Kartun editorial
Andrew Johnson
dan
Abraham Lincoln
, 1865, bertajuk "The Rail Splitter at Work Repairing the Union". Sari katanya bertulis: (Johnson): "Ambilnya senyap-senyap, Pak Abe, dan saya akan jahitkannya lebih rapat dari dulu-dulu." (Lincoln): "Dengan sedikit jahitan lagi, Andy, Kesatuan akan pulih semula."
Kartun politik
, sejenis
kartun
editorial
, merupakan sebuah grafik dengan
karikatur
tokoh masyarakat, menyatakan pendapat artis. Seorang artis yang menulis dan melukis gambar tersebut dikenali sebagai
kartunis editorial
. Mereka biasanya menggabungkan kemahiran artistik,
hiperbola
dan
satira
untuk menyoal
pihak berkuasa
dan menarik perhatian kepada
rasuah
,
keganasan politik
dan
gejala sosial
yang lain .
[1]
[2]
Dibangunkan di England pada akhir abad ke-18, kartun politik ini dipelopori oleh
James Gillray
,
[3]
walaupun dia dan yang lain dalam industri Inggeris berkembang dijual sebagai cetakan individu di kedai cetak. Ditubuhkan pada tahun 1841, berkala Inggeris
Punch
menggunakan istilah
kartun
untuk merujuk kepada kartun politiknya, yang menyebabkan istilah ini digunakan secara meluas.
A Rake's Progress
, Plat 8, 1735, diperkemas oleh Hogarth pada 1763 dengan membubuh lambang Britannia
[5]
[6]
Gambar-gambar lukisan satira oleh
William Hogarth
telah diiktiraf sebagai pelopor kartun politik.
[7]
Lukisan-lukisan beliau menggabungkan kritikan sosial dengan babak-babak lukisan yang berturutan. Antara sasaran utama satira beliau adalah amalan rasuah dalam siasah British awal abad ke-18. Antara karya satiranya yang terawal ialah
Emblematical Print on the South Sea Scheme
(c.1721), mengenai bencana keruntuhan pasaran saham pada tahun 1720 yang dikenali sebagai
South Sea Bubble
, apabila ramai orang Inggeris kerugian sejumlah dana yang besar.
[8]
Karya seni Hogarth sering diiringi oleh unsur yang memupuk moral, misalnya maha karya beliau keluaran 1735 yang bertajuk
A Rake's Progress
. Ia terdiri daripada lapan keping gambar yang menggambarkan kehidupan semberono Tom Rakewell, seorang anak saudagar kaya yang menghabiskan semua wangnya untuk hidup mewah, dilayan oleh pekerja seks, dan berjudi, dan akhirnya tamat riwayat di
Bethlem Royal Hospital
.
[9]
Bagaimanapun, karyanya hanya dipolitikkan secara menyeleweng, sebaliknya disanjung tinggi dari segi kesenian.
George Townshend, Markuis Pertama Townshend
menghasilkan antara karya-karya kartun dan karikatur politik yang lebih terang-terangan pada 1750-an.
[7]
[10]
Kartun politik mula berkembang di lewat abad ke-18, terutamanya sekitar waktu
Revolusi Perancis
, di bawah arahan karyawan-karyawan utamannya iaitu
James Gillray
dan
Thomas Rowlandson
. Gillray menyelami penggunaan kartun politik untuk tujuan menyindir serta membuat
karikatur
. Kebanyakan satiranya ditujukan terhadap
George III
yang mana baginda digambarkan sebagai seorang pelawak yang berlagak, tetapi kebanyakan karyanya ditujukan untuk mempersenda cita-cita
Perancis Revolusi
dan
Napoleon
. Zaman kehidupan Gillray amat sesuai untuk pertumbuhan gerakan karikatur yang hebat. Peperangan antara parti berkobar-kobar tanpa sedikit pun rasa marah; malah tokoh-tokoh bebas diajuk-ajuk di kedua-dua belah pihak. Sentuhan licik dan lucu, pengetahuan hidup, dan kecantikan seni Gillray yang bitara itu segera menjadikan beliau sebagai yang terulung antara para seniman karikatur.
[11]
Dunia yang sedang dibelah-bahagikan kepada dua lingkungan pengaruh antara
Pitt
dan
Napoleon
- "barangkalinya kartun politim yang paling terkenal sepanjang zaman - ia diciplak berulang kali oleh kartunis semenjak itu."
[12]
George Cruikshank
menjadi kartunis peneraju pada zaman selepas Gilray (1820s-40s). Permulaan kerjayanya terkenal dengan karikatur sosial tentang kehidupan Inggeris untuk terbitan-terbitan tersohor. Beliau menjadi digeruni dengan karya-karya siasahnya yang menyelar kerabat diraja dan para ahli politik terkemuka, malah pernah 1820 supaya "tidak mengkarikaturkan Baginda" (
George IV dari United Kingdom
) "dalam sebarang situasi yang tidak bermoral". Antara karnya adalah satu personifikasi bagi negara Inggeris yang bergelar
John Bull
yang dicipta pada sekitar tahun 1790 sejajar dengan para pelukis satira British yang lain seperti
James Gillray
dan
Thomas Rowlandson
.
