Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lockheed Martin Aeronautics Company
adalah sebuah unit utama bagi firma
Lockheed Martin
yang beribu pejabat di
Fort Worth
,
Texas
.
Lockheed Martin Aeronautics juga berpangkalan di
Marietta, Georgia
dan
Palmdale, California
. Palmdale juga merupakan pejabat bagi Advanced Development Programs (ADP), yang juga dikenali sebagai "
Skunk Works
". Pelbagai sub-pemasangan dikeluarkan di lokasi-lokasi seperti di
Florida
,
Mississippi
,
Pennsylvania
dan
West Virginia
.
Syarikat ini memiliki sejarah yang panjang bersama bekas firma
Lockheed
dan
Martin Marietta
. Meskipun penubuhan Lockheed Martin pada 1995 berdasarkan penggabungan sama rata, sumbangan terbesar ke atas Lockheed Martin Aeronautics bersumberkan produk-produk dari Lockheed. Ini termasuklah pesawat-pesawat pengangkut seperti
C-5
,
C-130
dan
C-141
serta
F-2
,
F-16
(dibeli daripada
General Dynamics
),
F-117
,
F-22
dan
F-35 Lightning II
.
Projek terpenting firma Lockheed Martin Aeronautics setakat ini adalah
F-35 Lightning II
(JSF). Dengan nilai potensi sebanyak AS$ 200 bilion, pesanan awal pesawat sejumlah kira-kira 3,000 buah tidak termasuk pesanan hampir pasti bagi pasaran eksport. Pesawat penguasaan udara, F-22, walaupun kecil dari segi jumlah pesanan, masih memberi kepentingan kepada Lockheed Martin (dan Boeing).
Lockheed Martin Aeronautics memiliki pendapatan melebihi sedikit AS$ 1 bilion dan memiliki seramai 27,000 pekerja pada 2003.
- C-130 Hercules
Pertama kali dibangunkan oleh
Lockheed Corporation
pada 1950-an, pesawat Hercules masih lagi dikeluarkan sehingga kini dengan model C-130J. Pesawat ini dikeluarkan di kemudahan milik Lockheed Martin di Marietta, Georgia.
- C-141 StarLifter
Pertama kali diterbangkan pada 1963, Starlifter merupakan sebuah pesawat pengangkut udara strategik. C-141 juga dikeluarkan di Marietta.
- C-5 Galaxy
C-5 merupakan pesawat pengangkut udara strategik terbesar dalam inventori
Tentera Udara Amerika Syarikat
. Galaxy dikeluarkan di Marietta dan di sini juga program pemodenan ke atas sistem avionik dan enjin dilakukan.
- F-117 Nighthawk
Pesawat halimunan, F-117 merupakan hasil usaha Skunk Works. Membuat penerbangan sulung pada 1981, pesawat ini telah dihentikan khidmatnya bagi memberi laluan kepada F-22.
- F-16 Fighting Falcon
F-16 telah membuat penerbangan sulung pada Disember 1976, pada mulanya dibangunkan dan dikeluarkan oleh
General Dynamics
. Pada 1993, Lockheed Corporation membeli divisyen General Dynamic di Fort Worth, iaitu pengeluar pesawat F-16.
- F-22 Raptor
Merupakan sebuah pesawat penguasaan udara termaju, F-22 dikagumi di atas prestasi yang menakjubkannya.
- S-3 Viking
Selain berperanan sebagai pesawat anti-kapal selam untuk Tentera Laut A.S, Viking juga menyediakan pengawasan permukaan kepada kapal pengangkut pesawat.
- T-50 Golden Eagle
T-50 merupakan sebuah pesawat latihan jet lanjut yang dikeluarkan dengan kerjasama di antara Lockheed Martin dan
Korea Aerospace Industries
(KAI). Dua syarikat ini kemudian menubuhkan T-50 International Company bagi memasarkan pesawat ini di pasaran eksport.
- U-2
U-2 adalah sebuah pesawat pengintip altitud tinggi satu tempat duduk dan berenjin tunggal, pertama kali membuat penerbangan pada tahun 1955.
-
Pesawat serangan darat, Lockheed F-117
-
F-22, pesawat penguasaan udara
-
F-16 Fighting Falcon
-
Pesawat pengintip, U-2
-
Pengangkut strategik C-5
-
X-35C
-
Pengangkut taktikal C-130