Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Liga Balkan
[a]
adalah sebuah perikatan yang dibentuk melalui beberapa siri perjanjian bilateral yang dimuktamadkan pada tahun 1912 antara negara-negara Balkan iaitu
Greece
,
Bulgaria
,
Serbia
dan
Montenegro
, bagi menentang
Empayar Uthmaniyyah
,
[1]
yang mana pada waktu itu masih menguasai kebanyakan kawasan di
Semenanjung Balkan
. Balkan berada dalam keadaan huru-hara sejak awal tahun 1900-an, dengan
peperangan gerila di Macedonia
selama bertahun-tahun diikuti dengan
Revolusi Turki Muda
dan
Krisis Bosnia
. Tercetusnya
Perang Itali-Turki
pada tahun 1911 telah melemahkan lagi Uthmaniyah. Dengan campur tangan
Rusia
,
Serbia
dan
Bulgaria
menyelesaikan perbezaan mereka dan menandatangi sebuah perikatan, yang mana asalnya bertujuan untuk menentang empayar
Austria-Hungary
pada 13 Mac 1912,
[2]
dengan menambah sebuah bab rahsia yang akhirnya membawa pada tentangan ke atas
Empayar Uthmaniyyah
.
[3]
Serbia kemudian menandatangani satu perikatan bersama dengan
Montenegro
, sementara Bulgaria melakukan perkara yang sama dengan
Greece
. Perikatan ini menang semasa
Perang Balkan I
yang mana meletus pada bulan Oktober 1912, di mana mereka berjaya merampas dan mengawal hampir kesemua wilayah Eropah Uthmaniyah. Meskipun menang, perbezaan lama di antara para sekutu timbul semula disebabkan pembahagian wilayah rampasan, terutamanya
Macedonia
, yang menyebabkan perpecahan Liga, dan tidak lama kemudian pada 16 Jun 1913, Bulgaria menyerang sekutu lamanya dan memulakan
Perang Balkan Kedua
.
- ^
It was known as the "Balkan League" or "Balkan Alliance" (
Bahasa Bulgaria
:
Балкански съюз/Balkanski s?yuz
,
Yunani
:
Βαλκανικ? Συμμαχ?α/Balkaniki Symmachia
,
Serbia
:
Балкански савез/Balkanski savez
)
Templat:Balkan Wars