Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Letusan Gunung Merapi 2010
bermula pada hari Selasa tanggal
26 Oktober
2010
, apabila
Gunung Merapi
di
Jawa Tengah
,
Indonesia
memulakan satu siri letusan yang berterusan sehingga bulan November. Letusan ini dinyatakan pihak berkuasa sebagai yang terbesar sejak 1870-an.
Lebih 100,000 orang telah dipindahkan dari kawasan terbabit. Namun, masih ramai yang tinggal atau kembali ke rumah mereka semasa gunung ini masih meletus. Lebih 150 terbunuh dalam letusan ini, sebahagiannya akibat aliran piroklastik. Kepulan abu gunung berapi ini turut menyebabkan gangguan besar terhadap penerbangan di seluruh Jawa.
[1]
[2]
Berikut adalah kronologi tragedi letusan Gunung Merapi
[3]
:
- Pukul 17.02 mula terjadi awan panas selama 9 minit
- Pukul 17.18 terjadi awan panas selama 4 minit
- Pukul 17.23 terjadi awan panas selama 5 minit
- Pukul 17.30 terjadi awan panas selama 2 minit
- Pukul 17.37 terjadi awan panas selama 2 minit
- Pukul 17.42 terjadi awan panas besar selama 33 minit
- Pukul 18.00 sehingga pukul 18.45 kedengaran bunyi dentuman guruh kuat dari Pos Pengamatan Merapi di Jrakah dan Selo
- Pukul 18.10, pukul 18.15, pukul 18.25 terdengar bunyi dentuman
- Pukul 18.16 terjadi awan panas selama 5 minit
- Pukul 18.21 terjadi awan panas besar selama 33 minit
- Dari pos Pengamatan Gunung Merapi Selo terlihat nyalaan api (letupan lahar) bersama kolom asap membubung ke atas setinggi 1.5 km dari puncak
Gunung Merapi
- Pukul 18.54 aktiviti awan panas mula mereda
- Luncuran debu panas dan lahar yang mengarah kesektor Barat-Barat Daya dan sektor Selatan-Tenggara
Pada 26 Oktober 2010, seramai 18 orang ditemui maut akibat terbakar dan kegagalan pernafasan yang disebabkan abu panas. Ribuan dalam jarak kira-kira 10 kilometer (6.2 bt) di sekeliling gunung berapi dipindahkan.
[4]
Pada hari Rabu 27 Oktober, jumlah ini meningkat menjadi sekurang-kurangnya 28 orang, termasuk 'penjaganya'
Mbah Maridjan
.
[5]
.