Hu Ge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hu Ge
Nama Cina 胡歌
Pinyin Hu G? ( Mandarin )
Jyutping Wu 4 Go 1 ( Kantonis )
Nama lahir Hu Ke (untuk sebulan sahaja)
Etnik Bangsa Han
Keturunan Wuxi , Jiangsu , China
Lahir ( 1982-09-20 ) 20 September 1982 (umur  41)
Shanghai , China
Nama lain Hugh
Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Jenis muzik Mandopop
Syarikat rakaman Tangren Media
Tahun aktif 2003 ? kini
Artis berkaitan Liu Shishi
Laman web rasmi http://blog.sina.com.cn/m/hu_ge

Hu Ge (dilahirkan pada 20 September 1982 di Shanghai , China) ialah seorang pelakon dan penyanyi China. Ketika dia sedang belajar Shanghai Theater Academy , dia dijemput untuk melakonkan watak utama Li Xiaoyao dalam siri TV 2004 Chinese Paladin , dan masih dikenali dengan watak klasiknya itu. Pada September 2012, dia dicalonkan untuk Pendatang Baru di Hundred Flowers Awards ke-31 bagi wataknya sebagai Lin Juemin dalam filem sejarah China 1911 .

Kehidupan awal [ sunting | sunting sumber ]

Dia adalah anak tunggal yang dilahirkan dan dibesarkan di Shanghai . Semasa di sekolah tadika, dia merupakan salah seorang daripada 60 orang kanak-kanak yang dipilih daripada 30,000 orang kanak-kanak untuk memasuki Little Stars Performing Arts School (Xiao Yingxing Yishu Tuan) milik SMG dan berhenti di Tahun 6. Kariernya bermula sebagai pengacara berusia 14 tahun di Shanghai Educational Television (Shanghai Jiao Yu Dianshitai), [1] dan mengacarakan rancangan Sunny Youth (Yangguang Shaonian) selama tiga tahun. '

Dia menduduki peperiksaan "seni pengarahan" di Central Academy of Drama dan mencapai skor yang cemerlang, menjadikannya pelajar teratas seluruh negara. Bagaimana pun, atas keinginan ibu bapanya, dia juga menduduki peperiksaan bagi "seni persembahan", muncul sebagai tempat ketiga secara keseluruhan dan akhirnya memilih untuk menyempurnakan pendidikan tingginya di sana lalu menamatkan pengajian pada Julai 2005. [2] Ketika berada di akademi itu, dia berkenalan dan berkawan dengan rakan sekelas Justin Yuan dan Cecilia Han, yang nantinya bergandingan dengannya dalam banyak projek TV.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "胡歌剃光?戴牙套?萌 盼?年后??金??" . Dicapai pada 17 March 2013 .
  2. ^ "At Forty, I Stand!" . Dicapai pada 5 December 2012 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]