한국   대만   중국   일본 
Les Invalides - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Les Invalides

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hotel des Invalides
Pandangan Les Invalides dari atas
Map
Nama alternatif Les Invalides, Musee de l'Armee
Maklumat umum
Jenis Muzium , gereja, hospital, rumah persaraan , makam
Gaya seni bina
Baroque
Lokasi Paris , Perancis
Pembinaan bermula 1671
Disiapkan pada
1706
Dirasmikan pada
1678
Reka bentuk dan seni bina
Arkitek Liberal Bruant , Jules Hardouin-Mansart

Les Invalides ( Sebutan bahasa Perancis:  [lez??valid] ), secara rasminya Hotel national des Invalides , juga dikenali sebagai Hotel des Invalides (secara harfiahnya, "Rumah orang kurang upaya") merupakan sebuah kompleks bangunan di Daerah 7 , Paris. Bangunan tersebut mempunyai beberapa muzium dan monumen yang berkaitan dengan sejarah ketenteraan Perancis, serta mengekalkan peranan asalnya sebagai sebuah hospital dan rumah persaraan bagi veteran. Bangunan tersebut juga menempatkan Musee de l'Armee , muzium tentera bagi Tentera Perancis , Musee des Plans-Reliefs , dan Musee d'Histoire Contemporaine . Kompleks tersebut turut memiliki sebuah gereja kecil bagi veteran ( Saint-Louis-des-Invalides yang kini merupakan Katedral Kebangsaan Tentera Perancis dan di sebelahnya, bekas Gereja Kecil Diraja ( Dome des Invalides atau Eglise du Dome ) yang merupakan bangunan gereja tertinggi di Paris dengan ketinggian sebanyak 107 meter. [1] Dome des Invalides kini dijadikan sebagai satu tempat suci bagi beberapa tokoh ketenteraan Perancis, antaranya termasuklah makam Napoleon . [2]

Sejarah [ sunting | sunting sumber ]

Dome des Invalides yang bertinggi 107 meter (351 ka) dan dihiaskan dengan daun emas yang berberat 12.65 kilogram (27.9 lb), merupakan tanda mercu yang penting di Paris.

Louis XIV ingin membantu askar-askar yang bercacat dalam angkatan tenteranya seperti yang dilakukan oleh pendahulunya, Henry II , Henry III [3] dan Henry IV [4] . Namun selain merupakan tanda kemanusiaan, keputusan tersebut juga dibuat atas pertimbangan politik. Askar-askar cacat ini, yang kebanyakannya berasal dari Perang Tiga Puluh Tahun , sering melepak dan terlibat dalam pergaduhan jalanan di Pont Neuf . Ramai penduduk telah mengadukan isu ini dan hal ini telah menjejaskan imej Louis XIV dan imej tentera Perancis. Dengan rancangan penaklukannya semakin ketara, baginda terpaksa memulihkan imej tenteranya dalam kalangan penduduk serta imejnya dalam mata tenteranya. [5]

Pada tahun 1659, selepas Perjanjian Pyrenees , Louis XIV mengambil idea Richelieu yang telah mengubah Chateau de Bicetre kepada sebuah pertubuhan bagi tentera yang kurang upaya ("Commanderie Saint-Louis") pada tahun 1634. Projek itu tidak menjadi kenyataan sehingga sebelas tahun kemudian apabila baginda memulakan projek ini dengan sebuah titah bertarikh 24 November 1670, sebagai satu rumah persaraan dan hospital bagi tentera yang sudah tua atau bercacat ( invalide ). [6] Penubuhan ini dikecualikan daripada cukai dan ditadbir oleh gabenor. Kos sara hidup askar-askar cacat pula disokong oleh dana yang diambil daripada pendapatan biara Kristian. [7]

Arkitek asal Les Invalides ialah Liberal Bruant selepas ideanya dipilih oleh Louis XIV daripada lapan cadangan yang diterima. Ketika itu, tapak tersebut merupakan sebuah dataran ( plaine de Grenelle ) di daerah subbandar Gros Caillou . Setelah diperluaskan beberapa kali, muka bangunan yang berhadapan dengan Seine berluas 196 meter (643 ka) apabila disiapkan pada 1676 dan kompleks tersebut juga mempunyai 15 halaman, dengan halaman terbesarnya cour d'honneur bertujuan untuk mengadakan perarakan tentera. Projek pembinaan telah berlangsung dari Mac 1671 hingga Februari 1674, dengan batu asasnya diletakkan pada 30 November 1671. Bangunan ini dirasmikan oleh Louis XIV pada Oktober 1674. Namun, pembinaan gereja masih belum bermula ketika ini. [8]

