Holger Felix Badstuber
(lahir 13 Mac 1989) merupakan pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pertahanan kini bermain untuk kelab
Bayern Munich
dan
pasukan kebangsaan Jerman
.
Dari tahun 2002 sehingga 2007, beliau merupakan pemain muda yang bermain di
Bayern Munich
. Beliau bermain untuk
Bayern Munich II
sebelum menandatangani kontrak profesional pada Julai 2009 bersama
Thomas Muller
. Beliau menunggu sebelum bermain pada musim 2008-09. Beliau membuat debut pada perlawanan liga pertamanya ketika menentang
Hoffenheim
. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika menentang
Borussia Monchengladbach
melalui sepakan percuma pada 4 Disember 2009. Pada musim 2009-10, beliau bermain hampir kesemua perlawanan untuk Bayern.
Pada 4 Februari 2010, Bayern Munich mengumumkan bahawa Badstuber telah menandatangani kontrak baru sehingga tahun 2014. Pada musim 2010-11, Badstuber menjalani hubungan rapat dengan jurulatih
Louis van Gaal
, yang menaruh harapan tinggi kepaad beliau. Selepas ketibaan
Jupp Heynckes
, Badstuber bersama
Jerome Boateng
menguatkan lagi benteng pertahanan Bayern yang tidak ditembusi sebarang gol sebanyak 11 perlawanan berturut-turut. Beliau menjaga benteng Bayern sehingga membawa pasukannya ke perlawanan akhir
Liga Juara-Juara
selepas mengalahkan
Real Madrid
,
Napoli
dan
Manchester City
sebelum tumpas kepada wakil Inggeris,
Chelsea
pada perlawanan akhir.
Pada 3 Februari 2013, Badstuber melanjutkan kontraknya bersama Bayern sehingga 2017. Badstuber mengalami kecederaan pada anteriornya semasa menentang
Borussia Dortmund
pada 1 Disember 2012 dan terpaksa terlepas banyak perlawanan untuk musim 2013-14. Beliau kembali semula dan menjalani latihan bersama skuad pada 5 Mei 2014 dan bermain pada perlawanan pertamanya sejak cedera pada 18 Julai 2014 pada perlawanan persahabatan menentang
FC Memmingen
, Bayern menang 3-0. Beliau tidak beraksi bersama Bayern selama mengalami kecederaan selama 594 hari.
Badstuber mengalami kecederaan paha ketika menentang
VfB Stuttgart
pada 13 September yang menyebabkan beliau terpaksa berehat sepanjang tahun. Beliau kembali ke sebelasan utama semasa Bayern menumpaskan
Hamburger SV
8-0 pada 14 Februari dan beliau menjadi pemain pilihan pertama dalam skuad
Pep Guardiola
. Pada 11 Mac 2015, Badstuber menjaringkan gol pada minit ke-63 pada aksi
Liga Juara-Juara
menentang
Shakhtar Donetsk
, Bayern menang besar 7-0 dan layak ke pusingan seterusnya. Ini merupakan gol pertama buat Badstuber sejak Disember 2009 dan juga aksi pertamanya sejak 20 November 2012 menentang
Valencia
. Pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang
FC Porto
, beliau mengalami kecederaan otot yang menyebabkan beliau terpaksa berehat sepanjang musim sambil menyaksikan Bayern membelasah Porto 6-1.
Beliau menerima panggilan pertama oleh
pasukan kebangsaan Jerman
untuk senarai skuad
Piala Dunia FIFA 2010
. Beliau membuat debut pada perlawanan pemanasan badan Piala Dunia menentang
Hungary
pada 29 Mei selepas menggantikan
Arne Friedrich
dan beliau bermain pada kesebalasan utama pemain buat pertama kali pada perlawanan seterusnya menentang
Bosnia dan Herzegovina
sebelum aksi Piala Dunia. Badstuber kemudian termasuk dalam senarai akhir 23 pemain ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan diberi jersi 14 oleh
Joachim Low
. Beliau bermain sehingga tamat permainan pada perlawanan pembukaan kumpulan menentang
Australia
yang menyaksikan Jerman menang dengan bergaya 4-0. Beliau bermain pada perlawanan seterusnya menentang
Serbia
pada 18 Jun 2010. Beliau bermain selama 77 minit sebelum digantikan oleh
Mario Gomez
. Beliau dikritik kerana aksinya di posisi bek kiri yang menggantikan
Jerome Boateng
yang berehat sepanjang kejohanan. Kekalahan memalukan 1-0 kepada Serbia adalah antara perlawanan Badstuber di Piala Dunia.
Beliau bermain kesemua perlawanan Jerman di
kelayakan Euro 2012
yang menyaksikan skuad Jerman memenangi kesemua perlawanan tersebut. Pada perlawanan menentang
Azerbaijan
pada 7 September 2010, beliau menjaringkan gol pertamanya hasil daripada sepakan penjuru oleh
Mesut Ozil
pada minit ke-86, Jerman menang 6-1. Badstuber sebahagian daripada skuad Jerman yang melangkah ke separuh akhir sebelum tewas kepada Itali 1-2.
Pada 19 Mac 2015, Badstuber dipanggil oleh pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang Australia dan kelayakan Euro 2016 menentang
Georgia
. Beliau bermain menentang Australia pada 25 Mac 2015. Perlawanan terakhir beliau baru-baru ini untuk Jerman ketika seri 4-4 bertemu
Sweden
.
- Bayern Munich
- Jerman
Persondata
|
Nama
|
Badstuber, Holger
|
Nama alternatif
|
Badstuber, Holger Felix
|
Pemerihalan ringkas
|
German footballer
|
Tarikh kelahiran
|
13 March 1989
|
Tempat kelahiran
|
Memmingen, West Germany
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|