Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nama ini merupakan nama orang dalam
bahasa Cina
; nama keluarganya ialah
Voo
.
Isaac Voo
|
---|
Nama asal
| ??名
|
---|
Nama lahir
| Isaac Voo Kai Meng
|
---|
Kelahiran
| (
1994-12-12
)
12 Disember 1994
(umur
29)
Kota Kinabalu
,
Sabah
,
Malaysia
|
---|
Genre
| K-Pop
|
---|
Pekerjaan
| Penyanyi
|
---|
Instrumen
| Vokal
|
---|
Tahun aktif
| 2016?kini
|
---|
Syarikat rakaman
| - MMO Entertainment
- Prodigee Asia Talent
|
---|
Pengkarya berkait
| SKYE
, BOYS24
|
---|
Isaac Voo Kai Meng
(
Cina
: ??名; lahir 12 Disember 1994) ialah seorang penyanyi lelaki
Malaysia
, berasal dari
Kota Kinabalu
,
Sabah
. Beliau merupakan ahli kumpulan
K-Pop
Korea Selatan
,
SKYE
, dan telah diiktiraf sebagai penyanyi K-Pop solo pertama di Malaysia.
[1]
[2]
Beliau membuat penampilan solo pertamanya menerusi single pertamanya, "Time Bomb" pada 5 Ogos 2022.
[3]
Isaac dilahirkan pada 12 Disember 1994 di
Kota Kinabalu
,
Sabah
dan merupakan anak bongsu dalam adik-beradiknya. Voo mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa di daerah
Likas
dan Sekolah Menengah Lok Yuk.
[4]
[5]
Voo menunjukkan minatnya terhadap arena hiburan di usia 17 tahun semasa menyertai persembahan untuk Hari Guru sekolah. Beliau kemudian mula menyertai pertandingan pencarian bakat yang akhirnya membawanya kepada siri TV realiti Korea Selatan,
BOYS24
. Program yang bermula pada 2016 dengan 27 peserta itu memerlukan kesemua peserta lelaki menampilkan bakat mereka menerusi siri konsert jelajah.
[4]
[6]
Beliau berjaya menjadi antara peserta teratas dalam siri rancangan itu dan menduduki kedudukan keenam daripada 27 peserta sekaligus terpilih turut serta dalam siri latihan untuk diserap menjadi artis K-Pop terulung di Korea Selatan.
[4]
[7]
Selepas berjaya terpilih sebagai pemenang
BOYS24
, Voo mengumumkan pada Ogos 2017 bahawa beliau telah berjaya mendapat tempat sebagai salah seorang peserta kumpulan Re-Born. Voo menjadi salah seorang ahli kumpulan
IN2IT
yang menjadikannya sebagai artis K-Pop pertama Malaysia.
[4]
[8]
[9]
Pada tahun 2022, Voo kembali ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya muzik secara solo sementara ahli kumpulan In2It yang lain sedang menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan di Korea Selatan, seterusnya diumumkan sebagai artis residen Prodigee Asia Talent.
[10]
[11]
[12]
Pada 5 Ogos 2022, Voo melancarkan single solo pertamanya, "Time Bomb".
[13]