Jennifer Rene Psaki
(
; lahir 1 Disember 1978)
[1]
[2]
[3]
[4]
ialah penasihat politik Amerika Syarikat yang bertugas di pentadbiran Biden
[5]
sebagai
Setiausaha Akhbar Rumah Putih
ke-34. Sebelumnya, beliau pernah berkhidmat sebagai jurucakap
Jabatan Negara Amerika Syarikat
dan memegang pelbagai peranan media kanan dan komunikasi di
Rumah Putih
dibawah bekas Presiden
Barack Obama
.
[6]
Beliau juga pernah menjadi penyumbang kepada
CNN
.
[7]
Psaki dilahirkan di
Stamford, Connecticut
, kepada James R. Psaki dan Eileen Dolan Medvey.
[8]
Ayahnya merupakan pesara pemaju harta tanah, dan ibunya pula ialah seorang ahli psikoterapi.
[9]
Beliau berketurunan
Ireland
,
Yunani
, dan
Poland
.
[10]
Beliau lulus dari Greenwich High School pada 1996. Pada 2000, beliau lulus dari College of William & Mary dengan ijazah dalam pengajian Inggeris dan
sosiologi
.
[11]
Beliau adalah ahli kumpulan pelajar Chi Omega.
[12]
Di William & Mary, Psaki merupakan perenang gaya pukulan belakang yang kompetitif untuk pasukan atlet William & Mary Tribe selama dua tahun.
[12]
[13]
Psaki memulakan kerjayanya pada 2001 dengan kempen pemilihan semula calon
Demokrat
Iowa
Tom Harkin
untuk
Senat A.S.
dan
Tom Vilsack
untuk Gabenor. Psaki kemudian menjadi Timbalan Setiausaha Akhbar untuk kempen Presiden
John Kerry
pada 2004. Dari 2005 hingga 2006, Psaki berkhidmat sebagai pengarah komunikasi kepada ahli Dewan Perwakilan A.S.
Joseph Crowley
dan Setiausaha Akhbar Serantau untuk Jawatankuasa Kempen Kongres Demokrat.
[14]
Sepanjang kempen Presiden oleh Senator A.S.
Barack Obama
pada 2008, Psaki berperanan sebagai Setiausaha Akhbar Perjalanan.
[14]
Setelah Obama memenangi
pilihan raya
, Psaki mengikuti Obama ke Rumah Putih sebagai Timbalan Setiausaha Akhbar dan dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengarah Komunikasi pada 19 Disember 2009.
[15]
[16]
Pada 22 September 2011, Psaki meninggalkan jawatan ini untuk menjadi naib presiden kanan dan pengarah urusan di
Washington, D.C.
, pejabat firma perhubungan awam
Global Strategy Group
.
[17]
[18]
Pada 2012, Psaki kembali ke bidang komunikasi politik sebagai Setiausaha Akhbar untuk kempen
pilihan raya Presiden
Obama 2012.
[19]
Pada 11 Februari 2013, Psaki menjadi jurucakap
Jabatan Negara Amerika Syarikat
.
[19]
Pengambilan kerjanya di Jabatan Negara mendorong spekulasi bahawa beliau akan menggantikan
Setiausaha Akhbar Rumah Putih
Jay Carney
ketika beliau meninggalkan Rumah Putih,
[20]
tetapi pada 30 Mei 2014, diumumkan bahawa
Josh Earnest
akan menggantikan Carney. Pada 2015, beliau kembali ke Rumah Putih sebagai pengarah komunikasi dan berkhidmat sehingga akhir pentadbiran Obama.
Pada 7 Februari 2017, Psaki mula bekerja sebagai pengulas politik di
CNN
.
[3]
Pada November 2020, Psaki meninggalkan CNN dan menyertai pasukan peralihan Biden-Harris.
[1]
[21]
Akhir bulan itu, Psaki dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Rumah Putih untuk pentadbiran
Joe Biden
.
[22]
[23]
[24]
Beliau mengadakan taklimat akhbar pertamanya pada petang 20 Januari, selepas
majlis angkat sumpah Biden
.
[25]
Pada 2010, Psaki berkahwin dengan Gregory Mecher, timbalan pengarah kewangan di Jawatankuasa Kempen Kongres Demokrat.
[26]
Mereka mempunyai dua orang anak.
[27]
- ^
a
b
"Biden umum semua wanita dalam pasukan komunikasi"
.
Sinar Harian
. 30 November 2020
. Dicapai pada
23 Januari
2021
.
- ^
Allen, Mike
(1 Disember 2013).
"Welcome to December! -- The sentence in today's NYT that will make a few people with .gov addresses cringe -- What Obama Bought at Politics and Prose"
.
Politico
(dalam bahasa Inggeris).
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Disember 2020
. Dicapai pada
13 Ogos
2014
.
- ^
a
b
Concha, Joe (8 Februari 2017).
"Jen Psaki joins CNN"
.
The Hill
(dalam bahasa Inggeris).
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Disember 2020
. Dicapai pada
8 Februari
2017
.
- ^
Papp, Justin; Munson, Emilie (2020-12-01).
