Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengenai misi angkasa lepas NASA. Untuk kegunaan lain, sila lihat
Messenger
.
MESSENGER
Gambaran artis MESSENGER mengorbit Utarid
|
Pengendali
| NASA
/
APL
|
---|
Kontraktor utama
| APL
|
---|
Jenis misi
| Lintas terbang /
Pengorbit
|
---|
Lintas terbang
| Bumi
,
Zuhrah
,
Utarid
|
---|
Satelit kepada
| Utarid
|
---|
Tarikh Masuk Orbit
| 2011-03-18 01:00 UTC
[1]
|
---|
Tarikh Berlepas
| 2004-08-03 06:15:56 UTC
(19 tahun, 10 bulan dan 10 hari ago)
|
---|
Kenderaan Pelancar
| Delta II 7925H-9.5
|
---|
Kawasan Pelancaran
| Space Launch Complex 17B
Cape Canaveral Air Force Station
|
---|
Tempoh misi
| (dijangka bermula 4 April 2011)
Lintas terbang Bumi
(siap 2005-08-02)
Lintas terbang Zuhrah 1
(siap 2006-10-24)
Lintas terbang Zuhrah 2
(siap 2007-06-05)
Lintas terbang Utarid 1
(siap 2008-01-14)
Lintas terbang Utarid 2
(siap 2008-10-06)
Lintas terbang Utarid 3
(siap 2009-09-29)
Suntikan orbit Utarid
(siap 2011-03-18)
|
---|
ID COSPAR
| 2004-030A
|
---|
Laman web
| Tapak JHU/APL
|
---|
Jisim
| Templat:Kg to lb
|
---|
Kuasa
| 450 W (
Susunan suria
/ 11
Bateri NiH
2
)
|
---|
Kuar
MErcury Surface, Space ENvironment, GEochemistry and Ranging
(
MESSENGER
) ialah satu
kuar angkasa lepas
Amerika Syarikat
tanpa manusia
seberat 485 tan yang kini dalam orbit mengelilingi planet
Utarid
. Ia dilancarkan oleh
NASA
pada Ogos 2004 untuk mengkaji kandungan kimia,
geologi
dan
medan magnet
Utarid. Ia menjadi misi kedua yang berjaya sampai ke Utarid apabila ia terbang lalu pada 14 Januari 2008, diikuti oleh lintas terbang kedua pada 6 Oktober 2008,
[2]
dan seterusnya buat kali ketiga pada 29 September 2009.
[3]
[4]
(Kuar pertama yang tiba di Utarid ialah
Mariner 10
pada 1975.)
MESSENGER
merupakan kapal angkasa lepas pertama mengorbit planet Utarid. Ini merupakan suatu hal yang sukar kerana satelit yang tiba langsung dari Bumi akan dipercepat oleh graviti Matahari dan melepasi Utarid terlalu pantas untuk mengorbitnya. Untuk itu, lintas terbang dilakukan dahulu. Usaha memasukkan kapal angkasa lepas ini ke orbit bermula pada 12:45 AM (jam 00:45) UTC 18 Mac 2011. Gerakan penujah berlaku selama kira-kira 15 minit, dengan pengesahan kapal berada dalam orbit Utarid diterima pada 1:10 AM UTC, 18 Mac (9:10 PM EDT, 17 Mac, A.S.).
[5]
Orbit
MESSENGER
berbentuk elips, membawanya sedekat 200 km (120 bt) permukaan Utarid dan kemudian 15,000 km (9,300 bt) jauh daripadanya setiap 12 jam. Orbit ini dipilih untuk melindungi kuar daripada suhu tertinggi Utarid.
[6]
Alatan sains yang dibawa
MESSENGER
berfungsi dengan baik pada lintas terbang yang lampau terhadapi Bumi, Zuhrah dan Utarid sendiri. Alat-alat ini diaktifkan semula pada 23 Mac, manakala misi pengumpulan data sains rasminya dijangka akan bermula pada 4 April 2011.