Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kepasifan
ialah suatu sifat sistem kejuruteraan, digunakan dalam pelbagai bidang kejuruteraan, tetapi paling banyak ditemui dalam
elektronik analog
dan
sistem kawalan
.
Komponen pasif
, bergantung pada bidang, ialah komponen yang menggunakan tenaga tetapi tidak menghasilkan tenaga (kepasifan termodinamik), atau komponen yang tidak boleh
menggandakan kuasa
(kepasifan bertambah).
Komponen yang tidak pasif disebut
komponen aktif
.
Litar elektronik
yang terdiri sepenuhnya komponen pasif digelar litar pasif (dan sifatnya sama dengan komponen pasif). Jika tidak digunakan bersama kata penerang, istilah
pasif
adalah kabur. Biasanya, pereka analog menggunakan istilah ini bagi merujuk kepada komponen dan sistem
pasif bertambah
, sementara jurutera sistem kawalan menggunakannya bagi merujuk kepada sistem serta komponen yang
pasif termodinamik
.
Sistem yang model isyarat kecilnya tidak pasif kadangkala digelar aktif setempat (contohnya transistor dan diod terowong). Manakala, sistem yang boleh menjana kuasa kira-kira satu varian masa, tidah kisah keadaan, selalunya digelar aktif berparameter (contohnya beberapa jenis kapasitor tak linear).
[1]
- ^
Tellegen's Theorem and Electrical Networks. Penfield, Spence, dan Duinker. MIT Press, 1970. pg 24-25.