Kalendar Hindu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kalender Hindu ( bahasa Inggeris : Hindu calendar ) yang digunakan sejak zaman purbakala telah menjalani pelbagai perubahan menerusi proses penyetempatan, maka kini wujudnya pelbagai kalendar India yang berbeza-beza di samping satu kalendar kebangsaan India . Antara kalendar Hindu setempat yang terkemuka ialah kalendar Nepal , kalendar Benggala , kalendar Malayalam , kalendar Tamil , kalendar Telugu dan sebagainya. [1]

Kebanyakan kalendar ini diwarisi daripada sebuah sistem yang mula-mula disebutkan dalam Ved??ga Jyoti?a , iaitu tambahan pada Veda yang terbit pada lewat zaman Sebelum Masihi, dipiawaikan dalam S?rya Siddh?nta (abad ke-3 M) dan seterusnya diperbaharui oleh para ahli astronomi seperti ?ryabha??a (499 M), Var?hamihira (abad ke-6 M), dan Bh?skara II (abad ke-12 M). Perbezaan dan kelainan antara tempat timbul dalam pengiraan ni, namun yang berikut merupakan sekilas am kalendar qamari-suria Hindu.

Hari [ sunting | sunting sumber ]

Dalam kalendar Hindu, satu hari bermula dengan waktu matahari terbit setempat. Setiap hari ini terdiri daripada lima a?ga atau sifat, iaitu:

  1. Tithi : satu daripada 30 pecahan dalam bulan sinod yang aktif ketika matahari terbit
  2. V?sara : (istilah purba), v?ra (istilah masa kini), seperti ravi-v?ra , som?-v?ra , dsb. atau hari yang mana dalam seminggu
  3. Nak?atra : satu daripada 27 pecahan ekliptik samawi di mana letaknya bulan sewaktu matahari terbit
  4. Yoga : satu daripada 27 pecahan pada garis bujur ekliptik matahari dan bulan yang aktif ketika matahari terbit
  5. Kara?a : pecahan berasaskan tithi yang timbul ketika matahari terbit

Kelima-lima sifat ini sekali gus dipanggil panc??ga ( Sanskrit : panca = lima). Berikut adalah penerangan untuk setiap satu istilah tadi.

V?sara [ sunting | sunting sumber ]

V?sara memaksudkan hari-hari dalam seminggu diwakili jasad langit utama dipenghulukan betara , nama hari-hari yang ketara baik dalam bahasa masyarakat serumpun Austronesia ( Cam , Jawa ) mahupun tidak ada menunjukkan persamaan hasil pengaruh budaya dan agama:

Hari Nama Sangsakerta Betara tumpuan Jasad samawi Padanan Cam Padanan Jawa Padanan Thai Padanan Tamil
Ahad ???????
Raviv?sara
Aditya Matahari ( Rawi ) ???? Adit ?????
Raditya
??????????
Wan ?thit
??????
N?yi?u
Isnin ???????
Somav?sara
Soma/Cendera Bulan ??? Thom ????
Soma
?????????
Wan Chan
???????
Ti?ka?
Selasa ????????
Ma?galav?sara
Manggala Marikh ??? Angar ????
Anggara
?????????
Wan Angkh?n
????????
Cevv?y
Rabu ???????
Budhav?sara
Buda Utarid ??? But ???
Buda
??????
Wan Phut
?????
Puta?
Khamis ???????? Guruv?sara
???????????? Brhaspativ?sara
Guru Respati Musytari ??? Jip ??????
Respati
???????????
Wan Phruehatsabodi
???????
Viy??a?
Jumaat ?????????
?ukrav ?sara
Sukra Zuhrah ??? Suk ????
Sukra
????????
Wan Suk
???????
Ve??i
Sabtu ???????
?aniv ?sara
Sani Zuhal ???? Thancar ????????
Wan Sao
???
Ca?i

Istilah -v?sara lazimnya terbentuk menjadi v?ra atau vaar dalam bahasa-bahasa keturunan Sanskrit , namun juga terdapat perbezaan setempat yang menggunakan nama ganti jasad-jasad samawi yang terlibat.

