Jean-Paul Marat
(
disebut
???p?l ma?a
sebutan terdekat
jong.pol ma.ra], 24 Mei 1743 ? 13 Julai 1793) ialah seorang saintis dan pakar teori politik dari Perancis.
[1]
Beliau merupakan antara tokoh radikal dalam
Revolusi Perancis
dan beliau menghujahkan banyak buah fikiran yang memperjuangkan kelas kebanyakan melalui penulisannya dalam akhbar dan makalah.
Kematiannya dalam keadaan yang mengerikan menjadi suatu titik perjuangan pihak
Jacobin
sehingga beliau dijadikan suatu
martir
oleh kelompok tersebut.
Jean-Paul Marat lahir di
Boudry
,
Kerajaan Neuchatel
(kini dalam Switzerland) pada 24 Mei 1743.
[2]
Beliau merupakan anak kedua dari sembilan adik-beradik; ayahnya Jean Mara (
Giovanni Mara
) seorang agamawan kelahiran
Cagliari
,
Sardinia
, manakala ibunya Louise Cabrol seorang penganut
Huguenot
dari
Castres
.
Pada bulan Januari 1789, belliau menerbitkan
Offrande a la Patrie
(
Usulan kepada Tanah Air
) yang bertujuan sebagai suatu kesinambungan kepada risalah "
Qu'est-ce que le Tiers Etat?
" ("Apakah itu Estet Ketiga?") nukilan
Abbe Sieyes
menyahut soalan
Jacques Necker
terhadap penadapat orang ramai mengenai keadaan pengurusan
Estates-General
.
[3]
Ini dituruti dengan suatu karya berjudul "Supplement de l'Offrande" pada bulan Mac serta
La Constitution, ou Projet de declaration des droits de l'homme et du citoyen
("Projek mengisytiharkan hak-hak asasi manusia dan rakyat") pada bulan Julai yang bertujuan memberi pengaruh kepada penggubalan suatu perlembagaan baharu yang bakal dibentangkan dalam
Perhimpunan Kebangsaan Perancis
ketika itu.
[3]
Pada tanggal 12 September 1789, Marat menerbitkan akhbarnya sendiri bertajuk
Publiciste parisien
yang kemudiannya ditukar nama beberapa hari kemudian kepada
L'Ami du peuple
("Sahabat Rakyat").
[4]
:19
Marat menggunakan akhbar ini sebagai suatu medan menyanggah dasar-dasar bawaan kelompok yang paling berpengaruh di Paris sampai setinggi menteri-menteri.
[5]
Beliau merupakan dalang utama di sebalik
suatu pembunuhan beramai-ramai
terhadap para banduan penjara serata Paris yang diduga bersubahat dengan pihak penyokong kerajaan. Ratusan puak pengawal serta relawan menyerbu penjara-penjara serata Paris lalu membunuh 1200 hingga 1400 orang tahanan, termasuk 233 paderi Katolik yang ditugaskan di penjara-penjara ini.
[6]
[7]
Dalam Sidang Kebangsaan (
Convention nationale
)
[
sunting
|
sunting sumber
]
Marat terpaksa mengundur diri daripada Sidang Kebangsaan akibat menghidap suatu penyakit kulit yang semakin memburuk. Seorang doktor yang menyiasat keadaan Marat, Augustin Cabanes, mengesyaki beliau berkemungkinan menghidap penyakit
ekzema
akibat komplikasi
kencing manis
;
[8]
:277
penyakit kulit lain seperti
dermatitis herpetiformis
,
[9]
kudis
ataupun
dermatitis seborea
[10]
turut disyaki. Marat lebih bekerja dari rumahnya sejak itu, terutamanya dalam keadaan bermandi dalam air sabun berubat.