[13]
Seni kartun editorial dikembangkan lagi dengan penerbitan majalah berkala
Punch
yang diasaskan pada tahun 1841 oleh
Henry Mayhew
bersama
Ebenezer Landells
si pengukir (namun pernah terdapat majalah kartun yang terdahulu iaitu
Monthly Sheet of Caricatures
yang dicetak sejak tahun 1830 dan merupakan pengaruh besar kepada
Punch
).
[14]
Majalah
Punch
dibeli pada tahun 1842 oleh
Bradbury and Evans
yang memanfaatkan teknologi percetakan massa yang baru diinovasikan untuk menjulang majalah ini sebagai institusi negara yang terulung. Istilah "kartun" yang memaksudkan lukisan lucu (komik) itu dicipta oleh majalah
Punch
pada tahun 1843; bersempena Dewan-Dewan Parlimen yang berhiaskan mural yang berlukiskan "
cartton
" untuk tatapan umum; istilah "
cartoon
" ketika itu bermaksud lakaran awal yang disiapkan pada sekeping kadbod yang besar, atau [
cartone
]
Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (
bantuan
)
dalam bahasa Itali.
Punch
dengan humornya menggunakan istilah itu untuk memaksudkan lukisan politiknya, maka kelarisan kartun
Punch
turut melariskan istilah kartun.
Kartun 'The British Lion's Vengeance...', oleh
John Tenniel
ekoran
Pemberontakan India 1857
.
Antara para pelukis yang menerbitkan
Punch
pada 1840-an dan 50-an ialah
John Leech
,
Richard Doyle
,
John Tenniel
dan
Charles Keene
. Kumpulan ini dikenali sebagai "The
Punch
Brotherhood", yang juga termasuk Charles Dickens yang menyertai Bradbury and Evans selepas meninggalkan
Chapman and Hall
pada tahun 1843. Para pengarang dan pelukis
Punch
turut menyumbang kepada satu lagi majalah sastera terbitan Bradbury and Evans yang bertajuk
Once A Week
(ditubuhkan 1859) sebagai balasan kepada pemergian Dickens dari
Household Words
.
Kartunis yang paling masyhur dan terkenal pada 1850-an dan 60-an ialah
John Tenniel
, iaitu ketua pelukis kartun
Punch
yang menyempurnakan seni karikatur dan representasi fizikal ke suatu tahap yang begitu sedikit berubah hingga ke hari ini. Dalam lima dekad berikutnya, beliau merupakan saksi sosial yang tajam mata kepada perubahan besar di negara yang berlaku ketika ini di samping teman seperjuangannya,
John Leech
. Majalah itu menambat hati orang awam tanpa henti; pada tahun 1857, ekoran
Pemberontakan India
dan kemarahan awam yang menyusul,
Punch
menyiarkan gambar-gambar lukisan bersifat dendam seperti "Justice" (Keadilan) dan "The British Lion's Vengeance on the Bengal Tiger" (Dendam Sang Singa British ke atas Harimau Benggala) oleh Tenniel.
Thomas Nast
menggambarkan Tweed Ring: "Siapa curi duit rakyat?" / "Dialah itu."
Menjelang pertengahan abad ke-19, kartun politik disiarkan di kebanyakan akhbar politik di pelbagai negara untuk mengungkapkan pandangan penerbit tentang politik semasa. Antara yang paling terbilang ialah
Thomas Nast
di Bandaraya New York yang mengimport teknik-teknik lukisan Jerman yang serba realistik ke dalam isu-isu politik utama pada zaman Perang Saudara dan Pembinaan Semula. Nast paling terkenal dengan 160 jilid kartun editorial yang menyelar ciri-ciri kejenteraan politik
Boss Tweed
yang berunsur jenayah di New York City. Sebenarnya, Tweed pernah diberkas di Sepanyol apabila seorang pegawai kastam di negara itu mengecamnya dari kartun-kartun Nast.
[15]
Antara kartun-kartun editorial terkemuka sepanjang zaman ialah "
Join, or Die
" ("Sertai atau Mati",
Franklin
1754) yang menuntut perpaduan di tanah-tanah jajahan Amerika; "
Der Denker-Club
" ("Kelab Ahli Fikir", 1819) yang menyelar tindakan mengawasi dan menapis universiti-universiti di Jerman di bawah
Dekri-Dekri Carlsbad
; dan "
The Goose-Step
" (
E. H. Shepard
, 1936) tentang persenjataan semula Jerman di bawah pimpinan Hitler. "The Goose-Step" adalah antara kartun-kartun terkemuka yang mula-mula disiarkan dalam majalah
Punch
di UK.
"Mula-mula, aku akan cat merah satu bandar ini." Grant E. Hamilton,
The Judge
jilid 7, 31 Januari 1885.
Kartun politik biasanya terdapat di
halaman editorial
suratkhabar, tetapi sesetengahnya (cth.
