Lesen memandu
merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti
kereta
,
motosikal
,
lori
atau
bas
. Peraturan pelesenan pemandu adalah berbeza mengikut negara; ada negara yang mewajibkan pemandu untuk lulus
ujian memandu
sebelum
lesen
dikeluarkan manakala ada juga negara yang memerlukan pemandu mendapatkan lesen sebelum mula memandu. Terdapat beberapa kelas lesen memandu yang berbeza mengikut jenis kenderaan. Tahap kesukaran ujian memandu juga adalah berbeza mengikut tahap penguatkuasaan serta beberapa faktor lain seperti umur serta keperluan tahap dan tempoh latihan.
Lesen memandu pertama di dunia, dikeluarkan kepada
Karl Benz
atas permintaan.
Lesen memandu pertama di dunia pertama kali dikeluarkan kepada pencipta kereta moden,
Karl Benz
, pada tahun 1888. Disebabkan bunyi bising serta bau asap kereta
Motorwagen
ciptaannya yang menimbulkan bantahan di kalangan penduduk
Mannheim
, Benz memohon dan menerima kebenaran bertulis dari pihak berkuasa Grand Ducal untuk membolekannya mengendalikan keretanya di atas jalan raya awam.
[1]
Sehinggalah permulaan abad ke-20, pihak berkuasa di Eropah mengeluarkan lesen memandu secara
ad hoc
.
[1]
Pihak berkuasa tempatan yang mula-mula sekali mewajibkan permohonan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu adalah
Prussia
, pada 29 September 1903.
Dampfkesseluberwachungsverein
("Persatuan Pengawasan Dandang Wap") diberi kuasa untuk mengendalikan ujian, yang kebanyakannya melibatkan pengetahuan mekanikal pemandu.
[1]
Pada tahun 1910, kerajaan imperial
Jerman
mewajibkan pelesenan pemandu di peringkat kebangsaan, mewujudkan satu keperluan sistem pendidikan serta ujian memandu yang menjadi model kepada undang-undang pelesenan pemandu di negara-negara lain.
[1]
Oleh kerana banyak negara termasuklah
Australia
,
New Zealand
,
Kanada
,
United Kingdom
dan
Amerika Syarikat
tiada sistem
kad pengenalan
serta oleh kerana penggunaan kereta yang berleluasa, lesen memandu seringkali digunakan sebagai bentuk pengenalan diri piawai secara
de facto
.
Kebanyakan negara
Eropah
dan Kanada mewajibkan pemandu mempamerkan lesen memandu mereka jika diminta semasa memandu. Di negara sedemikian, pemandu wajib membawa bersama lesen memandu mereka semasa memandu. Di
United Kingdom
pula pemandu tidak wajib membawa lesen memandu mereka ketika memandu. Walau bagaimanapun, jika mereka ditahan, pemandu boleh mengemukakan lesen mereka di
balai polis
berhampiran tempat mereka ditahan dalam tempoh 7 hari. Bagi tujuan ini, pihak polis mengeluarkan satu borang khas.
[2]
Sesetengah negara Eropah mewajibkan orang dewasa membawa kad pengenalan setiap masa. Lesen memandu tidak semestinya menjadi dokumen pengenalan diri sah di setiap negara Eropah.
Di
Republik Rakyat China
,
Republik Dominica
dan
Venezuela
, angka pada lesen memandu adalah sama seperti angka pada kad pengenalan (sehingga sepanjang 18 digit).
Lesen memandu di Hong Kong membawa nombor yang sama seperti pada kat pengenalan tetapi tiada gambar. Semasa pemeriksaan, kedua-duanya wajib dipamerkan. Rancangan untuk meyertakan lesen memandu pada Smart ID adalah di peringkat cadangan.
Arab Saudi
juga memrlukan pemandu membawa bersama kad pengenalan berserta lesen memandu serta mempamerkan kedua-duanya semasa diminta. Penggunaan lesen memandu sahaja hanya dibenarkan jika diminta di kawasan pemeriksaan atas tapak, seperti di checkpoint. Pemandu luar mungkin perlu turut mempamerkan visa mereka.
Di
Malaysia
, fungsi lesen memandu turut ditambah pada kad pengenalan pintar
MyKad
, tetapi kedua-dua kad pengenalan serta lesen memandu wajib dipamerkan semasa pemeriksaan.
Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-
- Lesen Memandu Pelajar (LDL)
- diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan
kereta
yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar
motosikal
, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
[3]
- Lesen Memandu Percubaan (PDL)
- diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit.
[4]
Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percubaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
[5]
- Lesen Memandu Kompeten (CDL)
- Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
[5]
- Lesen Memandu Vokasional (VDL)
atau
Lesen Memandu Komersial
- Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti
bas
dan
lori
, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
- Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
- Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.
Terdapat beberapa kelas yang tertera di bahagian belakang lesen memandu iaitu:-
- A
- Kenderaan Orang Cacat (Motosikal) BTM tidak melebihi 450kg
- A1
- Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3,500 kg
- B
-
Motosikal
melebihi 500
sp
- B1
-
Motosikal
tidak melebihi 500 sp
- B2
-
Motosikal
tidak melebihi 250 sp
- C
-
Motosikal
Tiga Roda
- D
-
Motokar
BTM tidak melebihi 3,500 kg
- DA
-
Motokar
Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3,500 kg
- E
-
Motokar Berat
BTM melebihi 7,500 kg
- E1
-
Motokar Berat
BTM tidak melebihi 7,500 kg
- E2
-
Motokar Berat
BTM tidak melebihi 5,000 kg
- F
-
Traktor
/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5,000 kg
- G
-
Traktor
/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5,000 kg
- H
-
Traktor
/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5,000 kg
- I
-
Traktor
/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5,000 kg
Kelas
A1
dan
DA
baru diperkenalkan, manakala kelas
A
dan
D
baru dipinda
[6]
.