Tithi [ sunting | sunting sumber ]

Tithi merupakan hari qamari , atau masa yang diambil oleh sudut garis bujur di antara bulan dan matahari untuk maju 12 ° . Tithi bermula pada waktu yang berbeza-beza, dan juga berbeza-beza jangka masanya dari kira-kira 19 hingga 26 jam . [2]

Terdapat 30 tithi dalam setiap bulan qamari , iaitu seperti berikut:

Sl.No Krishna paksha
(dua minggu gelap)
Shukla paksha
(dua minggu terang)
Dewa Kegiatan yang sesuai
1 Pratipad Pratipad Agni semua jenis upacara bertuah dan keagamaan
2 Dwitiya Dwitiya Vidhatr/Bramha menyediakan asas bangunan atau benda-benda lain yang bersifat kekal lama
3 Tritiya Tritiya Gauri menggunting rambut, memotong kuku atau bercukur
4 Chaturthi Chaturthi Yama/Ganapati menghapuskan musuh, menanggalkan halangan, serta berperang
5 Panchami Panchami N?ga memberikan ubat, membuang racun dan membedah
6 Shashti Shashti Karttikeya upacara pemahkotaan, berkawan baru, pesta dan keriangan
7 Saptami Saptami Surya memulakan perjalanan, membeli kenderaan, berurusan dengan benda-benda boleh gerak
8 Ashtami Ashtami Rudra mengangkat senjata, membina atau menguatkan pertahanan
9 Navami Navami Ambikaa membunuh musuh, memusnah, melakukan keganasan
10 Dasami Dashami Dharmaraja perbuatan murni, acara keagamaan, amalan rohani, kegiatan alam yang lain
11 Ekadasi Ekadashi Rudra berpuasa, bersembahyang, memperingati Bhagavan
12 Dvadasi Dwadashi Vishnu/Aditya upacara keagamaan, menyala api suci, menjalankan kewajipan
13 Trayodasi Thrayodashi Kamadeva berkawan baru, naik syahwat, perayaan
14 Chaturdashi Chaturdashi Kali memberikan ubat, menyeru semangat dan roh
15 Amavasya
( anak bulan )
Purnima
( bulan purnama )
Pitru-deva Amavasya: amalan kezahidan, menyembah roh mereka yang meninggal
Purnima: berpesta pora, korban api

Nak?atra [ sunting | sunting sumber ]

Ekliptik terbahagi kepada 27 nak?atra yang jugal dikenali sebagai asterisme .

Ini mencerminkan kitaran bulan terhadap bintang-bintang tetap, 27 hari dan 7¾ jam, yang mana bahagian yang berpecahan itu diganti dengan nak?atra ke-28 'lompat' yang bernama Abhijit .

Pengiraan Nak?atra nampaknya sudah wujud sejak zaman ?gveda (Alaf ke-2 hingga pertama SM).

Ekliptik ini terbahagi kepada Nak?atra ke arah timur mulai titik rujukan yang lazimnya merupakan titik pada ekliptik yang terletak betul-betul bertentangan dengan bintang Spica ( Citr? dalam bahasa Sanskrit). Titik itu dipanggil me??di - "pangkal Aries "; ketika inilah equinoks ? apabila ekliptik bertemu dengan khatulistiwa ? dahulunya berada di Aries (kini, ia berada di Pisces, 28 darjah sebelum Aries bermula). Beza antara me??di dan ekuinoks masa kini ialah ayan???a , menunjukan berapa banyak darjah dan minit majunya ekliptik dari kedudukan tetapnya (ikut bintang). Dengan kitaran 25,800 tahun bagi liukan ekuinoks , ekuinoks itu berada betul-betul bertentangan dengan bintang Spica tahun pada 285 M, sekitar tarikh S?rya Siddh?nta . [3] [4]

Yang berikut ialah senarai Nak?atra dengan pecahan angkasa masing-masing, menurut Basham. [5] Sudah tentu terdapat pelbagai versi dengan perbezaan yang kecil. Nama-nama pada lajur kanan merupakan padanan kasar nak?atra dengan nama-nama bintang masa kini. Perhatian: nak?atra (dalam konteks ini) bukan sekadar bintang tunggal, bahkan juga segmen-segmen pada ekliptik yang bercirikan sebutir atau segugusan bintang; maka setiap nak?atra disebut lebih daripada sebutir bintang.

