Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeon Bong-jun
(1855 - 1895) dilahirkan di
Taein
,
Jeollabuk-do
,
Korea
. Beliau ialah seorang pemimpin yang terkenal dalam
Revolusi Petani Donghak
. Disebabkan fizikalnya yang pendek, beliau dipanggil "
Nokdu Janggun
" (綠豆將軍, Jeneral
kacang mung
).
Pada tahun 1894 Jeon Bong Jun dan petani-petani lain memohon dengan seorang majistret tempatan dari Wilayah Jeolla untuk menghapuskan cukai yang berat (dan ada yang mengatakan haram) dan mengembalikan harta yang diambil secara tidak adil daripada orang-orang yang dituduh melakukan jenayah yang tidak berasas. Jeon Bong Jun dan yang lain akhirnya tidak dilayan. Sebagai tindak balas terhadap penolakan ini, dia, bersama dengan petani lain, memberontak dan menyerang pejabat daerah dan mengancam akan menghukum pegawai korup jika mereka tidak menghentikan semua rasuah.
Pada 28 April 1894, revolusi Jeon Bong Jun menjadi anti-Barat dan anti-Jepun kerana tindakan menindas dan brutal tentera Jepun menghukum petani Korea. Revolusi ini merebak dari bandar ke daerah apabila tentera petani bersumpah untuk membasmi keseluruhan kelas pemerintah Korea dan mengusir semua pihak Jepun dan barat. Menjelang bulan September, pemberontakan petani beliau berakhir dengan kekerasan apabila pasukan tenteranya ditumpaskan dengan dahsyat oleh tentera Jepun yang terlatih dalam
Pertempuran Ugeumchi
. Jeon Bong Jun ditangkap dan pada Mac 1895, beliau dihukum mati.
- ^
Also written
Chon Bong-joon