Lucimar Ferreira da Silva
(lahir 8 Mei 1978), atau dikenali sebagai
Lucio
, merupakan seorang pemain bola sepak Brazil yang beraksi di posisi
bek tengah
untuk kelab
Brasiliense
.
Lucio memulakan kariernya pada tahun 1998 bersama kelab
Sport Club Internacional
. Selepas tiga tahun bersama kelab itu, beliau berpindah ke
Bayer Leverkusen
dan berjaya melangkah ke final
Liga Juara-Juara 2002
namun akur dalam kekalahan kepada
Real Madrid
walaupun beliau menjaringkan gol dalam aksi final tersebut. Pada tahun 2004, beliau berpindah ke kelab gergasi Jerman,
Bayern Munich
dan berjaya merangkul tiga gelaran
Piala Jerman
dan tiga trofi
Bundesliga
. Sejak
Louis van Gaal
mula mengambil alih jawatan jurulatih Bayern, beliau tidak banyak diberi peluang untuk beraksi. Hal ini menyebabkan beliau melakukan perpindahan ke
Inter Milan
pada musim panas 2009 dan membantu kelabnya meraih kejuaraan
Liga Juara-Juara
dengan menentang kelab lamanya, Bayern Munich.
Bersama
pasukan kebangsaan Brazil
, Lucio telah menikmati beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa antaranya memenangi
Piala Dunia 2002
,
Piala Konfederasi 2005
dan
Piala Konfederasi 2009
. Sejak persaraan
Kaka
, beliau merupakan satu-satunya pemain Brazil yang menjuarai Piala Dunia 2002 yang masih aktif dalam meneruskan karier bola sepak.
Lucio memulakan kariernya dengan beraksi untuk kelab tempatan,
[4]
Planaltina di posisi penyerang.
[5]
Pada tahun 1997, beliau mula beraksi di posisi pertahanan dan dipinjam ke kelab
Guara
untuk menghadapi perlawanan
Copa do Brasil 1997
menentang penyandang juara Brazil pada masa itu,
Internacional
. Walaupun tewas 0?7,
[6]
beliau telah menarik perhatian kelab Porto Alegre itu untuk membelinya.
Di Internacional, Lucio menjadi tonggak pertahanan yang utama dan beliau menjanjikan aksi yang terbaik ketika tahun 2000 apabila dipanggil oleh
Brazil
dan diberikan anugerah
Bola de Prata
untuk pertahanan terbaik dalam kejohanan
Campeonato Brasileiro 2000
.
[7]
Pada Januari 2001, beliau berpindah ke kelab yang beraksi di
Bundesliga
iaitu
Bayer Leverkusen
. Dalam musim berikutnya, kelab tersebut terpaksa menelan pahit dan manis apabila kelab tersebut gagal mengutip mata yang lebih bagi meneruskan penguasaan liga setelah mereka tewas dua daripada tiga perlawanan Bundesliga. Kesempatan ini segera diambil oleh
Borussia Dortmund
yang meraih tiga kemenangan berturut-turut sekali gus berjaya dinobatkan sebagai jaura liga. Leverkusen juga menghadapi kekalahan dalam final
DFB-Pokal
kepada
Schalke 04
dengan jaringan 4?2 serta kecundang dalam perlawanan akhir
Liga Juara-Juara
kepada
Real Madrid
. Walaupun secara keseluruhannya ia merupakan keputusan yang mengecewakan, tetapi Lucio mempamerkan prestasi yang menonjol sehingga menarik perhatian beberapa kelab terkemuka Eropah. Pada Julai 2003,
Roma
telah melakukan bidaan rasmi ke atasnya tetapi rundingan terpaksa telah gagal daripada diteruskan.
