Karbohidrat
(
Jawi
:
?????????
) ialah
polimer semula jadi
yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama
tenaga
untuk menjalankan pelbagai kegiatan. Karbohidrat ialah nutrien kimia yang mengandungi
karbon
(C),
hidrogen
(H) dan
oksigen
(O).
Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan badan. Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya. Karbohidrat yang diambil secara berlebihan pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetis. Penyakit ini berpunca daripada gangguan fungsi hormon
insulin
oleh
pankreas
. Gangguan ini menyebabkan kandungan
glukosa
dalam badan seseorang meningkat dan boleh menyebabkan penyakit
diabetis.
Penulisan ilmiah menerangkan "karbohidrat" sering bertindih dengan "
gula
" (dalam arti luas) terutamanya tetapi juga, "
sakarida
", "osa",
[1]
"glusida",
[2]
"hidrat karbon", atau "sebatian
polihidroksi
dengan
aldehida
atau
keton
".
Sains makanan
memahamkan "karbohidrat" secara umum sebagai makanan kaya jenis karbohidrat kompleks berupa
kanji
(seperti dalam bijirin, roti, dan pasta) atau karbohidrat sederhana, seperti gula (baik yang
dimakan langsung
atau diproses). Sering kali dalam daftar
informasi nutrisi
, seperti Pangkalan Data Nutrisi Nasional
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat
, istilah "karbohidrat" digunakan untuk semua hal selain air, protein, lemak, abu, dan etanol.
[3]
Sebatian kimia seperti
asid asetat
atau
asid laktat
yang biasanya tidak dianggap sebagai karbohidrat turut kadangkala terangkum sekali selain juga
serat makanan
yang asasnya merupakan karbohidrat tidak menyumbang banyak
tenaga
(
kilokalori
), meskipun sering dimasukkan dalam penghitungan jumlah tenaga makanan seolah-olah serat ini adalah gula.
Karbohidrat dapat dikelaskan kepada tiga bahagian:
1- Monosakarida
2- Oligosakarida
3- Polisakarida
Monosakarida ialah gula ringkas dan merupakan unit yang paling kecil (yang tidak dapat dipecahkan oleh hidrolisis asid kepada unit yang lebih kecil). Monosakarida yang penting dalam fisiologi ialah D-glukosa, D-galaktosa, D-fruktosa, D-ribosa, dan D-deoksiribosa.
Monosakarida dibahagikan kepada kumpulan aldosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi aldehid aktif) dan ketosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi keto aktif).
Oligosakarida ialah kelas karbohidrat yang mengandungi dua hingga lapan unit monosakarida. Setiap unit monosakarida ini dihubungkan oleh ikatan glikosida. Oligosakarida boleh dibahagikan kepada kumpulan disakarida, trisakarida, dan seterusnya menurut bilangan unit monosakarida yang terdapat dalam molekulnya.
Polisakarida merupakan kelas karbohidrat yang mempunyai lebih daripada lapan unit monosakarida. Polisakarida terbahagi kepada kumpulan homopolisakarida (contohnya kanji, glikogen dan selulusa) dan heteropolisakarida (contohnya heparin).
Gula biasa yang terdapat dalam badan manusia ialah
glukosa
. Hati, menukar kebanyakkan gula ringkas kepada glukosa. Karbohidrat juga membekalkan glukosa pada otak untuk memberi tenaga. Pengambilan karbohidarat memberi kesan kepada pengembangan otak, mood dan personaliti atau keperibadian seseorang. Selepas badan menerima karbohidrat, badan mula melakukan pemisahan kepada gula ringkas, kemudian ia akan menyerap ke dalam saluran darah. Sejurus tahap gula yang meningkat didalam badan, pankreas akan mengeluarkan hormon yang dipanggil
insulin
.
Terdapat 2 jenis karbohidrat utama, iaitu ringkas dan kompleks.
Merujuk kepada gula ringkas yang terdapat di dalam kek, gula-gula, biskut, makanan diproses, atau air bersoda. Gula putih, dijuga dianggap sebagai kabohidrat ringkas. Gula ringkas boleh didapati di dalam
susu
, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula ringkas mudah menyerap ke dalam darah. Gula ringkas menyebabkan insulin lebih cepat meningkat. Dari masa ke semasa, disebabkan tekanan yang lebih kepada
pankreas
boleh membawa kepada penyakit
kencing manis
yang juga membawa masalah seperti kegemukkan, masalah jantung, kekangan tangan dan kaki(boleh membawa kepada pemotongan), dan juga masalah penglihatan yang kabur.
Karbohidrat kompleks mengambil lebih masa untuk menguraikannya dalam badan. Makanan
bijian sempurna
adalah contoh karbohidrat kompleks seperti oat. Kebanyakkan sayur-sayuran, seperti
keledek
merupakan sumber baik dari karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks memberi tenaga lebih lama masa berbanding karbohidrat ringkas. Karbohidrat kompleks lebih sihat
[4]
daripada karbohidrat ringkas.
- ^
Avenas P (2012).
"Etymology of main polysaccharide names"
(PDF)
. Dalam Navard P (penyunting).
The European Polysaccharide Network of Excellence (EPNOE)
. Wien: Springer-Verlag.
- ^
Fearon WF (1949).
Introduction to Biochemistry
(ed. 2nd). London: Heinemann.
ISBN
9781483225395
.
- ^
USDA National Nutrient Database, 2015, p. 13
- ^
Kennedy, Robert (2008).
Encyclopedia of Bodybuilding The Complete A-Z Book On Muslce Building
(ed. 21st). MuscleMag International. m/s. 175.