Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsonan sengauan
,
sengau
atau
nasal
dihasilkan dengan merendahkan
velum
dalam mulut, untuk membolehkan udara keluar bebas melalui hidung. Rongga mulut masih berperanan sebagai rongga kenyaringan bunyinya, tetapi udara tidak keluar melalui mulut kerana disekat oleh bibir atau lidah. Jarang terdapat konsonan jenis lain (bukan sengau) yang
disengaukan
.
Dari segi akustik, konsonan sengauan merupakan
sonoran
, iaitu tidak menyekat pengeluaran udara. Konsonan sengauan hampir sentiasa bersuara dalam semua bahasa yang ada konsonan sengauan di dunia, kecuali
bahasa Iceland
dan
bahasa Wales
yang ada konsonan sengau tak bersuara.
Konsonan sengauan juga berartikulasi hentian kerana aliran udara melalui mulut disekat sepenuhnya. Udara keluar melalui hidung sambil halangan dalam mulut, bererti hentian sengauan itu bersifat sonoran dan obstruen secara serentak. Bagi tujuan penerangan akustik, konsonan sengauan secara amnya dianggap sonoran, tetapi dalam kebanyakan bahasa boleh berkembang daripada atau menjadi
konsonan letupan
.
Secara akustik lagi, konsonan sengau berjalur tenaga sekitar 200?2,000 Hz.
Kata-kata yang berhujung konsonan sengauan dalam bahasa Melayu baku digugurkan dalam
dialek Kelantan
:
[1]
Bahasa Melayu Baku
|
Dialek Kelantan
|
ejaan
|
sebutan
|
sebutan
|
ejaan basahan
|
ayam
|
/ajam/
|
/aj
?
/
|
aye
|
jalan
|
/d??alan/
|
/d??al?/
|
jale
|
binatang
|
/binataŋ/
|
/binat?/
|
binate
|
- ^
Jiang Wu (2023).
Malayic varieties of Kelantan and Terengganu
. Amsterdam: LOT Publications. m/s. 49.
ISBN
978-94-6093-436-0
.
- Ferguson (1963) 'Assumptions about nasals', in Greenberg (ed.)
Universals of Language
, pp 50-60.
- Saout, J. le (1973) 'Languages sans consonnes nasales',
Annales de l Universite d'Abidjan
, H, 6, 1, 179-205.
- Williamson, Kay
(1989) 'Niger-Congo overview', in Bendor-Samuel & Hartell (eds.)
The Niger-Congo Languages
, 3-45.