Izwan Pilus
|
---|
Kelahiran
| Khairil Izwan bin Pilus
(
1979-11-24
)
24 November 1979
|
---|
Meninggal dunia
| 20 Januari 2012
(2012-01-20)
(umur 32)
|
---|
Sebab kematian
| Menghidap jangkitan virus kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah (sepsis)
|
---|
Dikebumikan
| Tanah Perkuburan Islam Palembang Gubah,
Melaka
|
---|
Pendidikan
| Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Pelancongan
|
---|
Pusat pendidikan
| Universiti Utara Malaysia
(UUM)
|
---|
Pekerjaan
| Penyanyi, pengacara
|
---|
Tahun aktif
| 2004?2012
|
---|
Saudara
| Aril Pilus
(adik)
|
---|
Kerjaya muzik
|
Genre
| |
---|
Instrumen
| Vokal
|
---|
Syarikat rakaman
| Metro Muzik
|
---|
Pengkarya berkait
| Eve
[2]
|
---|
|
Khairil Izwan Pilus
(24 November 1979 ? 20 Januari 2012)
[3]
merupakan seorang penyanyi dan pengacara televisyen Malaysia.
[4]
Beliau terkenal dengan lagu-lagu popularnya seperti "Indah Lelapku", "Erti Kasih" dan lagu daripada drama siri Korea
Full House
, "Kembali Senyum" ciptaan sepenuhnya dari komposer
LY
. Pada tahun 2006, beliau melancarkan album pertamanya,
Erti Kasih
.
Izwan pada awalnya pernah menyertai rancangan realiti anjuran
RTM
,
Bintang RTM
pada 2004 secara permulaan sebelum nama beliau dikenali di layar perak. Beliau juga telah mencungkil bakat nyanyian bersama beberapa selebriti utama pada waktu itu merupakan peserta yang menyertai rancangan RTM pada tahun 2004. Antara beberapa artis yang dijadikan peserta selain Izwan ialah penyanyi seperti
Farawahida
,
Siti Sarah Raisuddin
,
Ernie Zakri
,
Misha Omar
serta
Sharifah Zarina
dan
Ani Maiyuni
selaku peserta yang terawal sebelum dijadikan finalis bagi rancangan itu. Pada masa yang sama, beliau juga pernah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bersama finalis
Bintang RTM
yang lain namun beliau tidak berjaya kerana telah tersingkir dalam separuh akhir.
Selain sebagai penyanyi, Izwan juga berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan pernah menjadi pengacara bersama Abby Nadzri (adik
Ahmad Idham
) dalam
Suara Emas Bintang RTM
anjuran RTM pada tahun 2008. Beliau juga pernah bergandingan bersama artis lain serta pengacara iaitu Alisya dan
Muadz
iaitu
Bintang RTM
pada 2009.
Pada 20 Januari 2012, Izwan meninggal dunia pada jam 6.15 petang di
Hospital Ampang
,
Ampang
,
Selangor
akibat jangkitan bakteria kencing tikus serta jangkitan kuman di dalam darah.
[5]
Pemergian beliau itu telah disahkan oleh adiknya yang ketika itu penyanyi kelahiran
Akademi Fantasia
musim ke-7,
Aril Pilus
menerusi laman Twitternya.
[6]
Izwan telah dimasukkan ke hospital itu pada 12:30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas malah mata dan kulitnya telah menjadi kuning serta keadaannya pada masa itu semakin kritikal menjelang petang. Pada awal Disember 2011, Izwan juga pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi akibat mengalami demam panas yang berpanjangan tetapi Izwan kembali pulih selepas menjalani rawatan. Izwan bagaimanapun dibenarkan keluar sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu.
Jenazah Allahyarham Izwan telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Jasin, sekitar jam 11 pagi dan kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang Gubah,
Melaka
.
[7]
[8]
Kematian beliau turut dirasai malah dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti penyanyi Bob Yusof,
Farawahida
,
Ani Maiyuni
serta sahabat-sahabat handai untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau. Mereka juga telah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Izwan Pilus yang merupakan kehilangan besar buat industri seni hiburan tempatan. Meskipun kehilangan beliau telah menggemparkan industri hiburan, namun lagu-lagu beliau sentiasa diingati serta terpahat dalam ingatan malah menjadi pengubat rindu buat insan seni.
- Suara Emas Bintang RTM (2008)
- Bintang RTM 2009 (2009)
- Racik-Racik Herba (2011)