[8]
Pada tahun 2004, Lucio menandantangani kontrak selama enam tahun bersama kelab gergasi Jerman,
Bayern Munich
. Beliau telah dijadikan sebagai tonggak utama pasukan. Setelah
Oliver Kahn
mengumumkan persaraan pada tahun 2008,
Mark van Bommel
telah dinamakan sebagai kapten pasukan Bayern manakala Lucio dijadikan sebagai naib-kapten. Semasa aksi pusingan 16
Liga Juara-Juara 2006-07
, beliau telah menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan kemaraan Bayern ke peringkat suku akhir. Namun, mereka tewas di peringkat selanjutnya kepada bakal juara edisi tersebut,
Milan
. Dalam perlawanan
DFB-Pokal 2008?09
, beliau telah menjaringkan gol untuk Bayern dalam aksi suku akhir menentang kelab lamanya, Leverkusen. Sebelum jaringan gol tersebut, Bayern telah ketinggalan 3-0. Setelah beliau menjaringkan gol,
Miroslav Klose
telah menjaringkan gol Bayern lagi untuk merapatkan kedudukan namun
Stefan Kießling
telah menambah duka Bayern dengan menggandakan lagi jaringan Leverkusen bagi memastikan keputusan permainan dengan skor 4?2.
[9]
Lucio sedang menjalani latihan bersama Inter
Pada 16 Julai 2009, Lucio berpindah ke kelab Itali,
Inter Milan
selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama juara
Serie A
itu.
[10]
Beliau telah diberi jersi skuad bernombor 6. Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Inter pada 23 September 2009 ketika menentang
Napoli
melalui tandukan hasil daripada sepakan penjuru. Lucio juga pernah menjaringkan gol sendiri ketika aksi peringkat kumpulan
Liga Juara-Juara
menentang
Dynamo Kyiv
yang berkesudahan perlawanan terikat seri. Sepanjang musim sulungnya di Inter, Lucio bersama rakan sepasukannya di posisi yang sama,
Walter Samuel
telah dipuji kerana prestasi mereka yang cemerlang.
[11]
Pada 22 Mei, Lucio merupakan sebahagian daripada pasukan Inter yang berjaya merangkul trofi Liga Juara-Juara selepas menewaskan kelab lamanya, Bayern Munich, 2?0. Beliau meraikan kejuaraan treble bersejarah dan menamatkan penantian selama 45 tahun untuk menjulang trofi keramat itu.
[12]
Pada 24 September 2011, Lucio telah melakukan penampilannya ke-100 bersama Inter ketika perlawanan Serie A menentang
Bologna
.
[13]
Pada 29 Jun 2012, Lucio diumumkan akan meninggalkan Inter setelah keputusan persetujuan antara kedua-dua belah pihak dicapai untuk menamatkan kontraknya yang berbaki selama dua tahun.
[14]
Pada 4 Julai 2012, Lucio menandantangani kontrak selama dua tahun bersama juara
Serie A
,
Juventus
.
[15]
Walaupun pada mulanya beliau diletakkan di posisi pertahanan dalam sistem tiga orang pertahanan tengah dengan beraksi dalam perlawanan
Supercoppa Italiana 2012
menentang
Napoli
pada 11 Ogos,
[16]
beliau telah diketepikan daripada perancangan Juventus setelah bergelut dengan kecederaan selain mempamerkan persembahan yang tidak konsisten dan memberangsangkan. Hal ini telah mendorong Juventus untuk meletak
Giorgio Chiellini
,
Leonardo Bonucci
dan
Andrea Barzagli
di barisan pertahanan. Secara keseluruhannya, beliau hanya beraksi dalam empat perlawanan untuk Juventus dalam semua kejohanan selama tempoh enam bulannya bersama kelab Turin itu. Oleh kerana beliau kurang diberi peluang untuk beraksi, Lucio telah meninggalkan Juventus pada 17 December 2012 selepas kontraknya ditamatkan melalui persetujuan antara kedua-dua pihak.
[17]
Pada 18 Disember 2012, sehari selepas meninggalkan Juventus, Lucio menandantangani kontrak selama dua tahun bersama kelab Brazil,
Sao Paulo
.
[18]
Selepas 12 tahun berkelana di Eropah, beliau menyatakan bahawa beliau perlu menyesuaikan dirinya semula di tanah airnya, Brazil.