# Nama Sanskrit Nama Tamil Nama Barat
1 A?vin?
???????
Asvini
???????
β dan γ Arietis
2 Bhara??
????
Bara?i
????
35 , 39 , dan 41 Arietis
3 K?ttik?
????????
K?rtthikai
??????????
Pleiades
4 Rohi??
??????
R?hi?i
??????
Aldebaran
5 M?ga??r?a
???????????
Mirugas?ridam
????????????
λ , φ Orionis
6 ?rdr?
?????
Thiruv?dhirai
??????????
Betelgeuse
7 Punarvasu
????????
Punarp?sam
??????????
Castor dan Pollux
8 Pu?ya
?????
Poosam
?????
γ , δ dan θ Cancri
9 A?le??
???????
?yilyam
????????
δ, ε, η, ρ, dan σ Hydrae
10 Magh?
???
Magam
????
Regulus
11 P?rva Phalgu??
????? ????????
P?ram
?????
δ dan θ Leonis
12 Uttara Phalgu??
????? ????????
Utthiram
????????
Denebola
13 Hasta
????
Astham
??????
α , β , γ , δ dan ε Corvi
14 Citr?
??????
Chithirai
????????
Spica
15 Sv?ti
??????
Swathi
??????
Arcturus
16 Vi??kha
??????
Visakam
???????
α , β , γ dan ι Librae
17 Anur?dh?
???????
Anusham
??????
β , δ dan π Scorpionis
18 Jye??ha
????????
Kettai
??????
α , σ , dan τ Scorpionis
19 M?la
???
M?lam
?????
ε , ζ, η , θ , ι, κ , λ , μ dan ν Scorpionis
20 P?rv????ha
??????????
P?radam
???????
δ and ε Sagittarii
21 Uttar????ha
??????????
Uthir?dam
??????????
ζ dan σ Sagittarii
22 ?rava?a
?????
Tiruv?nam
?????????
α , β dan γ Aquilae
23 ?ravi??h? atau Dhani??ha
????????? atau ???????
Avi??am
????????
α hingga δ Delphinus
24 ?atabhi?ak atau ?atat?rak?
??????? / ???????
Sadayam
?????
γ Aquarii
25 P?rva Bh?drapad?
?????????????
P?ra???dhi
?????????
α dan β Pegasi
26 Uttara Bh?drapad?
?????????????
Utt????dhi
????????????
γ Pegasi dan α Andromedae
27 Revat?
?????
R?vathi
?????
ζ Piscium

Yoga [ sunting | sunting sumber ]

Perkataan yoga dalam bahasa Sanskrit bererti "kesatuan", tetapi dalam konteks pengiraan astronomi, ertinya ialah "penjajaran". Mula-mula, hitung jarak sudut di sepanjang ekliptik setiap objek mulai Me?adi (seperti yang diterangkan di atas): inilah garis bujur objek berkenaan. Ditambah pula garis bujur matahari dan garis bujur bulan, lalu dinormalkan kepada nilai di antara 0° hingga 360° (jika melebihi 360, tolak 360). Jumlah ini dibahagikan kepada 27 pecahan yang sama rata. Setiap pecahan kini bersamaan 800' (yang mana ' merupakan simbol minit arka , iaitu 1/60 darjah). Pecahan-pecahan ini dpanggil yoga , iaitu:

  1. Vi?kambha
  2. Pr?ti
  3. ?yu?m?n
  4. Saubh?gya
  5. ?obhana
  6. Atiga??a
  7. Sukarma
  8. Dh?ti
  9. ??la
  10. Ga??a
  11. V?ddhi
  12. Dhruva
  13. Vy?ghat?
  14. Har?a?a
  15. Vajra
  16. Siddhi
  17. Vyatip?ta
  18. Variyas
  19. Parigha
  20. ?iva
  21. Siddha
  22. S?dhya
  23. ?ubha
  24. ?ukla
  25. Brahma
  26. M?hendra
  27. Vaidh?ti

Sudah tentu wujudnya kelainan kecil. Yoga yang aktif ketika matahari terbit pada sehari menjadi yoga yang utama dalam hari itu.

