Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menurut tinjauan oleh
BBC World Service
pada tahun 2014, sebanyak 13% penduduk Jepun melihat pengaruh Korea Selatan secara positif, 37% pandangan negatif, manakala 15% rakyat Korea Selatan melihat pengaruh Jepun secara positif, dengan 79% pandangan negatif. Hal ini menjadikan Korea Selatan, negara yang mempunyai
persepsi kedua paling negatif terhadap Jepun
di dunia selepas China.
[1]
Sejak lawatan Lee Myung-bak ke
Batuan Liancourt
dan berulang kali menuntut maharaja memohon maaf sekali lagi pada 2012, imej masyarakat Jepun terhadap Korea Selatan merosot dengan ketara. Pelancong Jepun ke Korea Selatan menurun sebanyak separuh daripada 3.5 juta pada 2012 kepada 1.8 juta pada 2015 manakala pelancong Korea Selatan meningkat dua kali ganda daripada 2 juta pada 2012 kepada 4 juta pada 2015.
[2]
[3]
[4]
Pelancongan Korea Selatan ke Jepun menyaksikan penurunan besar sebanyak ~65% pada tiga bulan terakhir 2019 berbanding tahun sebelumnya, apabila hubungan antara kedua-dua negara merosot dengan ketara.
[5]