Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Islamabad
(
bahasa Urdu
: ????? ????) merupakan
ibu negara
Pakistan
.
Bandar ini dibina pada 1960-an untuk menggantikan
Karachi
sebagai ibu kota. Antara sebab Islamabad dibina adalah untuk membangunkan seluruh negara dengan lebih seimbang, kerana pada masa itu pembangunan menumpu terhadap Karachi. Karachi juga dicancam serangan dari
laut
kalau peperangan dengan
India
berlaku. Sebaliknya, Islamabad yang terletak di kawasan bergunung-ganang lebih selamat.
Islamabad merupakan bandar yang bersih dan moden, tidak seperti bandar-bandar Pakistan yang lain. Kota ini distrukturkan dengan kemas, dan dibahagikan kepada beberapa sektor dan zon. Antara mercu tanda yang terletak di Islamabad ialah
Masjid Faisal
, yang terkenal kerana saiznya yang besar, serta seni binanya yang unik. Masjid ini dihadiahkan kepada Pakistan oleh
Raja Faisal
dari
Arab Saudi
.