Juliana Evans
|
---|
Kelahiran
| Juliana Sophie binti Johari Evans
(
1989-07-05
)
5 Julai 1989
(umur
34)
|
---|
Pusat pendidikan
| Western Michigan University
Sunway University
New York Film Academy
|
---|
Pekerjaan
| Pengacara, pelakon, model
|
---|
Tahun aktif
| 2001–kini
|
---|
Ketinggian
| 5 ft 5 in (1.65 m)
|
---|
Pasangan
| YM Tengku Shariffuddin Shah
[1]
(
k.
2017)
|
---|
Anak-anak
|
- YM Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri
YM Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri
|
---|
Ibu bapa
|
- Johari Evans bin Abdullah (Bapa)
- Hajah Fauziah binti Haji Noordin (Ibu)
|
---|
Che Puan
Juliana Sophie binti Johari Evans
(dilahirkan pada 5 Julai 1989)
[a]
merupakan seorang pengacara, pelakon dan model iklan
Malaysia
. Beliau mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan
Remaja
di TV3.
[2]
Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah berkata-kata hingga dicalonkan di
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
untuk kategori
Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH)
.
Che Puan
Juliana pernah mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun. Beliau beralih ke stesen televisyen Astro dengan mengendalikan program Era TV.
[3]
Selain aktif mengacara, beliau juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering terlibat dalam beberapa siri drama dan filem.
[4]
[5]
Che Puan
Juliana dilahirkan pada 5 Julai 1989 di
Shah Alam
,
Selangor
. Bapanya berketurunan
Inggeris
dan ibunya berketurunan
Melayu
. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik, iaitu Andrew Effendi Evans, Jefri Peter Evans dan kakaknya Isabelle Evans pernah menjadi pengacara di
TV Pendidikan
. Beliau juga mempunyai adik seibu iaitu Al-Qaliff Mikaeel Madzlan.
Pada usia 15 tahun, beliau juga pernah mewakili negeri Selangor dalam acara sukan Gimnastik Artistik di acara sukan sekolah peringkat kebangsaan anjuran
Majlis Sukan Sekolah Malaysia
(MSSM).
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian dari
Universiti Sunway
,
Subang Jaya
Selangor.
Pada tahun 2012, beliau telah melanjutkan pengajian pascasiswazah peringkat
Master's Degree
di
Western Michigan University
di Kalamazoo,
Michigan
,
Amerika Syarikat
dan berjaya memperoleh Sarjana dalam bidang Perfileman, Video dan Media. Beliau juga tersenarai antara salah satu penerima Anugerah Dekan sebagai pengiktirafan kepada pencapaian akademik beliau yang cemerlang sepanjang tempoh pengajiannya di
College of Arts and Science
,
Western Michigan University
.
Seterusnya, pada tahun 2014 beliau juga telah mengambil kursus lakonan selama 6 bulan di
Akademi Filem New York
di kampus
Los Angeles
,
Amerika Syarikat
.
Pada 30 April 2017,
Che Puan
Juliana sah bergelar isteri kepada
Yang Mulia
Tengku Shariffuddin Shah bin Tengku Sulaiman Shah Al-Haj, anakanda kepada
Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selango
r Tengku Sulaiman Shah al-Haj Ibni Almarhum
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
dan
Yang Amat Mulia Tengku Puan Laksamana Selangor
Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum
Sultan Iskandar
. Suaminya merupakan kerabat diraja
Selangor
dan
Johor
.
Beliau telah dikurniakan gelaran
Che Puan
iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri kerabat diraja yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa) dengan panggilan hormat
Yang Berbahagia
.
Pada 13 Julai 2019, beliau telah selamat melahirkan puteri sulungnya iaitu
Yang Mulia
Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri binti Tengku Shariffuddin Shah.
[6]
[7]
[8]
[9]
Pada 17 Jun 2023,
Che Puan
Juliana selamat melahirkan puteri keduanya iaitu
Yang Mulia
Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri binti Tengku Shariffuddin Shah.
[10]
[11]
Ketika berusia 11 tahun,
Che Puan
Juliana Evans menjadi pengacara rancangan
E-zone
yang bersiaran di
Astro Ria
. Beliau juga pernah muncul dalam filem dokumentari pendek
Hapuskan Aedes, Cegah Denggi
terbitan
Kementerian Kesihatan Malaysia
pada 2002.
Pada tahun 2007, beliau menjayakan watak sebagai Sofie dalam drama muzikal bebas
8TV
,
KAMI - The Series
yang turut dibintangi oleh
Liyana Jasmay
,
Nas-T
, Syarul Ezani dan Ani Zayanah. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam filem
KAMI The Movie
yang ditayangkan pada 2008, ia menjadi filem pertama lakonannya.
[12]
Pada tahun sama, beliau juga muncul dalam drama
Kasut Tumit Tinggi
, memegang watak sebagai Mai.