Kompleks gereja Invalides direka bentuk oleh Jules Hardouin-Mansart dari 1676. Beliau mengambil ilham daripada reka bentuk bapa saudara moyangnya Francois Mansart bagi Chapelle des Bourbons yang dirancang untuk dibina di belakang Basilika Saint-Denis . Reka bentuk Dome des Invalides mempunyai persamaan dengan projek Francois Mansart dari segi seni bina dan hubungannya dengan gereja yang bersebelahan dengannya. Sejarahwan seni bina Allan Braham telah membuat hipotesis bahawa Dome des Invalides asalnya dirancang untuk menjadi tempat persemadian baharu bagi Dinasti Bourbon, namun projek tersebut tidak dilaksanakan. [9] Sebaliknya, Dome des Invalides telah menjadi gereja kecil raja agar baginda boleh menghadiri perkhidmatan gereja tanpa perlu bergaul dengan tentera kurang upaya. Bangunan itu jarang digunakan untuk kegunaan tersebut. Dome des Invalides kekal sebagai salah satu contoh seni bina Perancis Baroque yang terbaik serta simbol ikonik bagi monarki mutlak Perancis.

Bahagian dalaman kubah dilukis oleh pengikut Le Brun , Charles de La Fosse . Lukisan tersebut merupakan lukisan siling ilusionistik bergaya Baroque dan disiapkan pada 1705. [10]

Sementara itu, Hardouin-Mansart membantu Bruant yang sudah berusia dengan pembinaan gereja Saint-Louis-des-Invalides, serta menyiapkannya mengikut reka bentuk asal Bruant selepas kematian beliau pada 1697. Veteran perlu menghadiri perkhidmatan gereja di situ pada setiap hari. Tidak lama selepas gereja kecil veteran tersebut bermula, Louis XIV telah mengarahkan Mansart untuk membina sebuah gereja kecil diraja yang berpisah (Dome des Invalides). Gereja kecil itu telah disiapkan pada 1706.

Disebabkan lokasinya dan kepentingannya, Invalides telah menjadi latar tempat bagi beberapa peristiwa penting dalam sejarah Perancis. Semasa Revolusi Perancis , pada 14 Julai 1789, bangunan tersebut telah diserang oleh perusuh Paris untuk merampas meriam dan sanampang lantak yang disimpan di bilik bawah tanahnya untuk digunakan untuk melawan tentera di penjara Bastille pada hari yang sama. Napoleon telah dikebumikan di Dome des Invalides dengan upacara yang besar-besaran pada 1840.

Pemisahan antara kedua-dua gereja telah diperkasakan pada abad ke-19 dengan pembinaan makam Napolean , dua mazbah yang berbeza dan sebuah dinding kaca yang terletak di antara dua gereja tersebut.

Bangunan tersebut mengekalkan fungsi utamanya sebagai sebuah rumah persaraan dan hospital bagi veteran ( invalides ) sehingga awal abad-20. Pada 1872, Musee d'Artillerie (Muzium Artileri) telah dipindahkan ke dalam bangunan ini dan diikuti dengan Musee Historique des Armees (Muzium Sejarah Tentera) pada 1896. Kedua-dua institusi ini telah digabungkan untuk membentuk Musee de l'Armee pada 1905. Pada masa yang sama, veteran yang menetap di bangunan ini telah dipindah ke pusat-pusat yang lebih kecil di luar Paris kerana perlaksanaan tentera keraan selepas 1872 bermakna bilangan veteran yang layak masuk ke Hopital des Invalides (berkhidmat sebagai tentera selama 20 tahun atau lebih) telah berkurang. Kompleks tersebut masih mempunyai kemudahan yang menempatkan kira-kira seratus bekas tentera tua atau bercacat.

