi di Dunia’ dan juga merupakan badan berkuasa yang memberi ukuran rasmi ketinggian bangunan. Majlis ini diasaskan di Universiti Lehigh pada tahun 1969, di mana terletaknya pejabatnya sehingga berpindah ke Institut Teknologi Illinois pada Oktober 2003.

Penarafan bangunan tertinggi [ sunting | sunting sumber ]

CTBUH menempatkan ketinggian bangunan dengan tiga kaedah berbeza:

  1. Hingga atas sekali reka bina bangunan. Inilah kriteria utama yang digunakan oleh CTBUH untuk menempatkan ketinggian bangunan. Ketinggian diukur dari paras pintu masuk terbuka penting yang terendah, hingga ke atas bangunan, termasuk mercu kecuali benda-benda seperti tiang bendera atau antena.
  2. Hingga aras tertinggi: Ketinggian hingga tingkat berduduk yang tertinggi dalam bangunan.
  3. Hingga hujung mercu atau antena: Ketinggian hingga hujung mercu, puncak, antena, tiang atau tiang bendera.

Kategori yang mengukur hingga ke atas bumbung digugurkan daripada kriteria pendudukan bangunan tertinggi pada November 2009. [1] Ini disebabkan pencakar langit berbumbung rata tidak sekerap ditemui pada zaman moden seperti pencakar langit yang bereka bina mercu rumit dan ciri-ciri parapet dinding cucur pada bumbungnya, menjadikannya lebih sukar menentukan bumbung bangunan.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "CTBUH changes height criteria, Burj Dubai height increases" . Council on Tall Buildings and Urban Habitat. 17 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-05 . Dicapai pada 18 November 2009 . Italic or bold markup not allowed in: |publisher= ( bantuan )

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]