[19]
Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Sao Paulo ketika menentang
Botafogo
pada 7 April 2013.
Pada Julai 2013, selepas pelantikan
Ney Franco
sebagai jurulatih baru kelab, Lucio telah disingkirkan daripada pasukan. Episod ini mula timbul setelah kekalahan 1?0 kepada
Internacional
dalam aksi liga. Lucio tidak dapat menepis kritikan oleh
Paulo Autuori
yang mendakwa jaringan gol
Leandro Damiao
hasil kesilapan mudah oleh bekas kapten pasukan
Selecao
itu. Oleh sebab itu, Autuori lebih cenderung untuk menyingkirkan Lucio daripada stafnya.
[20]
Selepas insiden itu, Lucio tidak mengikuti jelajah kelab ke Jerman untuk menyertai kejohanan
Piala Audi 2013
. Kehadirannya ke kejohanan tersebut telah dipinta oleh kelab lamanya, Bayern Munich. Tanpa kehadirannya, Sao Paulo memperoleh kurang
€
40,000 daripada pendapatan awal.
[21]
Lucio tidak menjalani latihan bersama dengan staf-staf kelab yang lain sekali gus menimbulkan satu "masalah" kepada kelab. Beliau juga menolak tawaran oleh kelab-kelab dari Timur Tengah dan Jepun sebaliknya belih lebih cenderung untuk kekal di Brazil. Namun, Lucio tetap mendapat pendapatan yang menguntungkan meskipun beliau sendiri tidak beraksi.
[22]
Dengan ketibaan pemain pertahanan seperti
Antonio Carlos
dan
Roger Carvalho
, Lucio secara jelasnya telah hilang peluangnya untuk beraksi lagi. Hal ini menyebabkan beliau mendesak Sao Paulo untuk memindahkannya ke kelab Eropah sebelum jendela perpindahan ditutup tetapi malangnya ia tidak berjaya.
[23]
Pada Disember 2013, selepas hampir enam bulan, Lucio memecahkan kesunyian dengan menyatakan hubungannya yang buruk bersama kelab.
[24]
Pada 1 Januari 2014, Lucio menamatkan kontraknya bersama Sao Paulo dan berpindah ke musuh tradisi
Tricolor'
,
Palmeiras
. Selepas pemergian bekas kapten pasukan dan pemain pertahanan iaitu
Henrique
, Lucio kini menerajui kepimpinan barisan pertahanan pasukan bersama dengan kapten pasukan semasa iaitu
Fernando Prass
. Selepas menandantangani kontrak bersama kelab, Lucio bersetuju untuk memperoleh satu pertiga daripada gaji yang diraih olehnya di Sao Paulo.
[25]
Pada 7 Jun 2015, Lucio disahkan berpindah ke kelab
Liga Super India
,
FC Goa
.
[26]
Beliau telah tampil dalam 14 perlawanan ketika musim sulungnya di India dan menyaksikan Goa menghuni tangga kedua liga. Pada musim berikutnya, beliau kurang bernasib baik apabila hanya melakukan lima kemunculan dan menyaksikan Goa mengakhiri kempen di tangga tercorot liga.
Pada 7 Disember 2017, Lucio kembali ke kampung halamannya di Brazil dan beliau beraksi untuk kelab
Gama
dengan menerajui pasukan itu bagi menghadapi
Campeonato Brasiliense 2018
.
[27]
Pada 16 April 2018, Lucio menyertai kelab
Brasiliense
.
[28]
Dalam kejohanan
Piala Dunia 2002
, beliau telah melakukan kesilapan yang membolehkan pemain
England
,
Michael Owen
untuk menjaringkan gol pembukaan permainan dalam aksi suku akhir. Jurulatih
Luiz Felipe Scolari
telah membela nasib beliau berikutan kesilapan yang dilakukan olehnya. Beliau telah beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut dengan menentang
Jerman
dan menyaksikan Brazil dinobatkan sebagai juara dunia buat kali kelima setelah menumbangkan Jerman 2?0. Beliau merupakan antara tiga pemain yang telah beraksi selama 630 minit atau sepanjang kejohanan tersebut bersama dengan penjaga gol
Marcos
dan kapten
Cafu
.
