Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kitab Wahyu
atau
Kitab Ilham
merupakan kitab terakhir dalam
Perjanjian Baru
yang memainkan peranan yang paling penting dalam
ilmu akhir zaman
Kristian
. Asalnya ditulis dalam
bahasa Yunani Koine
, tajuknya berasal dari perkataan pertama dalam catatan itu iaitu
apokalypsis
yang bererti "pendedahan". Pengarang kitab ini memperkenalkan dirinya sebagai "Yohanes" dan mengaku bahawa beliau berada di sebuah pulau di
Laut Aegea
yang bernama
Patmos
, ketika beliau "terdengar sebuah suara kuat" yang memerintahkannya untuk menulis kitab ini. Yohanes ini dikatakan sebagai
Yohanes sang Hawari
, namun keilmuan masa kini telah mengusulkan kemungkinan lain yang termasuklah tokoh anggapan yang diberi nama
Yohanes dari Patmos
. Kebanyakan ilmuwan masa kini percaya bahawa Kitab Wahyu dikarang sekitar tahun 70?95 M.
Kitab ini meliputi tiga
genre
sastera, iaitu
warkah
,
ilham
, dan
nubuatan
. Ia bermula dengan warkah pengantar kepada pembaca, diikuiti oleh serantai peristiwa yang rumit dan berbentuk ilham yang dipetik dari
bayangan
nubuatan yang kononnya dilihat oleh pengarangnya. Ini termasuklah kemunculan beberapa gambaran yang menjadi penting dalam fahaman akhir zaman Kristian seperti
Pelacur Babylon
dan
Sang Binatang
, lantas berakhir dengan
Kedatangan Kedua
Jesus Christ
. Bayangan yang samar-samar dan melebih-lebih ini
[1]
telah menimbulkan pelbagai tafsiran.
Kitab Wahyu merupakan satu-satunya dokumen yang berbentuk kisah akhir zaman dalam kanun Perjanjian Baru, tetapi terdapat beberapa perenggan ringkas yang berbentuk akhir zaman di merata tempat dalam
Injil
dan
Warkah
.