Kara?a [ sunting | sunting sumber ]

Kara?a ialah separuh tithi , atau setepatnya, masa yang diperlukan untuk jarak sudut di antara matahari dan bulan untuk maju 6° mulai 0°. (Bandingkan dengan takrifan bagi tithi di atas.)

Oleh sebab terdapat 30 tithi dan 1 tithi bersamaan 2 kara?a , maka adalah diduga bahawa terdapat 60 kara?a , tetapi sebenarnya hanya terdapat 11 jenis kara?a yang mengisi 30 tithi itu, iaitu empat sthirakara?a (tetap) dan tujuh carakara?a (berulang).

Empat sthirakara?a :

  1. ?akuni
  2. Catu?p?da
  3. N?ga
  4. Ki?tughna

Tujuh carakara?a

  1. Vava / Bava
  2. Valava / B?lava
  3. Kaulava
  4. Taitila / Taitula
  5. Gara / Garaja
  6. Va?ija
  7. Vi??i (Bhadra)
  • Separuh awal tithi pertama (dalam ?ukla Pak?a) semestinya ' Ki?tughna kara?a , yakni sthirakara?a .
  • Kemudian, tujuh carakara?a berulang lapan kali untuk meliputi 56 separuh tithi yang seterusnya.
  • Tiga separuh tithi yang terakhir mengambil tiga sthirakara?a yang tinggal mengikut turutan.
  • Oleh itu, dapalah 60 kara?a daripada 11 kara?a yang ditetapkan itu.

Kara?a pada waktu matahari terbit merupakan kara?a yang utama untuk sepanjang hari.

Bulan dalam kalendar qamari-suria [ sunting | sunting sumber ]

Apabila anak bulan muncul sebelum matahari terbit, maka hari itu dianggap sebagai hari pertama dalam bulan qamari. Oleh itu, nyata sekali akhir bulan qamari itu serentak dengan anak bulan. Sebulan qamari mempunyai 29 atau 30 hari (mengikut peredaran bulan).

Hari qamari hanya dikenali dengan tithi pada waktu matahari terbit. Tiadanya bilangan hari bulan dari awal ke akhir bulan. Kadang-kadang, dua hari yang berturut-turut berkongsi satu tithi . Dalam hal sedemikian, hari yang kedua dipanggil adhika tithi ( adhika bererti "tambahan"). Adakalanya juga, suatu tithi tidak dapat merasai matahari terbit, oleh itu tiadanya hari yang dikenali dengan tithi itu, yakni tithi k?aya ( k?aya bererti "keciciran").

Nama bulan [ sunting | sunting sumber ]

Takwim qamari Hindu terdiri daripada 12 bulan:

  1. Chaitra (?????) Me?a (Aries) [6]
  2. Vai??kha (?????) V??abha (Taurus) [7]
  3. Jyai??ha (???????) Mithuna (Gemini) [8]
  4. ????ha (????) Karka (Cancer) [8]
  5. ?r?va?a (??????) Si?ha (Leo) [8]
  6. Bh?drapada or Bh?dra also Pro??hapada (???????,?????,?????????) Kany? (Virgo) [8]
  7. ??vina in,sometimes A?vayuja ( ??????,???????) Tula (Libra) [8]
  8. K?rtika (???????) V??cika (Scorpio) [8]
  9. Agrah?ya?a or, M?rga??r?a (??????????,????????) Dhanus (Sagittarius) [8]
  10. Pau?a (???) Makara (Capricorn) [8]
  11. M?gha (???) Kumbha (Aquarius) [8]
  12. Ph?lguna (???????)M?na (Pisces) [8]

Penentuan nama bulan qamari sebenarnya tidak begitu terus. Ini berasaskan r??i (bintang zodiak) yang mana dimasuki oleh Matahari dalam satu bulan qamari, iaitu sebelum anak bulan yang mengakhiri bulan.