Semasa kejohanan
Piala Dunia 2006
, Lucio telah mencipta satu rekod
FIFA
dengan beraksi selama 386 minit tanpa melakukan kekasaran atau faul dan rekod itu akhirnya sampai ke penghujungnya ketika aksi suku akhir menentnag
Perancis
.
Pada Ogos 2006, Lucio telah dilantik menjadi kapten pasukan Brazil oleh jurulatih
Dunga
.
Lucio seterusnya mewakili Brazil ke kejohanan
Piala Konfederasi 2009
. Pada 29 Jun 2009, kapten Brazil itu menjaringkan gol kemenangan Brazil dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi menentang
Amerika Syarikat
. Lucio menanduk masuk bola ke arah gawang pasukan lawan hasil sepakan penjuru oleh
Elano
sekali gus menewaskan penjaga gol Amerika Syarikat,
Tim Howard
.
[29]
Lucio sedang beraksi untuk Brazil pada tahun 2011.
Kejohanan
Piala Dunia 2010
merupakan edisi Piala Dunia ketiga yang disertai Lucio. Beliau beraksi untuk
Selecao'
dalam perlawanan pembukaan menentang
Korea Utara
dengan berkesudahan kemenangan tipis 2?1 berpihak kepada Brazil. Dalam kejohanan tersebut, beliau bergandingan dengan
Juan
di posisi bek tengah. Dalam Kumpulan E, Brazil meraih kemenangan ke atas
Ivory Coast
dan terikat seri tanpa jaringan ketika menentang
Portugal
sekali gus mengesahkan kemaraan Brazil ke peringkat kalah mati. Namun, Brazil terkandas di peringkat suku akhir kepada
Belanda
hasil dua jaringan oleh
Wesley Sneijder
untuk meranapkan impian Brazil bagi meneruskan kemaraannya.
Selepas Dunga telah dipecat,
Konfederasi Bola Sepak Brazil
melantik
Mano Menezes
sebagai ketua jurulatih yang baru. Menezes telah menanam kepercayaan terhadap pemain yang berpengalaman iaitu Luciom. Posisi Lucio dikekalkan manakala temannya, Juan telah digugurkan daripada skuad Brazil sebaliknya
Thiago Silva
menjadi gandingan baru Lucio di barisan pertahanan tengah.
Pada 4 Jun 2011, Lucio telah beraksi dalam perlawanan ke-100nya untuk Brazil.
[30]
Statistiknya itu terdiri daripada 98 perlawanan rasmi dan dua perlawanan tidak rasmi iaitu perlawanan persahabatan ketika menentang
Sevilla
pada tahun 2005 dan menentang
Luzern
pada tahun 2006.
[31]
[32]
Lucio telah disenaraikan ke dalam skuad Brazil bagi menghadapi kejohanan
Copa America 2011
. Brazil berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan namun tersingkir di peringkat suku akhir kepada
Paraguay
menerusi penentuan penalti.
Pada akhir tahun 2011, Menezes telah menggugurkan Lucio daripada skuad Brazil manakala
Robinho
telah diangkat menjadi kapten pasukan Brazil yang baru. Lucio melakukan kemunculan terakhirnya untuk Brazil pada September 2011.
Lucio telah melangsungkan perkahwinan bersama pasangan pilihannya, Dione dan pasangan tersebut telah memiliki tiga orang anak iaitu Victoria, Joao Vitor dan Valentinna.
[33]
Beliau merupakan penganut Kristian
Evangelikalisme
.
- Sehingga 12 Mei 2019
.
