Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lotte Giants
(
Korea
:
롯데 자이언츠
) merupakan pasukan besbol profesional Korea Selatan yang berpusat di
Busan
. Pasukan ini merupakan anggota
KBO League
. Lotte Giants dimiliki oleh
Lotte Corporation
yang juga merupakan pemilik bagi pasukan
Chiba Lotte Marines
di
Nippon Professional Baseball
.
Dari tahun 1982 sehingga 1986, pasukan ini telah beraksi di
Stadium Besbol Gudeok
sebelum mereka berpindah ke
Stadium Besbol Sajik
. Pasukan ini telah menjuarai
Korean Series
sebanyak dua kali iaitu pada 1984 dan 1992. Pasukan ini telah menarik 1.38 juta penonton semasa musim 2009 sekali gus menghasilkan rekod kehadiran teramai pada sesebuah musim dalam mana-mana liga sukan di Korea Selatan. Pasukan ini sering digelar Busan Seagulls (
Korea
:
釜山 갈매기
) kerana burung rasmi bandar Busan ialah burung camar dan lagu sorakan utama ialah "Busan Seagulls" oleh Moon Seung-jae.
[2]
Nombor pertama yang tidak digunakan ialah nombor skuad 11 yang disarung oleh
Choi Dong-won
. Dianggap sebagai salah seorang
pitcher
terhebat di liga
Korea Professional Baseball
, beliau telah bermain untuk Giants antara tahun 1983 dan 1988 serta meraih anugerah
MVP KBO
pada tahun 1984. Beliau meninggal dunia akibat kanser pada 2011.
[3]
Pada tahun 2022, pasukan ini berhenti menggunakan nombor 10 sebagai tanda mengenang
Lee Dae-ho
, yang telah menghabiskan 15 musim bersama Giants.
[4]
|
---|
|
Pasukan
| |
---|
Pasukan bubar
| |
---|
Postseason
| |
---|
Anugerah
| |
---|
Musim
| |
---|