Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kahol Lavan
(
Ibrani
:
??????? ??????
,
rumi:
Ka?ol Lavan
,
Arab
:
???? ????
- "
Biru Putih
") ialah sebuah
pakatan politik
di
Israel
berfahaman
sentris
[5]
dan
liberal
.
[6]
Kelompok ini diasaskan bersama
Parti Resilience Israel
,
Parti Yesh Atid
dan
Parti Telem
[7]
sebagai suatu persetujuan untuk menumpaskan
Likud
pimpinan
Benjamin Netanyahu
. Ia menyatakan diri mereka
merangkumi luas banyak
ideologi
dan
spektrum politik
dipegang banyak warganegara Israel.
[8]
Selepas pilihan raya Mac 2020, pemimpin Kahol Lavan, Benny Gantz ditugaskan untuk membentuk kerajaan baharu setelah mendapat sokongan daripada majoriti 61 perwakilan Knesset. Kebuntuan untuk menubuhkan kerajaan berlarutan selama 10 bulan yang lalu. Gantz dipilih sebagai Speaker Knesset interim sambil meneruskan rundingan bersama untuk membentuk kerajaan gabungan dengan parti Likud pimpinan Benjamin Netanyahu dan pihak-pihak yang lain. Kesannya adalah perpecahan pakatan Biru dan Putih ini. Pakatan itu berpecah pada 29 Mac 2020, dengan Parti Resilience Israel mengekalkan nama blok Biru dan Putih sementara parti Yesh Atid dan parti Telem meninggalkan pakatan dan membentuk blok neutral di Knesset. Pada 20 April 2020, perjanjian gabungan kerajaan perpaduan ditandatangani bersama dengan parti Likud, di mana Netanyahu akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama 18 bulan pertama manakala Benny Gantz akan dilantik sebagai Perdana Menteri mulai Oktober 2021 untuk tempoh 18 bulan kedua, serta memberikan portfolio Menteri Pertahanan dan Menteri Perhubungan Luar.
[9]
Kelompok ini terdiri daripada seberapa parti utama:
Perikatan itu diketuai oleh Benny Gantz dan dibantu oleh Yair Lapid. Mereka merupakan pemimpin pakatan bersama, sehingga kepada perpecahan pada 29 Mac 2020. Perjanjian asal dimeterai jika pakatan ini berjaya membentuk kerajaan, kedua-duanya mereka bersetuju untuk secara bergilir-gilir dilantik sebagai Perdana Menteri selama dua tahun pertama setiap seorang, Gantz dipersetujui sebagai Perdana Menteri untuk dua tahun pertama manakala Lapid dilantik sebagai Menteri Perhubungan Luar dan pemimpin parti Telem, Moshe Ya'alon dilantik sebagai giliran ketiga portfolio Menteri Pertahanan. Untuk dua tahun seterusnya, Lapid akan menjabat jawatan sebagai Perdana Menteri manakala Gantz pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Moshe Ya'alon sebagai Menteri Perhubungan Luar.