[34]
Pasukan kebangsaan Brazil
|
Tahun
|
|
Gol
|
2000
|
1
|
0
|
2001
|
12
|
0
|
2002
|
11
|
0
|
2003
|
9
|
0
|
2004
|
2
|
0
|
2005
|
13
|
2
|
2006
|
10
|
0
|
2007
|
8
|
1
|
2008
|
8
|
0
|
2009
|
14
|
1
|
2010
|
8
|
0
|
2011
|
9
|
0
|
Jumlah
|
105
|
4
|
- Bayern Munich
- Internazionale
- Juventus
|
Lucio sedang memegang trofi
Piala Konfederasi 2009
ketika berjumpa dengan mantan presiden Brazil.
- Brazil
|
- ^
"Lucio"
(dalam bahasa Portuguese). Palmeiras Official Site
. Dicapai pada
18 January
2014
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Sao Paulo acerta com Lucio por duas temporadas"
(dalam bahasa Portuguese). Sao Paulo. 18 December 2012
. Dicapai pada
18 December
2012
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Lucio"
.
Fussballdaten.de
(dalam bahasa German)
. Dicapai pada
19 January
2013
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Trajetoria de sucesso"
(dalam bahasa Portuguese). Sao Paulo. 18 December 2012
. Dicapai pada
18 December
2012
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Trajetoria"
.
l3lucio.com.br
(dalam bahasa Portugis). Diarkibkan daripada
yang asal
pada 24 Ogos 2014
. Dicapai pada
11 April
2016
.
- ^
"Guara 0 x 7 Internacional, 18/02/1997"
.
futpedia
(dalam bahasa Portugis)
. Dicapai pada
11 April
2016
.
- ^
"Bola de Prata Placar 2000"
.
Placar
(dalam bahasa Portugis). 7 August 2015
. Dicapai pada
11 April
2016
.
- ^
"Statement regarding Brazilian footballer Lucio"
(PDF)
(dalam bahasa Italian). AS Roma. 10 July 2003
. Dicapai pada
3 November
2012
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"DFB-Pokal 2008/2009"
(dalam bahasa German). DFB
. Dicapai pada
11 June
2010
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Lucio to Inter"
.
Bayern Munich
. 16 July 2009
. Dicapai pada
16 July
2009
.
- ^
SW Lim (29 August 2015).
"Miranda: Murillo and I are like Lucio and Samuel"
.
goal.com
. Dicapai pada
5 February
2016
.
- ^
"Bayern Munich 0 ? 2 Internazionale"
.
ESPN Soccernet
. 22 May 2010
. Dicapai pada
24 May
2010
.
- ^
"Bologna 1-3 Inter: Pazzini, Milito and Lucio score"
. inter.it. 24 September 2011
. Dicapai pada
27 March
2019
.
- ^
"Inter exit for Lucio"
.
Sky Sports
. 29 July 2012
. Dicapai pada
29 July
2012
.
- ^
"Official: Lucio completes Juventus switch"
.
Goal.com
. 4 July 2012
. Dicapai pada
4 July
2012
.
- ^
Marco Gaetani (11 August 2012).
"Supercoppa alla Juve Ma il Napoli e furioso"
.
La Repubblica
(dalam bahasa Italian)
. Dicapai pada
5 February
2016
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Lucio, contract terminated"
. juventus.com. 17 December 2012
. Dicapai pada
17 December
2012
.
- ^
"Lucio acerta por dois anos e e oficializado como reforco sao-paulino"
.
gazetaesportiva.net
(dalam bahasa Portuguese). 18 December 2012
. Dicapai pada
18 December
2012
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Acostumado a Europa, Lucio tenta deixar timidez de lado no Brazil"
.
gazetaesportiva.net
(dalam bahasa Portuguese). 17 January 2013
. Dicapai pada
17 January
2013
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Sao Paulo descarta Lucio apos zagueiro nao aceitar criticas de Autuori"
(dalam bahasa Portuguese). saopaulofc.com.br. 29 Julai 2013. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 29 Julai 2013
. Dicapai pada
29 Julai
2013
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
Ferrari, Carlos Augusto (16 August 2013).
