Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lola Montez,
Grafin
von Landsfeld
|
---|
|
Kelahiran
| Eliza Rosanna Gilbert
17 February 1821
|
---|
Meninggal dunia
| 17 Januari 1861 (age 39)
|
---|
Warganegara
| Irish
|
---|
Nama lain
| Donna Lola Montez, Maria Dolores Eliza Rosanna Gilbert, Countess of Landsfeld
|
---|
Pekerjaan
| Dancer, actress, lecturer, author
|
---|
Pasangan
| Lieutenant Thomas James
George Trafford Heald
Patrick Hull
|
---|
Rakan kongsi domestik
| Raja Ludwig I of Bavaria
|
---|
Marie Dolores Eliza Rosanna Gilbert,
Grafin
Landsfeld
[1]
(17 Februari 1821 ? 17 Januari 1861) atau nama pentasnya
Lola Montez
[lola mo?n?t?z; lo-la moun-tz] merupakan seoang penari dan penghibur profesional yang merupakan perempuan simpanan
Raja Ludwig I
, penguasa
Bavaria
.
Beliau meinggalkan Eropah berikutan
revolusi yang meletus di serata negeri-negeri Jerman
yang dikhuatiri menggugat statusnya, lalu memulakan hidup yang baru di
Amerika Syarikat
sebagai seorang penghibur dan pensyarah.
Eliza Rosanna Gilbert lahir pada 17 Februari 1821 di kampung
Grange
utara
Kaunti Sligo
,
Ireland
.
[2]
Beliau lahir dalam sebuah keluarga
Inggeris Ireland
; ibunya Eliza(beth) Oliver anak seorang pembesar bergelaran
High Sheriff
Cork
dan anggota
Parlimen Ireland
manakala ayahnya Edward Gilbert, seorang pegawai tentera British bergelaran
Ensign
. Keluarga Gilbert mendiami seketika di
Boyle
,
County Roscommon
sehingga awal tahun 1823 di mana mereka bertolak ke
Liverpool
, sebelum ke
India
on 14 Mac tahun sama.
[3]
Ayah Eliza meninggal akibat
kolera
tidak lama selepas berada di India.
[4]
Ibunya berkahwin dengan seorang pegawai, Lieutenant Patrick Craigie pada hari berikutnya. Sikap Eliza yang terlalu manja sangat merisaukan bapa tirinya,
[5]
namun kedua-dua ibu dan bapa tirit tersebut setuju membawanya kembali ke
Montrose
,
Scotland
di mana Eliza dapat bersekolah sambil duduk bersama datuk tirinya. Di sana Eliza mula dikenali atas perwatakannya yang sangat nakal.
[5]
Pada 1837 ketika Eliza berusia 16 tahun, beliau berhubungan sulit sehingga kahwin lari dengan Lieutenant Thomas James;
[6]
[7]
namun mereka berpisah tidak lama kemudian di
Kolkata
. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang penari profesional - beliau pada mulanya selamat.
[6]
lama-kelamaan terjejas setelah khabar mengenai masalah rumah tangga ini semakin diketahui ramai di London, maka beliau menjelajah ke Eropah untuk mencari peluang baru di sana, di mana beliau mendapat banyak tawaran daripada orang kaya lagi-lagi di Paris dan Warsaw.
[6]
[8]
Eliza pertama kali muncul dalam peroperaan Paris dalam persembahan
Le lazzarone
(1844) karya
Fromental Halevy
's Eliza, namun persembahan dirasakan tidak memuaskan. Di sanalah beliau berkenalan malah menjalin hubungan sulit dengan
Franz Liszt
; Liszt memperkenalkannya kepada
George Sand
dan para kenalannya yangh terkenal. Beliau bermukim di Paris, di sanalah beliau berkenalan dengan penulis terkenal
Alexandre Dumas
yang turut menghubungkan Lola dengan Alexandre Dujarier, "pemilik akhbar terbanyak edar di Perancis" serta pengulas persembahan drama bagi akhbar berikut. Hubungan beliau dengan Dujarier sehingga kematiannya banyak memberi nafas baru kepada kerjayanya.
Pada 1846, beliau tiba di
Munich
,
Bavaria
di mana beliau menjadi kegemaran
Raja Ludwig I
yang turut menjadi
perempuan simpanan
baginda.
[9]
Lola mula menggunakan kemasyhurannya untuk mempengaruhi Ludwig lalu menjadi tidak disenangi rakyat jelata Bavaria. Ludwig tetap akhirnya menjadikan beliau seorang pembesar berpangkat
Grafin
(setaraf "
Countess
") setahun kemudian pada hari keputeraannya tanggal 25 Ogos 1847 disertakan pengurniaan harta tahunan.
[10]
[11]
Beliau menebal pendiriannya sebagai pendokong
liberalisme
yang sangat ditentang golongan konservatif dan
Jesuit
dalam kerajaan Bavaria.
[10]
[11]
Kerjaya sebagai penghibur di Dunia Baru
[
sunting
|
sunting sumber
]
- ^
Burr, C. Chauncey,
Autobiography and lectures of Lola Montez
, James Blackwood, London (1860) at
Google Books
- ^
"Lola Montez 1821-1861"
.
Sligo Town
. Dicapai pada
1 May
2018
.
- ^
Seymour, Bruce (1996).
Lola Montez, a Life
. Yale University Press.
ISBN
9780300063479
.
- ^
"Lola Montez"
.
Spartacus Educational
. Dicapai pada
1 May
2018
.
- ^
a
b
Conliffe, Ciaran (16 March 2015).
"Lola Montez, the Spider Woman - Part 1 - Headstuff"
.
Headstuff
. Dicapai pada
1 May
2018
.
- ^
a
b
c
Collins, Padraig (16 July 2014).
"An Irishman's Diary on the glamorous and dangerous Lola Montez"
.
The Irish Times
. Dicapai pada
1 May
2018
.
- ^
Cannon, Michael.
Montez, Lola (1821?1861)
.
Australian Dictionary of Biography
. National Centre of Biography, Australian National University
. Dicapai pada
1 May
2018
.
- ^
"1861 ? Death of Eliza Gilbert (Lola Montez)"
.
Stair na hEireann/History of Ireland
. 17 January 2014. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2019-03-31
. Dicapai pada
1 May
2018
.
- ^
Greene, Robert (2000).
The 48 Laws of Power
. Penguin Books. m/s. 77.
ISBN
978-0-14-028019-7
.
- ^
a
b
Rines, George Edwin, penyunting (1920).
"Montez, Lola"
.
Encyclopedia Americana
.
- ^
a
b
Reynolds, Francis J., penyunting (1921).
"Montez, Lola"
.
Collier's New Encyclopedia
. New York: P. F. Collier & Son Company.