Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Javier Alejandro Mascherano
(
Sebutan Sepanyol:
[mast?e??ano]
,
Sebutan Sepanyol:
[ma?t?e??ano]
; lahir 8 Jun 1984) ialah pemain
bola sepak
profesional Argentina yang bermain sebagai
pemain tengah
atau
pertahanan
untuk kelab
Hebei China Fortune
dan
pasukan kebangsaan Argentina
.
[2]
[3]
[4]
[5]
Mascherano memulakan kariernya di
River Plate
. Dia memenangi trofi pertamanya pada musim 2003?04, memenangi
Primera Division Argentina
. Dia berpindah ke kelab Brazil,
Corinthians
pada tahun 2005, memenangi
Brazilian Serie A
dalam musim pertamanya. Mascherano berpindah ke Eropah, menyertai kelab
Liga Perdana Inggeris
,
West Ham United
. Walau bagaimanapun, pada permulaan tahun 2007, dia menyertai
Liverpool
secara pinjaman.
Dia merupakan naib juara
Liga Juara-Juara UEFA
semasa tempoh pinjamannya di
Merseyside
dan secara rasmi menyertai Liverpool pada bulan Februari 2008 dengan harga £18.7 juta. Selepas tiga tahun bermain untuk Liverpool, Mascherano menyertai
FC Barcelona
pada tahun 2010, bertukar posisinya daripada pemain tengah kepada pertahanan. Bersama Barcelona, dia memenangi
La Liga
dan Liga Juara-Juara UEFA dua kali serta
Piala Kelab Dunia FIFA
sekali.
Mascherano telah membuat lebih daripada 100 penampilan untuk
pasukan kebangsaan Argentina
, menjadikannya pemain kedua terbanyak membuat penampilan untuk negara itu selepas
Javier Zanetti
. Dia telah mewakili negara itu dalam
Copa America
pada tahun 2004, 2007, 2011 dan 2015,
Piala Dunia FIFA
pada tahun 2006, 2010 dan 2014, dan
Sukan Olimpik
pada tahun 2004 dan 2008.
Persondata
|
Nama
|
Mascherano, Javier
|
Nama alternatif
|
Mascherano, Javier Alejandro
|
Pemerihalan ringkas
|
Pemain bola sepak
|
Tarikh kelahiran
|
8 Jun 1984
|
Tempat kelahiran
|
San Lorenzo, Santa Fe
, Argentina
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|