Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuih hasidah
???? ?????
|
---|
![](//upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/3/39/Kuih_Qasidah.jpg/220px-Kuih_Qasidah.jpg) |
Nama alternatif
| Kuih qasidah
|
---|
Tempat asal
|
Malaysia
|
---|
Suhu penghidangan
| Panas atau Sejuk
|
---|
sunting
·
sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
|
Kuih hasidah
atau juga digelar
kuih Qasidah
merupakan sejenis
kuih
tradisi
[1]
yang lemak dan manis. Ia dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan
minyak sapi
dan
gula
.
[2]
Pada kebiasaannya kuih hasidah akan dicanai bulat dan diletakkan di atas talam, sebelum bunganya dicekit, dengan menggunakan pengepit membentuk seperti sekuntum bunga mawar. Selepas itu, bawang goreng akan ditabur pada bahagian atasnya.
[3]
- 300gm tepung gandum
- 2 helai daun pandan
- 2½ - 3 cawan santan dari satu biji kelapa
- 1½ cawan gula, atau secukup manis yang diperlukan
- 5 biji
telur ayam
, dipukul
- 4 sudu besar minyak sapi
- secubit garam
- sedikit pewarna kuning
Untuk hiasan
- 10 biji bawang merah,dihiris nipis dan gaul sedikit
garam
, kemudian digoreng hingga kuning.
Tepung disangai hingga ia berbau wangi dan kekuningan. Ketepikan dan biarkan ia sejuk sebentar. Kemudian tepung dicampurkan bersama
santan
,
telur
, daun pandan, secubit garam dan pewarna kuning, jika suka.
Kacau atas api kecil hingga pekat. Barulah dimasukkan gula. Kacau lagi hingga gula sebati dan kering, baru dimasukkan minyak sapi. Kacau lagi hingga keluar minyak.
Proses mengacau kira-kira 1½ - 2 jam. Bila telah menjadi seketul adunan yang lembut, bolehlah diangkat. Terapkan dengan acuan bentuk bunga teratai dan taburkan bawang goreng diatasnya. Boleh juga digentel bulat-bulat dan disepit menggunakan penyepit kuih bagi membentuk seperti bunga.