[13]
Dalam tahun 2010,
Che Puan
Juliana menjayakan watak utama sebagai Cendana dalam drama fantasi
Sayang Cendana
.
[14]
Beliau merupakan salah seorang pelakon utama filem drama sukan
Hooperz
arahan Rosihan Zain, dalam filem ini, beliau melakonkan watak Nino.
[15]
Beliau memegang watak sebagai
Natrah
, seorang gadis Belanda yang dipelihara oleh keluarga angkatnya dalam filem dokumentari dengan judul sama yang bersiaran di
Astro Prima
pada 24 Januari 2011.
[16]
[17]
Beliau berlakon bersama
Zizan Razak
dalam filem
Hantu Bonceng
arahan
Ahmad Idham
, memegang dua watak, iaitu Ayu, seorang bohsia yang maut dilanggar lori dan Maya, hantu yang muncul dalam hidup Amran lakonan Zizan.
[18]
[19]
.
Che Puan
Juliana memulakan kerjaya lakonan dalam teater pada 2015 menerusi pementasan teater
Bawang Merah Bawang Putih
yang dipentaskan di
Istana Budaya
dari 3 hingga 8 Disember 2015.
[20]
[21]
Sejak 2017, beliau menjadi pengacara rancangan
Mahligai Cinta
di
TV3
.
[22]
Beliau juga pernah mengacarakan rancangan travelog
Fly Us To Asia
bersama
Liyana Jasmay
.
[23]
Che Puan
Juliana merupakan antara lima selebriti yang dipilih sebagai duta bagi kempen
#ThroughTheLens
anjuran
AirAsia
. Empat selebriti lain yang terlibat termasuk
Alvin Chong
,
Elfira Loy
,
Izara Aishah
dan
Zahirah MacWilson
.
[24]
Namanya tersenarai di tangga ke-72 dalam 100 Wanita Paling Cantik 2020 (Top 100 Most Beautiful Woman) dalam satu undian yang dilakukan di laman web Starmometer, sekaligus mengatasi beberapa selebriti Hollywood seperti
Emma Stone
di tangga ke-75,
Taylor Swift
(76) dan
Amanda Seyfried
(78).
[25]
Pada tahun 2020, beliau dilantik menjadi Duta Pelancongan bersempena dengan Kempen
#PusingSelangorDulu
oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelancongan Selangor.
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
2009
|
Puaka Topeng Putih
|
Kris
|
Astro Ria
|
Cinta Lelong
|
|
2nd Hand Henfon
|
|
Astro Warna
|
2010
|
Sabar
|
Ramona
|
TV3
|
Cheritera
|
|
2011
|
Puteri Kayangan
|
Lara
|
Kasih Ke Syurga
|
Kasih
|
Si Tudung Tweet
|
Marissa
|
TV9
|
2012
|
Puteri Pulau Tuba
|
|
TV2
|
2013
|
NY Cinta
|
Mia
|
Astro First Eksklusif
|
2015
|
Oh My Goat
|
Taylor Marie Smith
|
Astro TVIQ
|
2016
|
Oh My Ganu! 2
|
Taylor Marie Smith
|
2017
|
Hisyam dan 3 Hantutiyers
|
Dirinya sendiri
|
Astro Citra
|
2018
|
Miss & Mrs
|
Airin
|
ntv7
|
Vivi Si Perigi
|
Irene
|
Tahun
|
Tajuk
|
Peranan
|
Saluran TV
|
2001?2002
|
E-Zone
|
Dirinya sendiri/pengacara
|
Astro Ria
|
2004
|
Majalah Moral
|
TVIQ
|
2006
|
Bintang Kecil Raya
|
TV9
|
2008
|
Remaja
|
TV3
|
2009
|
Gadis Melayu
|
TV9
|
2010
|
Era TV
|
Astro Ria
|
2018
|
Mahligai Cinta
|
TV3
|
Fly Us To Asia
|
RTM
|
Tahun
|
Tajuk
|
Peranan
|
Rangkaian
|
2015
|
Pelangi Cinta
|
Juliana
|
YouTube CLEAR Malaysia
|
Tahun
|
Anugerah
|
Kategori
|
Keputusan
|
2009
|
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
|
Pengacara TV Wanita Popular
|
Tercalon
|
2010
|
FHM 100 Most Wanted Women In The World 2010
|
?
|
Menang
|
2022
|
NONA Superwoman Award 2022
|
NONA Beauty Award
|
Menang
|
- 5 Julai 1989 - 30 April 2017 :
Cik
Juliana Sophie binti Johari Evans
- 30 April 2017 - kini :
Yang Berbahagia
Che Puan Juliana Sophie binti Johari Evans
- ^
Beliau berkongsi tarikh lahir bersama
Elyana
dan
Raja Farah
yang juga dilahirkan pada 5 Julai, tetapi berlainan tahun. Ini kerana, Elyana lahir pada 5 Julai 1987, manakala Raja Farah lahir pada 5 Julai 1988 dan Juliana Evans lahir pada 5 Julai 1989.