Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
M. Sani
(dilahirkan sebagai
Md. Sani bin Abu Yamin
, 1952 ? 10 Januari 2022) merupakan seorang penyanyi yang berasal dari
Kuala Lumpur
,
Malaysia
. Beliau juga merupakan bekas "Juara
Bintang RTM
1971" dan menerima hadiah wang sebanyak $1000 di samping pingat dan piala pusingan. Beliau kemudiannya mendapat peluang untuk merakamkan album bersama syarikat rakaman EMI. Antara album beliau ialah
Kerna Senyum Ku Terpikat
(1974) selain beberapa album EP seperti
Rindu Hati Ku Tidak Terkira
dan
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
.
[1]
Genap 30 tahun selepas memenangi pertandingan tersebut, beliau tidak lagi menyanyi dan sibuk menguruskan gerai makanan. Pada ketika itu, orang ramai telah dikejutkan dengan kes mahkamah mengenai beliau atas tuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 11 tahun. Tarikh kejadian rogol itu adalah pada 26 September 2001. Setelah dibicarakan pada tahun 2005, mahkamah mendapati bahawa beliau bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 19 tahun.
[1]
Beliau meninggal dunia pada 10 Januari 2022 di
Hospital Kuala Lumpur
.
[2]
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa.
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Anda digalakkan untuk menambahnya.
- Rindu Hati Ku Tidak Terkira
- Hidup Hanya Sementara
- Hujan Malam
|
---|
1970-an
| Solo
| |
---|
Berkumpulan
|
- September Five (1974)
- MARJ (1975)
- The Crescendos (1978)
- OFYZA (1979)
|
---|
|
---|
1980-an
| |
---|
1990-an
| Solo
|
- Norazamadee Salleh (1999)
|
---|
|
---|
2000-an
| |
---|
2010-an
| Solo
|
- Aisha Masnamimi Safia (2012)
- Rosario Ninih Chamini Bianis (2016)
- Fadhli Hariz Fayahet (2018)
|
---|
|
---|