AC-130 SPECTRE / SPOOKY
|
|
Penerangan
|
Jenis
|
Pesawat serangan darat
dan
Pesawat meriam
bantuan rapat udara
|
Pengeluar
|
Lockheed
dan
Boeing
|
Kos seunit
|
AS$132.4 juta (AC-130H)
AS$190 juta (AC-130U) pada 2001
|
Penerbangan sulung
|
1966, AC-130A
1990, AC-130U
|
Pengguna pertama
|
Tentera Udara Amerika Syarikat
|
Krew
|
13
|
Jumlah dibina
|
43 buah - semua versi
|
Status
|
Aktif
|
Dimensi
|
Panjang
|
29.8 m
|
Tinggi
|
11.7 m
|
Rentas sayap
|
40.4 m
|
Luas sayap
|
162.2 m²
|
Berat
|
Berat berlepas maksimum
|
69,750 kg
|
Janakuasa
|
Kipas
|
4× Allison T56-A-15 kipas-turbo, 3,700 kW setiap enjin
|
Persenjataan
|
Meriam
|
Sila rujuk spesifikasi pesawat
|
Prestasi
|
Kelajuan maksimum
|
260 knots (300 bsj, 480 km/j)
|
Jarak tempur
|
4,070 km
|
Altitud tertinggi
|
9,100 m
|
Lockheed AC-130 Spectre
adalah sejenis
pesawat meriam
(
gunship
) untuk misi serangan darat yang dilengkapi dengan persenjataan berat. Kerangka asas pesawat ini dikeluarkan oleh
Lockheed
, manakala
Boeing
pula dipertanggungjawabkan untuk menukarkan pesawat ini kepada kapal terbang bersenjata dan perkhidmatan sokongan lanjut kepada pesawat.
[1]
Pesawat ini adalah salah satu pesawat kelainan bagi versi kapal terbang pengangkut
C-130 Hercules
. Ia telah mengambil alih peranan kapal terbang
AC-47 Gunship I
semasa
Perang Vietnam
.
Tentera Udara Amerika Syarikat
merupakan satu-satunya pengguna kapal terbang ini, yang mana menggunakan pesawat
AC-130H Spectre
dan
AC-130U Spooky
. Kuasa kapal terbang ini dijana oleh empat
turbin kipas
dan dilengkapi dengan senjata daripada 20 mm
meriam Gatling
hingga 105 mm
meriam howitzer
. Kebiassaannya anak kapal kapal terbang ini adalah 12 - 13 orang.
Tentera Udara A.S menggunakan pesawat meriam AC-130H Spectre untuk
bantuan rapat udara
, larangan udara dan peninjau bersenjata. Misi lain termasuk pertahanan sempadan dan tetap, pengiring, pendaratan, penyokong zon hantar dan ambil, kawalan udara hadapan, pemerintah dan kawalan terhad, dan cari dan menyelamat tempur.
Kapal terbang yang bersenjata berat ini dilengkapi dengan senjata tembak sisi yang disepadukan dengan deria canggih, sistem tembakan dan navigasi untuk membenarkan kuasa tembakan tepat (
surgical firepower
) atau melebar seluruh kawasan untuk masa yang lanjut, pada waktu malam dan cuaca buruk.
Pengesan lengkap termasuk penderia televisyen aras cahaya rendah dan penderia infra. Radar dan penderia elektronik juga memberikan kapal terbang penembak kaedah berkesan untuk mengenal pasti tentera darat sahabat termasuk penghantaran peluru yang berkesan dalam keadaan cuaca buruk. Sistem navigasi termasuk sistem navigasi lengai dan sistem kedudukan sejagat.
Skuadron pesawat meriam ini merupakan sebahagian daripada
Arahan Operasi Khas Tentera Udara
dan kesemua kapal terbang ini ditempatkan di Hurlburt Field di Barat Laut Florida.
Pesawat C-130 Hercules telah dipilih untuk mengantikan pesawat
AC-47 Spooky
(
Bahasa Melayu
:
Menakutkan
atau
Hembusan Si Naga Ajaib
) semasa
Perang Vietnam
, disebabkan keupayaannya untuk membawa persenjataan berat, kuantiti yang lebih banyak, dan daya ketahanan yang tinggi.
