Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapucino
(
bahasa Itali
:
cappuccino
, disebut [kapput?t?iːno] bermaksud "Capuchin" secara harfiahnya "topi kecil") ialah
minuman
berasaskan
kopi
yang berasal dari
Itali
yang disediakan daripada kopi
espresso
,
susu
panas, dan buih susu yang telah diwapkan. Nama ini diambil daripada para biarawan
Capuchin
merujuk pada warna jubah mereka.
Kopi cappuccino berbeza daripada
caffe latte
dari segi bahawa ia disediakan dengan kurang susu kukus atau susu bertekstur, dengan kopi ekspreso dan susu/busa berjumlah lebih kurang 5-6
auns
(148-177 ml).
Cappuccino adalah kopi yang dihias buih susu yang halus. Ia dibuat menggunakan mesin espresso yang menghasilkan wap. Espresso dituang kedalam cawan diikuti susu panas dan buih susu dengan nisbah lebih kurang 1:1:1 dan kebiasaannya dihiasi lukisan pada buih susunya. Cokelat kukur, butir-butir gula, kayu manis atau rempah-rempahan lain juga boleh ditabur. Cappuccino dihidangkan dengan camca.
Cappuccino tradisional, seperti yang dihidangkan di Eropah dan kedai-kedai kopi seni di Amerika Syarikat, dihidangkan dengan ukuran kepenuhan di antara 150mL sehingga 180mL. Manakala rantaian kedai-kedai kopi komersial dengan ukuran 360mL.
Cappuccino dihidangkan dengan menggunakan
cawan porcelin
kerana
porselin
lebih berupaya mengekalkan
haba
berbanding
kaca
mahupun
kertas
. Buihnya juga bertindak sebagai
penebat
dan membantu mengekalkan haba minuman lalu memanjangkan tempoh kepanasannya.