Doonesbury
oleh
Garry Trudeau
) juga disiarkan di halaman
jaluran komik
. Kebanyakan kartunis menggunakan metafora tampak dan karikatur untuk menangani situasi politik yang rumit, dan oleh itu merumuskan peristiwa semasa dalam bentuk gambar yang lucu atau membangkitkan emosi.
[16]
Sejarah kartun editorial di Malaysia bermula pada zaman penjajahan menerusi keluaran akhbar
Warta Ahad
sebagai edisi mingguan
Warta Malaya
pada tahun 1936, disusuli dengan tabloid
Warta Jenaka
pada tahun yang sama. Ini disusuli dengan
Utusan Zaman
yang menampilkan kartun-kartun editorial karya
Ali Sanat
yang berketengahkan seorang watak bernama Wak Ketok. Kartun Wak Ketok ini dikatakan sebagai perintis kepada bidang perusahaan kartun dan komik di Malaysia.
[17]
Selepas negara merdeka, semakin ramai kartunis editorial yang menempah nama di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan yang terkemuka. Antara mereka ialah
Datuk Lat
yang melukis untuk akhbar
Berita Harian
dan
New Straits Times
, dan
Zunar
yang melukis untuk
Malaysiakini
.
- ^
Sterling, Christopher (2009).
Encyclopedia of Journalism
. Thousand Oaks: Sage Publications, Inc. m/s. 253?261.
ISBN
0-7619-2957-6
.
- ^
Shelton, Mitchell.
"Editorial Cartoons: An Introduction | HTI"
.
hti.osu.edu
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2017-06-28
.
[
pautan mati kekal
]
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
Guardian
- ^
J. B. Nichols, 1833
p.192
"PLATE VIII. ... Britannia 1763"
- ^
J. B. Nichols, 1833
p.193
"Retouched by the Author, 1763"
- ^
a
b
Charles Press (1981).
The Political Cartoon
. Fairleigh Dickinson University Press. m/s. p.34.
- ^
See Ronald Paulson,
Hogarth's Graphic Works
(Edisi ke-3, London 1989), no. 43.
- ^
"A Rake's Progress"
.
Sir John Soane's Museum
. Sir John Soane's Museum. 2012
. Dicapai pada
13 Disember
2013
.
- ^
Chris Upton.
"Birth of England's pocket cartoon"
.
- ^
"James Gillray: The Scourge of Napoleon"
. HistoryToday.
- ^
Martin Rowson
, berbicara tentang The Secret of Drawing, diacarakan oleh
Andrew Graham Dixon
, BBCTV
- ^
Gatrell, Vic.
City of Laughter: Sex and Satire in Eighteenth-Century London
. New York: Walker & Co., 2006
- ^
"caricature and cartoon"
. Encyclopedia Britannica.
- ^
John Adler; Draper Hill (2008).
Doomed by Cartoon: How Cartoonist Thomas Nast and the New York Times Brought Down Boss Tweed and His Ring of Thieves
. Morgan James Publishing.
- ^
filem politik moden masa kini
- ^
Mencari susur galur sejarah, di manakah jejaknya?
, Blog Komik Melayu Malaysia, 29 Mei 2013. Dicapai pada 22 Januari 2014.
- Adler, John, and
Hill, Draper
.
Doomed by Cartoon: How Cartoonist Thomas Nast and the New York Times Brought Down Boss Tweed and His Ring of Thieves
(2008)
- Gocek, Fatma Muge.
Political Cartoons in the Middle East: Cultural Representations in the Middle East
(Princeton series on the Middle East) (1998)
- Hess, Stephen, and Sandy Northrop.
American Political Cartoons, 1754?2010: The Evolution of a National Identity
(2010)
- Keller, Morton.
The Art and Politics of Thomas Nast
(1975)
- Knieper, Thomas.
"Caricature and cartoon"
.
Encyclopædia Britannica
.
- Krauss, Jerelle.
All the Art That’s Fit to Print (And Some That Wasn’t): Inside The New York Times Op-Ed Page
(2009).
excerpt
ISBN
978-0-231-13825-3
- "It's No Laughing Matter"
. Classroom Materials: Presentations and Activities.
Library of Congress
.
- Mateus, Samuel. "
"Political Cartoons as communicative weapons ? the hypothesis of the 'Double Standard Thesis' in three Portuguese cartoons"
, Communication Studies, nº23, pp. 195?221 (2016)
- McKenna, Kevin J.
All the Views Fit to Print: Changing Images of the U.S. in 'Pravda' Political Cartoons, 1917?1991
(2001)
- Morris, Frankie.
Artist of Wonderland: The Life, Political Cartoons, and Illustrations of Tenniel
(Victorian Literature and Culture Series) (2005)
- Navasky, Victor S. (2013).
The Art of Controversy: Political Cartoons and Their Enduring Power
.
ISBN
978-0307957207
.
- Nevins, Allan.
A Century of Political Cartoons: Caricature in the United States from 1800 to 1900
(1944)
- Press, Charles.
The Political Cartoon
(1981)