Pada tahun
1967
, pesawat
JC-130A 54-1626
Tentera Udara A.S telah dipilih untuk ditukarkan menjadi prototaip bagi pesawat bersenjata AC-130A. Pengubahsuaian ini disiapkan pada tahun yang sama di Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson, oleh Aeronautical Systems Division. Teleskop malam pandangan terus dipasang di pintu hadapan,
Pandangan Hadapan Infra Merah
(FLIR) awal dipasang pada bahagian hadapan ruang tayar di sebelah kiri, dan meriam Gatling dilekapkan menghadap ke arah bawah dan buritan sepanjang bahagian kiri. Prototaip komputer kawalan tembakan analog telah dihasilkan oleh Komander Udara Tentera Udara Diraja British, Tom Pinkerton di Makmal Avionik, Tentera Udara A.S. Ujian penerbangan prototaip pesawat ini dilakukan di
Pangkalan Tentera Udara Eglin
, diikuti ujian dan ubahsuai yang lebih lanjut. Pada bulan September
1967
, pesawat ini disahkan telah bersedia untuk ujian pertempuran dan telah diterbangkan ke Pangkalan Udara Nha Trang, Vietnam Selatan untuk melalui program ujian selama 90 hari.
[2]
Berikutan kejayaan ini, beberapa unit tambahan pesawat AC-130A telah dibina dengan menggunakan peralatan yang serupa dan komputer analog versi pengeluaran. Pesawat bersenjata asal iaitu
54-1626
dipamerkan di Muzium Kebangsaan Tentera Udara A.S.
Pada waktu ini, pesawat AC-130 disokong oleh pesawat
AC-119 Shadow
Gunship III, yang mana tidak dapat menampung beban peperangan. Pada tahun
1970
, tambahan sebanyak 12 buah pesawat AC-130A telah diperolehi di bawah projek "
Pave Pronto
". Tidak mengira apa pun nama projek, pesawat ini lebih dikenali sebagai nama panggilan skuadron
Spectre
.
- Anak kapal : 13 orang
- Pegawai :
5 (juruterbang, pembantu juruterbang, jurumudi, pegawai kawalan tembakan, pegawai peperangan elektronik)
- Anggota lain :
8 (jurutera penerbangan, operator TV, operator alat pengesan infra merah,
loadmaster
, 4 orang penembak udara)
- Panjang : 29.8 m
- Bukaan sayap : 40.4 m
- Tinggi : 11.7 m
- Luas sayap : 162.2 m²
- Berat berlepas maksimum : 69,750 kg
- AC-130A Project Gunship II
- AC-130A Surprise Package, Pave Pronto, AC-130E Pave Spectre
- AC-130E Pave Aegis and AC-130H Pave Spectre II
- AC-130U "Spooky" Gunship
atau
Satu program baru telah bermula untuk menaik taraf persenjataan pada pesawat AC-130 yang sedang berada dalam perkhidmatan. Meriam 25 mm GAU-12/U dan 40 mm Bofors akan digantikan dengan 2 meriam Mk 44
Bushmaster II
30 mm.
[4]
Pesawat pertama telah disiapkan dan telah menyambung perkhidmatannya manakala 3 buah lagi akan menyusul sebelum Disember
2007
, proses naik taraf untuk kesemua pesawat akan dilengkapkan pada tahun 2010. Terdapat juga rancangan untuk menukar meriam howitzer
M102
dengan mortar 120 mm suapan bawah, dan keupayaan
standoff
dengan menggunakan samada peluru berpandu
AGM-114 Hellfire
,
Sistem Senjata Pembunuh Tepat Termaju
(berdasarkan roket
Hydra 70
), atau bom luncuran
Viper Strike
.
[5]
Tentera Udara A.S memutuskan untuk menggunakan meriam Bushmaster II disebabkan oleh 2 alasan. Pertama, meriam Bofors 40 mm telah menjadi suatu kesulitan untuk diselenggara, dan kesukaran untuk mendapatkan alat ganti. Kedua, meriam 25 mm walaupun ia senjata yang berguna, kekurangan peluru dengan keupayaan semburan udara, dan keupayaannya yang tidak begitu baik disebabkan oleh tembakan yang berselerak. Oleh itu, pilihan untuk perolehan jenis peluru yang paling diinginkan adalah meriam 30 mm Bushmaster II adalah lebih mudah.
[6]