"Ausencia de Lucio faz Sao Paulo perder parte da cota da Copa Audi"
(dalam bahasa Portuguese). globoesporte.globo.com
. Dicapai pada
4 September
2013
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
Mattos, Rodrigo (12 August 2013).
"Sem zagueiros, Sao Paulo ve impasse com o descartado Lucio"
(dalam bahasa Portuguese). rodrigomattos.blogosfera.uol.com.br
. Dicapai pada
13 August
2013
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Com contratos longos, SP pode levar reforcos fracassados para 2014"
(dalam bahasa Portuguese). esporte.uol.com.br. 22 August 2013
. Dicapai pada
22 August
2013
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Lucio fala pela primeira vez apos afastamento: 'Me senti humilhado
'
"
(dalam bahasa Portuguese). GloboEsporte.com. 13 December 2013
. Dicapai pada
14 December
2013
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
Abramvezt e Marcelo Hazan, David (2 January 2014).
"Lucio rescinde com Sao Paulo e acerta com Palmeiras por um terco do salario"
(dalam bahasa Portuguese). globoesporte.globo.com
. Dicapai pada
2 January
2014
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Lucio joins FC Goa as marquee"
.
Goal.com
. 7 June 2015. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2015-06-09
. Dicapai pada
8 June
2015
.
- ^
"Aos 39 anos, zagueiro Lucio acerta com o Gama e volta ao futebol do Distrito Federal"
.
Globoesporte.com
. 7 December 2017
. Dicapai pada
7 December
2017
.
- ^
"Aos 39 anos, Lucio acerta com o Brasiliense e vai disputar a Serie D em 2018"
.
Globoesporte.com
. 16 April 2018
. Dicapai pada
12 May
2018
.
- ^
"US 2?3 Brazil"
. BBC Sport. 28 June 2009
. Dicapai pada
29 June
2009
.
- ^
"100 games for Lucio"
. sambafoot.com. 4 June 2011
. Dicapai pada
6 June
2011
.
- ^
"Selecao Brasileira (Brazilian National Team) 2004?2005"
. rsssfbrasil.com
. Dicapai pada
6 June
2011
.
- ^
"Selecao Brasileira (Brazilian National Team) 2006?2007"
. rsssfbrasil.com
. Dicapai pada
6 June
2011
.
- ^
"Vaterfreuden fur Lucio"
(dalam bahasa German).
Bayern Munich
. 13 April 2007
. Dicapai pada
13 April
2007
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Lucio ? Century of International Appearances"
.
RSSSF
. Dicapai pada
25 July
2012
.
- ^
"Bola de Prata Placar 2000"
.
Placar
(dalam bahasa Portuguese). 20 Mac 2013. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 17 Mac 2016
. Dicapai pada
5 Februari
2016
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Bundesliga Historie 2000/01"
(dalam bahasa German). kicker.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Bundesliga Historie 2001/02"
(dalam bahasa German). kicker.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Bundesliga Historie 2002/03"
(dalam bahasa German). kicker.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Bundesliga Historie 2003/04"
(dalam bahasa German). kicker.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Bundesliga Historie 2004/05"
(dalam bahasa German). kicker.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Bundesliga Historie 2005/06"
(dalam bahasa German). kicker.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
Karel Stokkermans (14 March 2007).
"ESM XI"
. RSSSF
. Dicapai pada
29 November
2015
.
- ^
Bhas Kunju (22 June 2014).
"Aquarius World Cup interview ? Lucio"
.
Goal.com
. Dicapai pada
5 February
2016
.
- ^
"Users pick Top 11"
.
FIFA.com
. Federation Internationale de Football Association. 30 June 2009. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2012-04-10
. Dicapai pada
30 June
2013
.
- ^
"FIFPro proudly presents 2010 FIFA FIFPro World XI"
. FIFPRo.org. 10 January 2011. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2015-09-28
. Dicapai pada
5 February
2016
.
- ^
"INTER CLUB: A LUCIO IL "PIRATA D'ORO
"
"
. Inter.it
. Dicapai pada
5 March
2015
.