Apabila Muzium Tentera di Les Invalides telah ditubuhkan pada 1905, gereja kecil veteran telah diletakkan di bawah kawalan pemerintahn tadbir dan kini merupakan katedral bagi Keuskupan Angkatan Bersenjata Perancis , secara rasminya dikenali sebagai Cathedrale Saint-Louis-des-Invalides. [11] Muzium ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang. [12]

Seni bina [ sunting | sunting sumber ]

Pelan Les Invalides
Pelan Les Invalides
   Dome des Invalides
   Katedral Saint-Louis-des-Invalides
   Musee de l'Ordre de la Liberation
   Institution nationale des Invalides
   Gouverneur des Invalides
   Gouverneur militaire de Paris
   Chancellerie de l'Ordre de la Liberation
   Office national des anciens combattants et victimes de guerre
  • 1. Cour d'honneur
  • 2. Cour d'Angouleme
  • 3. Cour d'Austerlitz
  • 4. Cour de la Victoire
  • 5. Cour de la Valeur
  • 6. Cour de Mars
  • 7. Cour de Toulon
  • 8. Cour de Nismes
  • 9. Cour de Metz
  • 10. Cour de l'Infirmerie
  • 11. Cour d'Oran
  • 12. Cour de la Paix
  • 13. Cour d'Arles
  • 14. Cour d'Alger
  • 15. Cour Saint-Louis
  • 16. Cour Saint-Joseph
  • 17. Cour Saint-Jacques
Muka utara Invalides: Kubah Hardouin-Mansart di atas bangunan utama Bruant

Di muka utara Les Invalides, Dome des Invalides yang dibina oleh Hardouin-Mansart telah mendominasi muka bangunan yang panjang itu, namun kubah itu masih berharmoni dengan pintu Bruant yang berada di bawah pedimen lengkung. Ke arah utara, halaman (cour d'honneur) telah dipanjangkan oleh sebuah esplanad awam yang megah ( Esplanade des Invalides ) di mana kedutaan Austria dan Finland terletak bersebelahan dengan bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Perancis , kesemuanya membentuk satu ruang terbuka yang besar di tengah-tengah Paris. Di hujungnya, Pont Alexandre III telah menghubungkan ruang terbuka ini dengan Petit Palais dan Grand Palais . Pont des Invalides puls terletak lebih jauh sedikit di hilir Sungai Seine.

Bangunan tersebut masih menempatkan Institution Nationale des Invalides, [13] sebuah institusi kebangsaan untuk veteran kurang upaya . Institusi tersebut terdiri daripada:

  • sebuah rumah persaraan
  • sebuah pusat perubatan dan pembedahan
  • sebuah pusat untuk konsultasi perubatan luar.

Galeri [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "Paris facts" . Paris Digest. 2018 . Dicapai pada 2018-09-19 .
  2. ^ "Les tombeaux et monuments funeraires" (PDF) . Musee de l'Armee .
  3. ^ Gustav Adolph Ackermann (1855). Ordensbuch, Samtlicher in Europa bluhender und erloschener Orden und Ehrenzeichen (dalam bahasa Jerman). Annaberg. m/s. 211. ISBN   9783826201004 . Dicapai pada 27 Mei 2022 .
  4. ^ Francois Frederic Steenackers (1868). Histoire des ordres de chevalerie et des distinctions honorifiques en France (dalam bahasa Perancis). Paris: Librairie Internationale. m/s. 239-243. ISBN   9781294481171 . Dicapai pada 27 Mei 2022 .
  5. ^ Templat:Cite books
  6. ^ "The Paris Army Museum ? Hotel des Invalides" . citibreak.fr . Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2015 . Dicapai pada 29 September 2016 .
  7. ^ Labatut, Jean-Pierre (1984). Louis XIV, roi de gloire (dalam bahasa Perancis). Paris: Imprimerie nationale. m/s. 155. ISBN   9782110808059 . OCLC   11708882 .
  8. ^ Muratori-Philip, Anne. Histoire des invalides (dalam bahasa Perancis). Perrin. m/s. 20. ISBN   9782262018245 . Unknown parameter |yera= ignored ( bantuan )
  9. ^ Allan J. Braham (Julai?Disember 1960), "L'Eglise du Dome" , Journal of the Warburg and Courtauld Institutes , The Warburg Institute, 23:3/4 (3/4): 216?224, JSTOR   750592
  10. ^ "Apotheosis of Saint Louis ? Musee de l'Armee" . www.musee-armee.fr (dalam bahasa Inggeris) . Dicapai pada 2017-01-27 .
  11. ^ Cathedral of Saint-Louis des Invalides (online) , dicapai pada 16 Oktober 2015
  12. ^ "Les Invalides in Paris" . Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2022.
  13. ^ "Institution Nationale des Invalides" . Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2011.

Koordinat : 48°51′36″N 02°18′43″E  /  48.86000°N 2.31194°E  / 48.86000; 2.31194

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]