"Who is Jen Psaki? CT native expected to reset media relations as Biden's press secretary"
.
CTInsider.com
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
21 Januari
2021
.
- ^
"President-elect Joe Biden and Vice President-Elect Kamala Harris Announce Members of White House Senior Communications Staff"
.
President-Elect Joe Biden
(dalam bahasa Inggeris). 29 November 2020.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 30 November 2020
. Dicapai pada
30 November
2020
.
- ^
"Jen Psaki returns to White House"
.
Politico
(dalam bahasa Inggeris).
Diarkibkan
daripada yang asal pada 8 Mei 2015
. Dicapai pada
19 Februari
2015
.
- ^
"Jen Psaki"
.
Carnegie Endowment for International Peace
(dalam bahasa Inggeris).
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Disember 2020
. Dicapai pada
11 Disember
2018
.
- ^
"Clipped From The Bridgeport Post"
(dalam bahasa Inggeris). 18 Julai 1976. m/s. 30 – melalui newspapers.com.
- ^
"Jennifer Psaki, Gregory Mecher"
.
The New York Times
(dalam bahasa Inggeris). 2010-05-07.
ISSN
0362-4331
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Disember 2020
. Dicapai pada
5 Disember
2020
.
- ^
"Biden Picks Greek-American Jen Psaki to Lead Confirmation Team"
.
The National Herald
(dalam bahasa Inggeris). 19 November 2020.
Psaki is of Irish, Greek and Polish descent with her Greek roots in Messinia through her father James R. Psaki
- ^
"Psaki '00 named White House communications director"
(dalam bahasa Inggeris). College of William & Mary.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Disember 2020
. Dicapai pada
30 November
2020
.
- ^
a
b
Sawicki, Stephen (Februari 2011).
"Meeting the Press"
.
Greenwich Magazine
(dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada
yang asal
pada 30 Ogos 2013
. Dicapai pada
6 Ogos
2013
.
- ^
"Women's swimming and diving roster"
(dalam bahasa Inggeris). College of William & Mary. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 16 Jun 1997.
- ^
a
b
"Jennifer Psaki"
(dalam bahasa Inggeris). Center for Responsive Politics.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Disember 2020
. Dicapai pada
6 Julai
2013
.
- ^
"Jen Psaki"
.
WhoRunsGov
(dalam bahasa Inggeris). WashingtonPost.com. 23 Julai 2012.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Disember 2020
. Dicapai pada
6 Julai
2013
.
- ^
Allen, Mike (19 Disember 2009).
"Jen Psaki named Deputy Communications Director -- Summit accepts Obama deal -- Health reform could effectively pass at 1 a.m. Monday -- Shannon Flaherty b'day"
.
Mike Allen's Playbook
(dalam bahasa Inggeris). Politico.com.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Disember 2020
. Dicapai pada
6 Julai
2013
.
- ^
Calmes, Jackie (20 September 2011).
"White House Deputy Communications Director Steps Down"
.
The Caucus
(dalam bahasa Inggeris). NYTimes.com.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Disember 2020
. Dicapai pada
6 Julai
2013
.
- ^
Lewis, Charles J. (22 September 2011).
"Greenwich High alum resigns White House job"
.
Greenwich Time
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
6 Julai
2013
.
- ^
a
b
"Jen Psaki, Department Spokesperson"
(dalam bahasa Inggeris). Jabantan Negara AS. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 12 Julai 2013
. Dicapai pada
5 Julai
2013
.
- ^
Rogin, Josh (15 Februari 2013).
"What Jen Psaki faces as the new State Department spokeswoman"
.
The Cable
(dalam bahasa Inggeris). FP Group, a division of the Washington Post Company.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 14 Jun 2013.
- ^
Kate Sullivan (30 November 2020).
"Biden announces all-female senior White House communications team"
.
edition.cnn.com
(dalam bahasa Inggeris).
CNN
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Disember 2020
. Dicapai pada
30 November
2020
.
- ^
"Jen Psaki, White House Press Secretary"
.
President-Elect Joe Biden
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
5 Januari
2021
.
- ^
Linskey, Annie; Stein, Jeff.
"Biden hires all-female senior communications team, names Neera Tanden director of OMB"
(dalam bahasa Inggeris). Washington Post.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 30 November 2020
. Dicapai pada
29 November
2020
.
- ^
"White House Press Secretary Jen Psaki Holds First Briefing | C-SPAN.org"
.
www.c-span.org
(dalam bahasa Inggeris).
- ^
New White House press secretary holds 1st briefing this evening
(dalam bahasa Inggeris)
CBC. Dicapai pada 21 Januari 2021
- ^
McCarthy, Ellen (16 Mei 2010).
"OnLove Wedding: Jen Psaki and Gregory Mecher get married in Maryland"
.
The Washington Post
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
14 Julai
2014
.
- ^
"Archived copy"
(dalam bahasa Inggeris).
Diarkibkan
daripada yang asal pada 22 Disember 2020
. Dicapai pada
29 November
2020
.
CS1 maint: archived copy as title (
link
)