한국   대만   중국   일본 
Istana ?Iolani - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Istana ?Iolani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana ?Iolani
Hale Ali?i ?Iolani / ?Iolani Palace
Istana ʻ Iolani pada tahun 2014
Lokasi Honolulu , Hawaii
Koordinat 21°18′24″N 157°51′32″W  /  21.30667°N 157.85889°W  / 21.30667; -157.85889 Koordinat : 21°18′24″N 157°51′32″W  /  21.30667°N 157.85889°W  / 21.30667; -157.85889
Luas 10.6 ekar (4.3 he)
Dibina pada 1879
Arkitek Thomas J. Baker, Charles J. Wall, Isaac Moore
Gaya seni bina American Florentine
Sebahagian daripada Hawaii Capital Historic District ( ID78001020 )
No.  rujukan NRHP 66000293
Tarikh penting
Ditambahkan ke NRHP 15 Oktober 1966
Penetapan NHL 29 Disember 1962

Istana ʻ Iolani ( Hawaii : Hale Ali?i ?Iolani , bahasa Inggeris : ?Iolani Palace ) adalah sebuah bangunan jenis istana yang didirikan dalam kota Honolulu , pulau negeri Hawai ʻ i di Lautan Pasifik. Ia merupakan tempat persemayaman raja-ratu yang pernah memerintah Kerajaan Hawaii dari Raja Kamehameha III dari Wangsa Kamehameha tahun 1845 sampailah ke Ratu Lili?uokalani (1893) dari Wangsa Kal?kaua .

Setelah Kerajaan Hawaii digulingkan pada tahun 1893, bangunan itu digunakan sebagai bangunan pemerintahan Republik , Wilayah (dalam Amerika Syarikat ) dan kemudiannya pemerintah negeri Hawai ʻ i hingga 1969. Istana ini dipulihkan dan dibuka untuk umum sebagai muzium pada tahun 1978 sebagai suatu Mercu Tanda Sejarah Kebangsaan empat tahun sebelumnya. [1]

Sejarah [ sunting | sunting sumber ]

Tapak asal [ sunting | sunting sumber ]

Tapak Istana ?Iolani terletak berdekatan suatu tempat pemakaman kuno bernama Pohukaina [2] sempena seorang pembesar yang diceritakan memilih sebuah gua di Kanehoalani di Pegunungan Ko?olau sebagai tempat persemadian terakhir. [3] Makam-makam banyak pembesar ini semakin bertambah padat lalu menjadikan ruang baharu tidak mencukupi, maka suatu pemindahan sebanyak 20 mayat kerabat diraja dipindahkan ke Makam Diraja Hawaii di Lembah Nu?uanu pada 1865.

Pada bulan Julai 1844, Kek?an?o?a mula membina sebuah rumah besar daripada batu bata dan kayu di lokasi istana sekarang bernama Hale Ali?i (Balai/Rumah Pembesar) sebagai kurniaan kepada puterinya Victoria Kam?malu. Tanah ini dibeli Kamehameha III di mana kediaman itu menjadi persemayaman baginda setelah ibu kota kerajaan dipindahkan ke Honolulu dari L?hain? . [4]

Pada zaman Kamehameha V , Hale Ali?i diberi nama baharu sempena salah satu nama kakanda baginda raja (nama penuh diberi: Alexander Liholiho Keawenui ?Iolani) yang sendirinya dinamakan dari ?io , sejenis burung helang yang ada di kepulauan Hawaii yang merupakan lambang kekuasaan kerabat ini. [5] :61

Pembinaan besar [ sunting | sunting sumber ]

Seni bina istana ini menonjol menerapkan unsur-unsur Eropah (terutamanya seni bina Itali zaman pertengahan) digabungkan dengan unsur-unsur peribumi Hawaii menggunakan kayu-kayan dan bahan tempatan lain. Perkara tersebut ilham baginda raja Kal?kaua semasa berangkat menjelajah keliling dunia tahun 1881 di mana baginda sering mengamati istana-istana agung milik para penguasa sedarjat, hal ini dilihat sebagai antara langkah pembaratan dilakukan ke dalam adat masyarakat baginda untuk memperindahkan kerajaan baginda di mata dunia. [6]

Pembinaan istana ini dilakukan di bawah pengawasan tiga orang arkitek iaitu Thomas J. Baker yang mereka bentuk utama [7] [8] [9] manakala Charles J. Wall [10] dan Isaac Moore [7] menyumbang kepada perincian sampingan lain istana. [8] Batu asas diletakkan pada 31 Disember 1879 semasa pentadbiran Menteri Dalam Negeri Samuel Gardner Wilder. [11] :204 Pembinaan istana ini dijalankan selama tiga tahun [9] sebelum siap pada November 1882 dan menelan belanja lebih $340,000 pada kadar semasa itu.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "Iolani Palace" . National Historic Landmark summary listing . National Park Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2009 . Dicapai pada 21 Jun 2008 .
  2. ^ Sistem Maklumat Nama Geografi Tinjauan Geologi Amerika Syarikat: Pohukaina
  3. ^ Papers of the Hawaiian Historical Society . Bulletin Publishing Company. 1930. m/s. 34.
  4. ^ All about Hawaii: The Recognized Book of Authentic Information on Hawaii, Combined with Thrum's Hawaiian Annual and Standard Guide . Honolulu Star-Bulletin. 1904. m/s. 75?76.
  5. ^ Kamehiro, Stacy L. (2009). The Arts of Kingship: Hawaiian Art and National Culture of the Kal?kaua Era . University of Hawaii Press. ISBN   978-0-8248-3263-6 .
  6. ^ Gabaccia, Donna R.; Hoerder, Dirk (2011). "Sovereignty, Settlement and Belonging in Hawai?i". Connecting Seas and Connected Ocean Rims: Indian, Atlantic, and Pacific Oceans and China Seas Migrations from the 1830s to the 1930s (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 451. ISBN   978-90-04-19316-1 .
  7. ^ a b "Honolulu Star-Bulletin Travel" .
  8. ^ a b " ' Iolani Palace" . National Park Service . Dicapai pada 8 September 2018 .
  9. ^ a b Ben Levy (December 1985). "Iolani palace nomination form" . National Register of Historic Places . U.S. National Park Service . Dicapai pada 6 April 2010 .
  10. ^ "Charles John Wall" . 21 Januari 2015.
  11. ^ Ralph Simpson Kuykendall (1967). Hawaiian Kingdom 1874-1893, the Kalakaua Dynasty . 3 . University of Hawaii Press. ISBN   978-0-87022-433-1 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]