Konvoi
adalah satu sistem perlindungan untuk kapal-kapal yang belayar di bawah penjagaan dan perlindungan satu kumpulan kapal pengiring.
Sejak kurun ke-17, negara-
negara berkecuali
telah menuntut hak untuk belayar secara konvoi semasa waktu
perang
, dan mengerahkan kapal perang untuk memberikan perlindungan keselamatan kepada kapal-
kapal dagang
dan menghalang kapal-kapal tersebut daripada dirampas ataupun diperiksa oleh pihak-pihak yang berperang.
Semasa
Perang Dunia I
, pihak
British
telah mengelolakan pergerakan kapal merentasi
Lautan Atlantik
dengan cara berkonvoi dengan dilindungi satu pasukan kapal perang belayar di sekeliling konvoi berkenaan. Cara ini memberikan perlindungan kepada kapal-
kapal dagang
daripada serangan oleh kapal selam dan kapal terbang Jerman semasa Pertempuran Lautan Atlantik semasa
Perang Dunia II
.
Sebaik sahaja Perang Dunia II meletus, pihak Tentera Laut Diraja British terus menggunakan sistem konvoi untuk membawa bekalan dan barangan keperluan daripada Amerika Syarikat ke Britain. Bekalan ini pening untuk membolehkan Britain bertahan bersendirian menentang pengluasan kuasa Jerman.
Pertempuran Lautan Atlantik
akan berlanjutan sehingga tahun 1943 dan dicirikan oleh pergelutan yang berpanjangan dengan pihak Jerman memperkenalkan taktik antikonvoi yang baru dan pihak British dan tentera Berikat bertindak balas untuk mengatasi taktik yang diperkenalkan oleh pihak Jerman.
Ancaman kapal perang besar (battleship) amat ketara sekali apabila kapal perang besar [Admiral Scheer]] bertembung dengan konvoi HX-84 pada
5 November
1940
. Dalam sekejap masa sahaja, 5 buah kapal ditenggelamkan (Maiden, Trewellard, Kenbame Head, Beaverford, dan Fresno) sementara banyak kapal lain rosak. Pengorbanan yang dilakukan oleh kapal dagang bersenjata (Armed Merchant Cruiser)
HMS Jervis Bay
membolehkan kapal-kapal lain konvoi HX-84 melepaskan diri.
Sementara kuasa tembakan dan pertahanan yang diberikan oleh sebuah kapal perang besar pula ternyata apabila kruiser besar
Scharnhorst
dan
Gneisenau
menyerang konvoi HX 106 yang terdiri daripada 41 buah kapal. Apabila kedua kapal Jerman itu melihat kehadiran kapal perang besar HMS Ramillies di kalangan kapal-kapal pengiring konvoi tersebut, kapal Jerman tersebut mengundur diri kerana enggan berhadapan dengan kuasa tembakan meriam 15 inci yang dipunyai
HMS Ramillies
.
Bilangan kapal-kapal yang banyak terlibat dan kekerapan pertembungan memaksa pihak British menggunakan kaedah penilaian teknik statistik dalam penilaian taktik, kali pertama penyelidikan operasi digunakan dalam peperangan.
Apabila Amerika Syarikat menyertai peperangan dalam tahun 1941, Tentera Laut Amerika pada mulanya enggan menggunakan sistem konvoi di pantai timur
Amerika Syarikat
. Laksamana Armada
Ernest King
enggan menerima nasihat yang diberikan oleh
Tentera Laut Diraja British
kerana mempunyai pengalaman pahit sebelumnya dan beliau memandang rendah kebolehan pihak British. Keengganan ini mengakibatkan banyak kapal Amerika Syarikat tenggelam. Selepas sistem konvoi diperkenalkan kepada kapal-kapal Amerika Syarikat, kadar kehilangan kapal Amerika Syarikat dapat dikurangkan.
