Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsonan getaran
ialah bunyi
konsonan
yang dihasilkan dengan getaran di antara artikulator dan
daerah artikulasi
. Gugus huruf
rr
, dalam
Bahasa Sepanyol
Baku, seperti perkataan
perro
, merupakan
getaran gusi
, sementara gugus yang sama dalam pertuturan
bahasa Perancis
di Paris, merupakan
getaran uvular
.
Konsonan getaran adalah berbeza sekali dari
konsonan tamparan
, yang mana artikulator (anggota penyebutan) yang aktif mengibas artikulator yang pasif, manakala bagi getaran pula, artikulator tidak digerakkan ke mana-mana, sebaliknya digetarkan oleh arus udara. Biasanya, konsonan getaran bergetar selama dua atau tiga kala (
period
), tetapi boleh
dipanjangkan
melebihi lima kala, ataupun satu kala sahaja. Walaupun seakan-akan konsonan tamparan, namun penyebutannya berbeza sekali; konsonan getaran berbeza-beza bilangan kalanya, tetapi konsonan tamparan pula tidak.
Konsonan getaran yang disertakan dalam
Abjad Fonetik Antarabangsa
: