Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksamana Madya
(singkatan
Laksdya
) ialah sebahagian dari susunan pegawai tinggi dalam perkhidmatan
Tentera Laut Diraja Malaysia
. Pegawai-pegawai tertinggi TLDM digelar Pegawai Berbendera kerana mereka layak mengibarkan bendera tersendiri ketika memerintah armada atau flotilla. Pegawai Berbendera dalam TLDM bermula dari
Laksamana Pertama
,
Laksamana Muda
,
Laksamana Madya
,
Laksamana
dan yang tertinggi,
Laksamana Armada
. Laksamana Madya berkedudukan lebih kanan dari Laksamana Muda tetapi lebih muda dari Laksamana, justeru bertaraf tiga bintang. Laksamana Madya juga setaraf dengan pegawai tiga bintang dari perkhidmatan lain iaitu
Leftenan Jeneral
dan
Leftenan Jeneral TUDM
.
Pangkat Laksamana Madya juga digunakan dalam perkhidmatan
Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Laut
. Dalam
Tentera Laut Diraja British
dan juga kebanyakan tentera laut asing pula pangkat
Vice Admiral
dianggap setaraf dengan Laksamana Madya. Ini menyebabkan terjemahan ini sering digunakan bagi merujuk pegawai berpangkat
Vice Admiral
dalam penulisan bahasa Melayu.
Epolet atau lencana bahu Laksamana Madya mempamerkan susunan tiga bintang beserta mahkota di samping sauh dalam kalungan padi. Manakala pakaian jaket musim sejuk mempunyai insignia di pergelangan baju, satu baris tebal beserta dua baris sederhana.