Terdapat 12 nama r??i , maka terdapat 12 nama bulan qamari. Apabila matahari memasuki Me?a r??i dalam sesebuah bulan qamari, maka nama bulan itu adalah Caitra ; apabila matahari memasuki V??abha , maka bulan itu bernama Vai??kha , dan sebagainya.

Jika peralihan Matahari melalui buruj-buruj zodiak ( r??i ) digunakan, maka terdapat bulan-bulan suria yang tidak beranjak-anjak pada kalendar Gregory. Yang berikut ialah bulan-bulan suria bersama musim-musim dan bulan-bulan Gregory yang berpadan:

(R??i)
Saura M?sa
(bulan suria)
?tu
(musim)
Nama Tamil Bulan Gregory
Tropika
Zodiak Veda Ikut Bintang
Me?a Vasanta
(musim bunga)
???????? Mac-Apr Aries
V??abha Apr-Mei Taurus
Mithuna Gr??ma
(musim panas)
?????????? Mei-Jun Gemini
Karka?a Jun-Jul Cancer
Si?ha Var??
(musim monsun)
???? Jul-Ogos Leo
Kany? Ogos-Sept Virgo
Tul? ?arad
(musim luruh)
?????? Sept-Okt Libra
V??cik???a Okt-Nov Scorpius
Dhanu Hemanta
(musim salji)
??????? Nov-Dis Sagittarius
Makara Dis-Jan Capricornus
Kumbha ?i?ira
(musim sejuk)
??????? Jan-Feb Aquarius
M?na Feb-Mac Pisces

Setiap bulan qamari terbahagi kepada dua Pak?a 15 hari. Pak?a bulan membesar dipanggil ?ukla Pak?a (separuh terang), sementara pak?a bulan mengecil dipanggil K???a Pak?a (separuh gelap). Terdapat dua sistem yang berbeza untuk membuat takwim qamari:

  • Am?v?syanta atau mukhya mana : satu bulan bermula dengan anak bulan dan berakhir dengan anak bulan, banyak diikuti di negeri selatan;
  • P?r?im?nta atau gauna mana : satu bulan bermula dengan bulan purnama dan berakhir dengan bulan purnama, banyak diikuti di negeri utara.

Bulan lompat ( Adhika M?sa ) [ sunting | sunting sumber ]

Apabila matahari langsung tidak memasuki sebarang r??i baru tetapi kekal dalam r??i yang sama sepanjang bulan qamari (yakni sebelum anak bulan), maka bulan qamari itu dinamai sempena peralihan akan datang yang terawal, diimbuhi dengan adhika atau "tambahan". Misalnya, jika lengkapnya satu bulan qamari tanpa sebarang peralihan suria, dan peralihan suria seterusnya adalah Me?a , maka bulan tanpa peralihan ini dipanggil Adhika Caitra M?sa . Bulan yang seterusnya dilabelkan mengikut peralihan biasanya dan mendapat imbuhan nija ("asal") atau ?uddha ("tidak tercampur").

Bulan lompat atau adhika m?sa ( m?sa bermaksud bulan qamari dalam konteks ini) jatuh sekali setiap 32.5 bulan. Ia juga dikenali sebagai puru?ottama m?sa dalam konteks keagamaan. Oleh itu, 12 m?sa bersamaan dengan kira-kira 356 hari, sementara setahun suria terdiri daripada 365 atau 366 hari (dalam tahun lompat) untuk menimbulkan beza 9 hingga 10 hari yang diimbangi setiap tahun ketiga. Tiada adhika m?sa jatuh ketika K?rtika hingga M?gha.

Pesta sebulan lamanya disambut di Machhegaun ketika adhika m?sa . Adalah dipercayai bahawa seseorang boleh membersihkan semua dosanya dengan berendam dalam kolam Machhenarayan .

