Kata nama
ialah
perkataan
yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan
frasa nama
. Selalunya perkataan demikian menamakan
orang
,
haiwan
,
tempat
,
benda
, atau
konsep
.
[1]
Ia terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-ciri
semantik
perkataannya iaitu seperti kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. Sebagai contoh, berikut ialah beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain yang hadir sebelum dan selepasnya. Contohnya:
Frasa nama
|
Unsur sebelum
|
Kata nama
|
Unsur selepas
|
sebuah
semua
tiap-tiap
empat orang
|
dewan
bas
pendapat
pelajar
|
persidangan
pelancongan
bernas
sekolah menengah
|
Penggolongan kata nama
Penggolongan kata nama adalah berdasarkan ciri-ciri makna (atau
semantik
).
Kata nama khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Biasanya, dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada subgolongan
- Hidup > Manusia / Bukan manusia
- Tak hidup
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
Kata nama am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum
[2]
seperti dalam contoh di bawah:
- benda: sekolah, kereta, cakerawala
- perkara: roh, udara, iklim
- konsep: kesejahteraan, perpisahan, keindahan
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu
konkrit
dan
abstrak
. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua-dua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
- Contoh: buai -> buaian
Seterusnya kata nama am boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang lebih kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, seperti berikut:
- Kata nama am hidup manusia
: petani, ayah, ibu, sasterawan, pelukis, jurujual
- Kata nama am hidup bukan manusia
: ayam, pokok, harimau, malaikat, ikan, bidadari
- Kata nama am tak hidup institusi
: sekolah, persatuan, perpustakaan, hospital, pejabat pos, stesen bas
- Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit
: rumah, lautan, langit, cakerawala, kereta, pekan
- Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
: senyuman, bayangan, pendapat, cadangan
- Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
: iklim, keindahan, ajaran, hasrat
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata ganti nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Golongan kata ganti nama dapat dipecahkan kepada beberapa subgolongan seperti:
1.
Kata ganti nama tunjuk
Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu: itu, ini
2.
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua, iaitu:
- kata ganti nama diri tanya, yang terdiri daripada tiga:
apa
,
siapa
,
mana
- kata ganti nama diri orang, terdiri daripada tiga jenis:
pertama
,
kedua
, dan
ketiga
Kata ganti nama digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya
ini
,
itu
), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya
siapa, apa, mana
).
Pembentukan kata nama
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata nama, iaitu:
- kata nama tunggal
- kata nama terbitan
- kata nama majmuk
- kata nama ganda
contoh:
kata nama tunggal
|
kata nama terbitan
|
kata nama majmuk
|
kata nama ganda
|
ikan
roh
bapa
tempayan
belantara
poskod
|
pendaki
pekedai
kekasih
juruterbang
pinggiran
penantian
pekarangan
kedudukan
telapak
seruling
|
balai raya
Datuk Bendahara
deria rasa
anak emas
susu pekat manis
Timbalan Naib Canselor
medan sinaran
buku lima
|
meja-meja
kawasan-kawasan
tadika-tadika
lelangit
sesumbu
jejantas
sayur-mayur
biji-bijian
kementerian-kementerian
lauk-pauk
suku-sakat
|
Aspek pengimbuhan kata nama
Dalam bahasa Melayu proses pengimbuhan digunakan dengan amat kerap untuk membentuk perkataan.
Imbuhan kata nama
awalan kata nama
|
akhiran kata nama
|
apitan kata nama
|
sisipan kata nama
|
penN-,
pe-,
peR-,
ke-,
juru
|
hanya satu akhiran kata nama, iaitu -an
|
penN-...-an,
pe-...-an,
peR-...-an,
ke-...-an
|
-el-,
-er-,
-em-
|
Sisipan kata nama tidak produktif lagi dalam bahasa Melayu dan perkataan-perkataan yang mengandungi sisipan dianggap sudah membeku.
Lihat juga
Rujukan
- ^
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^
Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin. 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1 & 2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.