Semasa
Dinasti Joseon
,
Korea
telah dibahagikan kepada
lapan
wilayah
(
do
;
도
;
道
). Sempadan lapan wilayah kekal tidak berubah selama kira-kira 480 tahun dari 1413 hingga 1895, dan membentuk paradigma geografi yang masih dicerminkan hari ini dalam bahagian pentadbiran, dialek, dan perbezaan serantau di
Semenanjung Korea
. Nama semua lapan wilayah masih dikekalkan pada hari ini, dalam satu bentuk atau yang lain. Lapan wilayah sejarah ini membentuk kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan, dan tidak boleh dikelirukan dengan lapan wilayah yang membentuk Korea Selatan searang.
Pada 1413 (tahun ke-13 pemerintahan
Raja Taejong
), sempadan timur laut Korea telah dilanjutkan hingga
Sungai Tumen
. Negara ini telah disusun semula menjadi lapan wilayah:
Chungcheong
,
Gangwon
,
Gyeonggi
,
Gyeongsang
,
Jeolla
, P'unghae (dinamakan semula
Hwanghae
pada 1417),
P'y?ngan
, dan Y?nggil (akhirnya dinamakan semula
Hamgy?ng
pada 1509).
Selama hampir 500 tahun, sistem lapan wilayah kekal hampir tidak berubah. Pada tahun 1895 (tahun ke-32 pemerintahan
Raja Gojong
), sistem wilayah berusia abad lima dihapuskan. Pada 26 Mei tahun itu—sebagai sebahagian daripada
Pembaharuan Gabo
—negara ini telah dibahagkan semula kepada 23 daerah, masing-masing dinamakan sempena bandar atau daerah yang pernah menjadi ibu kotanya.
(Setiap nama daerah di senarai berikut pautan kepada rencana wilayah tempat daerah itu ditubuhkan, dan di mana maklumat lebih lanjut tentang daerah itu disediakan):
- Andong
,
- Chuncheon
,
- Chungju
,
- Daegu
,
- Dongnae
,
- Gangneung
,
- Gongju
,
- Haeju
,
- Hamh?ng
,
- Hanseong
,
- Hongju
,
- Incheon
,
- Jeju
,
- Jeonju
,
- Jinju
,
- Kaes?ng
,
- Kanggye
,
- Kapsan
,
- Ky?ngs?ng
,
- Naju
,
- Namwon
,
- P'y?ngyang
,
- ?iju
Sistem baru daerah tidak bertahan lama apabila satu tahun kemudian, pada 4 Ogos 1896 (tahun ke-33 Raja Gojong), bekas lapan wilayah telah dipulihkan, dengan lima daripada mereka (Chungcheong, Gyeongsang, Jeolla, Hamgy?ng, and P'y?ngan), dibahagikan bahagian kepada utara dan selatan, untuk membentuk sejumlah 13 wilayah. Struktur ini kekal tidak berubah keseluruhan hayat
Empayar Korea
(1897–1910) dan
Zaman Jajahan Jepun
(1910–1945). Sejak akhir
Perang Dunia II
dan
pembahagian Korea
pada tahun 1945, bandar-bandar khas dan kawasan pentadbiran dan beberapa wilayah baru telah ditambah dalam kedua-dua
Korea Selatan
dan
Korea Utara
.