Bulan hilang ( K?aya M?sa ) [ sunting | sunting sumber ]

Jika matahari memasuki dua r??i di dalam satu bulan qamari, maka bulan itu perlu dinamai berasaskan kedua-dua peralihan itu, dan memakai imbuhan k?aya atau "kehilangan". Dianggap wujudnya "kehilangan" kerana dalam hal ini, cuma ada satu bulan yang dilabelkan oleh kedua-dua peralihan. Jika matahari hanya memasuki satu r??i dalam satu bulan qamari seperti biasa, maka perlunya dua bulan berasingan yang dinamai oleh dua peralihan tersebut.

Contohnya, jika matahari memasuki Me?a dan V??abha dalam satu bulan qamari, maka ia dipanggil Caitra-Vai??kha k?aya-m?sa . Tiadanya bulan-bulan berasingan yang bernama Caitra dan Vai??kha .

K?aya M?sa amat jarang berlaku. Kali terakhir berlaku pada tahun 1983, apabila 15 Januari hingga 12 Februari dipanggil Pau?a-M?gha k?aya-m?sa . Bulan mulai 13 Februari dipanggil (Adhika) Ph?lguna .

Setahun takwim qamari [ sunting | sunting sumber ]

Hari tahun baru merupakan hari pertama ?ukla-Pak?a dalam Caitra . Jika terdapat bulan adhika atau k?aya dekat Caitra , maka hukum-hukum yang berikut digunakan:

  • Jika adhika Caitra disusuli nija Caitra , maka tahun baru bermula di nija Caitra .
  • Jika adhika Chaitra disusuli Chaitra-Vaish?kha kshaya , maka tahun baru bermula di adhika Caitra .
  • Jika Caitra-Vai??kha K?aya wujud tanpa didahului adhika Chaitra , maka ia memulakan tahun baru.
  • Jika Caitra-Ph?lguna K?aya wujud, maka ia memulakan tahun baru.


Kepadanan kalendar qamari dengan kalendar suria [ sunting | sunting sumber ]

Takwim qamari-suria merupakan takwim yang berasaskan pergerakan samawi bulan yang sentiasa merapati takwim suria yang berasaskan pergerakan samawi matahari. Oleh itu, tahun baru dalam takwim qamari-suria sentiasa dirapatkan dengan tahun baru takwim suria (dalam had tertentu).

Oleh sebab nama-nama bulan qamari Hindu berdasarkan peralihan Matahari, maka bulan Caitra sentiasa rapat dengan bulan suria Me?a (Aries), dan takwim qamari-suria Hindu sentiasa merapatkan diri dengan takwim suria Hindu.

Takwim suria Hindu pula bermula pada 14?15 April setiap tahun, menandakan "kemasukan" Matahari ke dalam bintang Me?a dan disambut sebagai Tahun Baru di Assam , Bengal , Orissa , Manipur , Kerala , Punjab , Tamil Nadu dan Tripura . Tahun baru suria ini turut disambut pada hari yang sama di Myanmar , Kemboja , Laos , Nepal dan Thailand disebabkan oleh pengaruh Tamil di negara-negara berkenaan.

Bilangan tahun [ sunting | sunting sumber ]

Epok (titik permulaan atau hari pertama tahun kesifar) pada era semasa kalendar Hindu (suria dan qamari) ialah 18 Februari 3102 SM dalam kalendar Julius prolepsis atau 23 Januari 3102 SM dalam kalendar Gregory prolepsis . Menurut Pur??a , inilah saat ?r? K???a kembali ke kediaman abadinya. [9] [10] Kedua-dua kalendar suria dan qamari bermula pada hari ini. Selepas itu, setiap tahun dilabelkan sempena bilangan tahun yang lalu semenjak epok itu.