Taktik Antikonvoi Jerman dan Tindak Balas Tentera Berikat
[
sunting
|
sunting sumber
]
Untuk mengatasi keberkesanan sistem konvoi yang digunakan oleh pihak
British
, pihak Jerman menggunakan taktik-taktik antikonvoi termasuk menggunakan kapal terbang peronda jarak jauh (umpamanya kapal terbang
Focke-Wulf
FW 200 Kondor
dan
Junkers Ju 290
) untuk mengesan dan menjejaki pelayaran konvoi kapal dagang. Mereka kemudiannya memberikan maklumat kedudukan konvoi kepada kumpulan-kumpulan kapal selam (wolf pack) melalui radio. Kebolehan Jerman menyahkodkan sistem kod tentera laut British memudahkan kerja mengesan konvoi British. Pihak Jerman juga memperkenalkan persenjataan baru seperti
torpedo bermagnet
dan
torpedo
yang menggunakan sistem pandu tuju berdasarkan bunyi (sonic homing).
Pasukan Tentera Berikat sebagai tindakan balas telah membuat serangan ke atas pangkalan-pangkalan kapal selam Jerman di
Brest
dan
La Rochelle
, dan juga menggunakan kapal dagang yang ditukarkan kepada kapal bersenjata (armed merchantmen) untuk dimasukkan di dalam konvoi. Dari jauh kapal-kapal ini seperti kapal dagang yang lain sehingga persenjataannya ditunjukkan apabila menghadapi serangan pihak Jerman.
Tentera Berikat juga memperkenalkan konsep
kapal induk pengiring
(escort carriers) menggunakan badan kerangka kapal-kapal dagang. Kapal-kapal ini membawa kapal terbang anti kapal selam dan kapal terbang pejuang untuk memberikan perlindungan kepada konvoi daripada serangan udara dan serangan oleh kapal selam.
Pihak berikat juga mengadakan lebih banyak kapal pengiring dengan membina kapal-kapal pengiring yang khusus (kapal pembinasa, korvet dan frigat) yang jauh lebih murah daripada kapal kruiser. Ini membolehkan pihak berikat menugaskan lebih banyak kapal pengiring bagi konvoi mereka.
Senjata-senjata baru juga diperkenalkan. Pihak British memperkenalkan senjata antikapal selam seperti
Hedgehog
, bom antikapal selam yang ditembak daripada jarak jauh (stand off weapon) yang jauh lebih berupaya berbanding senjata sebelumnya.
Pihak Berikat juga membina dan memperkenalkan kapal terbang peronda maritim dengan keupayaan terbang jarak jauh (
Shorts Sunderland
,
PBY Catalina
) yang membolehkan Komodor konvoi menerima amaran awal kehadiran kapal selam Jerman.
Pihak Jepun pula jarang sekali menggunakan sistem konvoi. Akibatnya, kebanyakan daripada kapal pengangkutan mereka menjadi mangsa kapal selam Amerika Syarikat seperti
USS Grayback
(SS-208) dan
USS Thresher
(SS-200)).
Banyak pertempuran laut semasa Perang Dunia II berkisar di sekeliling konvoi, seperti serangan ke atas Konvoi PQ-16, Mei 1942, Konvoi
PQ-17
, Jun-Julai 1942, Operasi Pedestal Ogos 1942,
Pertempuran Laut Barents
Disember 1942 dan
Pertempuran Laut Bismarck
dalam bulan Mac 1943.
Semasa
Perang Iran-Iraq
dari tahun 1980 hingga 1990,
kapal tangki minyak
mentah yang melalui
Selat Hormuz
untuk keluar masuk ke
Teluk Parsi
dikumpulkan dalam konvoi dan diberikan perlindungan kapal perang pengiring dari
Tentera Laut Amerika Syarikat
,
Tentera Laut Diraja Britain
dan lain-lain tentera laut. Dalam
Operasi Earnest Will
,
Tentera Laut Amerika Syarikat
memberikan perlindungan kepada konvoi kapal tangki minyak
Kuwait
yang belayar di bawah bendera
Amerika Syarikat
untuk keluar masuk dari
Teluk Parsi
.
- [1]
Senarai Prefix Konvoi untuk Perang Dunia I dan Perang Dunia II]
- Convoy web
? Analisis beberapa laluan konvoi]