Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lilium
ialah genus
tumbuhan herba
berbunga
yang tumbuh daripada bebawang dengan bunga yang besar dan menonjol.
Genus
ini mempunyai 111 spesies.
[3]
Kebanyakan spesies genus ini tumbuh asli di
hemisfera utara
, spesies-spesies ini bertaburan di kawasan
beriklim sederhana
dan terbentang ke
kawasan subtropika
.
Nama genus
Lilium
diberikan oleh ahli botani berbangsa Sweden,
Carl Linnaeus
, daripada
bahasa Latin
. Nama ini berpunca daripada kata
bahasa Yunani
λε?ριον
leirion
.
[4]
[5]
[6]
Kata ini dipinjamkan daripada
bahasa Qibti
(dialek Fayyumi)
hleri
, daripada piawai
hreri
, daripada
Demotik
hrry
, daripada
bahasa Mesir
hr?t
"bunga".
[
perlu rujukan
]
Spesies-spesies dalam genus ini
tumbuhan saka
mencapai tinggi 2?6 kaki (60?180 sentimeter). Pokok-pokok genus tersebut membentuk
bebawang
bersisik dan tidak bertutup di bawah tanah, bebawang ini membantu pokok terus tumbuh dan berbunga dari satu musim percambahan ke musim percambahan yang berikutnya. Dalam sesetengah spesies yang tumbuh di Amerika Utara, bebawang ini menjadi
rimpang
yang mana terdapat banyak bebawang kecil. Sesetengah spesies mengeluarkan
batang rayap
. Kebanyakan bebawang tertanam dalam bawah tanah, tetapi beberapa spesies mengeluarkan bebawang berdekatan permukaan tanah.
Bunga daripada spesies dalam genus ini besar, berbau wangi dan datang dalam pelbagai warna termasuk putih, kuning, jingga, merah jambu, merah dan ungu. Bunga ini muncul dalam
tandan
atau
payung
di hujung batang, dengan enam
ranggi
yang mengembang berbentuk seperti corong. Ranggi-ranggi ini mempunyai tanda bintik dan coret.
Bebawang spesies dalam genus
Lilium
mengandungi
kanji
dan boleh dimakan sebagai
sayur
, tetapi bebawang sesetengah spesies mungkin ada rasa terlalu pahit.
[7]
Bahagian-bahagian spesies
Lilium
yang disenaraikan rasmi sebagai bahan makanan di Taiwan ialah bunga dan bebawang spesies
Lilium lancifolium
,
Lilium brownii
var.
viridulum
,
Lilium pumilum
dan
Lilium candidum
.
[8]
Bebawang bunga lilium kadang-kadang digunakan dalam masakan Jepun.
[9]