Nama tahun [ sunting | sunting sumber ]

Selain sistem bilangan tahun tadi, juga terdapat kitaran 60 nama tahun atau samvatsara yang bermula pada tahun pertama (sifar tahun berlalu) dan berterusan sejak itu:

   1. Prabhava
   2. Vibhava
   3. Shukla
   4. Pramoda
   5. Praj?pati
   6. ?ngirasa
   7. Shr?mukha
   8. Bh?va
   9. Yuva
10. Dh?tri
11. ?shvara
12. Bahudh?nya
13. Pram?dhi
14. Vikrama (2000-2001)
15. Vrisha (2001-02)
16. Chitrabh?nu (2002-03)
17. Svabh?nu (2003-04)
18. T?rana (2004-05)
19. P?rthiva (2005-06)
20. Vyaya (2006-2007)

21. Sarvajeeth (2007-08)
22. Sarvadh?ri (2008-09)
23. Virodhi (2009-10)
24. Vikrita (2010-11)
25. Khara (2011-12)
26. Nandana (2012-13)
27. Vijaya
28. Jaya
29. Manmadha
30. Durmukhi
31. Hevilambi
32. Vilambi
33. Vik?ri
34. Sh?rvari
35. Plava
36. Shubhakruti
37. Sobhakruthi
38. Krodhi
39. Vishv?vasu
40. Par?bhava

41. Plavanga
42. K?laka
43. Saumya
44. S?dh?rana
45. Virodhikruthi
46. Paridh?vi
47. Pram?dicha
48. ?nanda
49. R?kshasa
50. Anala
51. Pingala
52. K?layukthi
53. Siddh?rthi
54. Raudra
55. Durmathi
56. Dundubhi
57. Rudhirodg?ri
58. Rakt?kshi
59. Krodhana
60. Akshaya

Sistem ini turut meneruskan konsep tahun lompat. Setiap tahun keempat mempunyai 366 hari, sementara yang lain cuma 365 hari. Titik permulaannya ialah Me?adi, (1 hari bulan Me?a ).

Era [ sunting | sunting sumber ]

Menurut kepercayaan Hindu, kehidupan bumi terdiri daripada empat era atau zaman ( yuga ), iaitu:

  1. Satya Yuga
  2. Treta Yuga
  3. Dv?para Yuga
  4. Kali Yuga

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Time Measurement and Calendar Construction . Brill Archive . Dicapai pada 2011-09-18 .
  2. ^ Defouw, Hart (2003). Light on Life: An Introduction to the Astrology of India . Lotus Press. m/s. 186. ISBN   0-940985-69-1 . Unknown parameter |coauthors= ignored ( |author= suggested) ( bantuan )
  3. ^ Chatterjee, S.K. (1998). Indian Calendric System . Publications Division, Ministry of Information and Broadcasting, Government of India.
  4. ^ Chia Daphne and Helmer Aslaksen (2001). "Indian Calendars: Comparing the Surya Siddhanta and the Astronomical Ephemeris" (PDF) . Dicapai pada 2004-04-04 . Unknown parameter |month= ignored ( bantuan )
  5. ^ Basham, A.L. (1954). The Wonder that was India . Macmillan (Rupa and Co, Calcutta, reprint),. CS1 maint: extra punctuation ( link ) , Appendix II: Astronomy
  6. ^ Notable Horoscopes - Bangalore Venkat Raman - Google Books . Books.google.co.in . Dicapai pada 2012-08-13 .
  7. ^ Sarma (2008), Astronomy in India
  8. ^ a b c d e f g h i j Charak, Dr. K.S. (1996). Essentials of Medical Astrology, Uma Publications, pp.5?6.
  9. ^ Bh?gavata Pur??a 12.2.29-33
  10. ^ Yano, Michio, "Calendar, astrology and astronomy" in Flood, Gavin (Ed) (2003). Blackwell companion to Hinduism . Blackwell Publishing . ISBN   0-631-21535-2 . CS1 maint: extra text: authors list ( link ) CS1 maint: ref=harv ( link )

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]

Templat:Hindu calendar Templat:Nepali calendar Templat:Calendars

Perayaan dalam takwim Hindu
Pongal | Holi | Ugadi | Rama Navami | Krishna Janmaashtami | Onam | Ganesh Chaturthi | Vaisakhi | Navratri | Durga Puja | Vijayadashami | Dasara | Diwali | Durga puja | Thaipusam | Maha Shivaratri | Ekadasi | Vaikunta Ekadasi | Mahalakshmi vrata | Raksha Bandhan | Bhai-Dooj/Bhau-Beej
p · b · s