Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Christopher Hikaru Nakamura
[1]
(lahir 9 Disember 1987) ialah seorang
grandmaster
catur berkebangsaan Jepun kelahiran Amerika, dan selain daripada kerjayanya dalam bidang catur, beliau juga seorang
ahli penstriman
di
Twitch
serta
pencipta kandungan YouTube
. Nakamura berjaya memenangi Juara Catur AS lima kali, dan kini memegang gelaran Juara Catur Rawak Fischer Dunia. Sebgai seorang ahli catur yang sangat berbakat, beliau mampu memperoleh gelaran
grandmaster
hanya pada usia 15 tahun. Nakamura ialah salah satu orang Amerika termuda yang berjaya mendapat gelaran itu. Dengan nilai penarafan catur mencapai 2816, Nakamura masuk ke dalam senarai pemain kesepuluh dengan penilaian tertinggi dalam sejarah.
Nakamura telah mewakili Amerika Syarikat di lima
Olimpiad Catur
, memperoleh pingat emas berpasukan dan dua pingat gangsa berpasukan. Pada Mei 2014, apabila
FIDE
mula menerbitkan penarafan catur pantas dan kilat rasmi, Nakamura menduduki tempat pertama dunia dalam kedua-dua senarai;
[2]
beliau mampu bertahan di kedudukan itu atau tidak jauh dari itu hingga kini.
[3]
[4]