Pada 13 Julai 1793, Marat sedang membuat kerja di permandiannya apabila seorang gadis - Marie-Anne Charlotte de Corday d'Armont dari
Caen
- memperkenalkan dirinya dengan tujuan memberi maklumat mengenai pihak
Girondin
yang melarikan diri ke
Normandy
. Isteri Marat teragak-agak mahu mengundangnya masuk, namun Marat membenarkan Charlotte masuk. Charlotte dan Marat mula berbual di mana Charlotte mula memaklumkan keberadaan pihak Girondin dan orang yang terlibat dalam puak tersebut. Marat berseloroh dengan yakin bahawa pihak tersebut akan ditangkap dan dihukum segera dalam masa beberapa minggu. Corday sebaik mendengar maklumat itu mengeluarkan suatu pisau dari
korsetnya
lalu terus menikam Marat di bahagian jantung menusuk
aortanya
; Marat terus mati tersungkur di takungan mandinya.
[8]
:291
Corday ditangkap tidak lama kemudian dan didakwa
Tribunal revolutionnaire
atas kejadian tersebut - dia didapati merupakan seorang penyokong puak Girondin yang sangat membenci puak
Montagnard
, terutamanya Marat. Dia dihukum pancung gilotin pada 17 Julai 1793.
Mayat Jean-Paul disemadikan di tanah perkuburan Gereja
Saint-Etienne-du-Mont
.
[11]
- Decouvertes de M. Marat sur le feu, l'electricite et la lumiere
(1779)
- Plan de Legislation Criminelle
(1780)
- Recherches physiques sur le feu
(1780)
- Decouvertes de M. Marat sur la lumiere, constatees par une suite d'experiences nouvelles
(1780)
- Recherches physiques sur l'electricite, &c
(1782)
- Memoire sur l'electricite medicale
(1783)
- Notions elementaires d'optique
(1784)
- Lettres de l'observateur Bon Sens a M. de M sur la fatale catastrophe des infortunes Pilatre de Rozier et Ronzain, les aeronautes et l'aerostation
(1785)
- Observations de M. l'amateur Avec a M. l'abbe Sans . . . &c.,
(1785)
- Eloge de
Montesquieu
(1785)
- Optique de Newton
(1787)
- Memoires academiques
(1788)
- Offrande a la Patrie
(1789, dalam bentuk risalah)
- Constitution, ou projet de declaration des Droits de l'Homme et du Citoyen
(1789, dalam bentuk risalah)
- Les Charlatans modernes, ou lettres sur le charlatanisme academique
/
L'Ami du Peuple
(1791, dalam bentuk risalah)
- ^
Isaac Asimov
's Biographical Encyclopedia of Science and Technology
? Second Revised Edition, 1982, m/s. 334.
- ^
Belfort Bax 2008, p. 5.
- ^
a
b
Serge Bianchi (2017).
Marat. "L'Ami du peuple"
. Humensis.
ISBN
978-2-410-00662-9
.
- ^
De Cock Jacques (2013).
Un journal dans la Revolution : "L'Ami du Peuple"
. fantasques editions.
ISBN
978-2-913846-30-2
.
- ^
Albert, Pierre.
"Ami du Peuple l
'
"
.
universalis.fr
.
Encyclopædia Universalis
. Dicapai pada
23 Mei
2018
.
- ^
Francois Furet; Mona Ozouf, penyunting (1989).
A Critical Dictionary of the French Revolution
. m/s. 521?22.
.
- ^
Gwynne Lewis (2002).
The French Revolution: Rethinking the Debate
. Routledge. m/s. 38.
- ^
a
b
Massin, Jean (1988) [pertama terbit thn. 1960].
Marat
(dalam bahasa Perancis) (ed. ulang cetak ke-2). Aix-en-Provence: Alinea.
ISBN
2-904631-58-5
.
- ^
Jelinek, J.E. (1979). "Jean-Paul Marat: The differential diagnosis of his skin disease".
American Journal of Dermatopathology
.
1
(3): 251?52.
doi
:
10.1097/00000372-197900130-00010
.
PMID
396805
.
- ^
CERDA L, JAIME (2010). "Jean-Paul Marat: Medico, cientifico y revolucionario".
Revista medica de Chile
(dalam bahasa Sepanyol).
138
(1).
doi
:
10.4067/S0034-98872010000100018
.
- ^
Fremont-Barnes, Gregory (2007).
Encyclopedia of the Age of Political Revolutions and New Ideologies, 1760?1815
. Greenwood Publishing Group. m/s. 451.
- Sumber utama