한국   대만   중국   일본 
Kapal terbang kertas - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Kapal terbang kertas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cara membuat kapal terbang kertas tradisional.

Kapal terbang kertas ( pesawat kertas ) ialah kapal terbang mainan yang dibuat daripada kertas . Ia adalah reka bentuk yang paling asas dalam seni membentuk kertas. Seni ini merupakan satu aktiviti yang melibatkan lipat-lipat kertas supaya kertas berkenaan mempunyai bentuk tertentu seperti bentuk binatang, rumah, dan sebagainya. Dalam bahasa Jepun ia dikenali sebagai kami hikoki (紙飛行機; kami : kertas, hikoki : terbang).

Kapal terbang kertas adalah terkenal, kerana ia adalah reka bentuk yang paling mudah dalam seni membentuk kertas. Kapal terbang kertas semudah-mudahnya boleh disiapkan dalam enam langkah. Pada zaman sekarang, ada juga kapal terbang kertas yang dibuat daripada kadbod.

Sejarah [ sunting | sunting sumber ]

Bahan kertas telah digunakan untuk membuat barang mainan sejak 2000 tahun dahulu di negeri China . Pada masa itu, layang-layang telah menjadi permainan yang popular di sana. Walaupun demikian, adalah tidak pasti bahawa siapakah yang betul-betul mencipta benda ini. Adapun reka bentuk kapal terbang kertas ini semakin maju, tahun demi tahun.

Kapal terbang kertas mungkin telah dicipta pada tahun 1909 . Tetapi, kebanyakan orang akan menerima pendapat bahawa Jack Northrop telah mencipta kapal terbang kertas pada tahun 1930 . Dalam hal itu, beliau telah menggunakan kapal terbang kertas untuk mengkaji selok-belok bagi pembinaan kapal terbang sebenar.

Jenis-jenis kapal terbang kertas [ sunting | sunting sumber ]

Kapal terbang kertas biasa

Terdapat pelbagai jenis kapal terbang kertas yang telah direka sehingga hari ini. [1] Tetapi sesiapa pun boleh cuba-cuba untuk mencipta jenis kapal terbang yang baru. Antara jenis-jenis kapal terbang yang dimaksudkan:

  • Tradisonal
  • DC-03

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{ tunas }} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.