Helikopter tentera
merupakan
helikopter
yang digunakan oleh
angkatan tentera
. Ia boleh didapati dalam pelbagai peranan dalam angkatan tentera yang berbeza. Kegunaan utama helikopter adalah dalam misi
pengangkutan udara taktikal
. Beberapa angkatan tentera juga memiliki
helikopter penyerang
dan helikopter khusus untuk misi-misi khas seperti
pengawasan
medan pertempuran,
CSAR
,
CASEVAC
, pos perintah udara,
peperangan anti-kapal selam
dan membersihkan periuk api. Helikopter khusus hanya digunakan oleh angkatan tentera yang memiliki belanjawan yang banyak dan pasukan paling berkemampuan.
Helikopter tentera memainkan peranan penting di darat, laut dan udara dalam operasi ketenteraan moden. Secara am, pengeluar helikopter akan membangunkan kerangka-kerangka helikopter dalam berat/saiz berlainan yang dapat digunakan untuk peranan-peranan berbeza melalui pemasangan peralatan misi khusus. Bagi meminimumkan kos-kos pembangunan, asas kerangka helikopter ini boleh dipanjangkan dan dipendekkan, dinaik taraf dengan memasang enjin dan elektronik baru dan keseluruhan sistem mekanikal dan penerbangan dipadankan dengan fuislaj baru untuk mewujudkan helikopter baru. Sebagai contoh,
UH-1 Huey
telah dinaik taraf ke satu bentuk helikopter terbitan yang lain melalui program pemanjangan dan pemasangan enjin baru, program sebegini juga dilakukan ke atas helikopter lain seperti
AH-1 Cobra
.
Helikopter moden direka berasaskan sistem modular yang mana membolehkan penggunaan kerangka pesawat yang sama bagi dikonfigurasikan untuk peranan yang berlainan, sebagai contoh
EH-101
di dalam perkhidmatan
Tentera Laut Diraja British
boleh ditukar konfigurasinya dengan pantas untuk
peperangan anti-kapal selam
(ASW) atau misi pengangkutan dalam masa beberapa jam sahaja, tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri fleksibel dan had kos. Pekakasan seperti ini boleh dipasang ke dalam kerangka pesawat tanpa sistem-sistemnya, contohnya kesemua helikopter
AH-64D Apache
milik
Tentera Darat Amerika Syarikat
boleh dipasang dengan sistem radar Longbow, akan tetapi jumlah radar yang diperolehi tidak mencukupi untuk dipasang pada kesemua helikopter. Oleh itu, sistem radar Longbow hanya akan dipasang pada kerangka helikopter yang memerlukannya, atau apabila faktor kewangan membenarkan untuk mencukupkan kekurangan unit yang diperlukan.
Kebanyakan helikopter dilengkapi dengan
perisai
sehingga kadang kala telah menghadkan kuasa dan keupayaan angkatnya. Perisai paling banyak dipasang di sekitar kokpit juruterbang, enjin transmisi dan tangki bahan api. Rangkaian bahan api, kabel kawalan dan kuasa ke rotor ekor juga mungkin diselubungi dengan perisai Kevlar. Jenis helikopter yang paling banyak dipasang dengan perisai pula adalah penyerang, tempur dan pasukan khas. Ruang krew di dalam helikopter pengangkut mungkin sebahagian sahaja atau mungkin tidak akan dipasang dengan perisai, sebagai tolak ansur perisai Kevlar akan dipasang pada kerusi penumpang.
Kadar ikhtiar hidup
dipertingkatkan oleh lebihan dan pemasangan komponen yang akan melindungi antara sama lain. Sebagai contoh dalam helikopter dari keluarga
Blackhawk
menggunakan dua enjin dan masih boleh terbang dengan menggunakan satu enjin sahaja. Enjin-enjin ini diasingkan oleh sistem transmisi yang direka sebegitu rupa, dan sekiranya ia ditembak dari satu sisi, enjin pada sebelah sisi ini akan melindungi sistem transmisi dan enjin di sebelah satu lagi daripada kerosakkan.
Peralatan elektronik seperti
radio
komunikasi, bantuan navigasi,
ECM
dan
IFF
adalah biasa pada semua helikopter. Sistem-sistem yang dipasang disesuaikan dengan helikopter misi khusus, sebagai contoh kamera-kamera optik dan inframerah untuk helikopter peninjau, sonar mencecah dan radar pencari untuk helikopter anti-kapal selam, pemancar dan penerima radio tambahan untuk geganti radio, pos arahan helikopter dan sebagainya.
Penambahan perisai, pemadam api, sistem dinamik dan elektronik disembunyikan semasa pemeriksaan bersahaja, sebagai tindakan pengurangan kos oleh beberapa negara dan perkhidmatan yang cuba menggunakan helikopter komersil bagi tujuan ketenteraan. Sebagai contoh, terdapat laporan bahawa
China
sedang membesarkan rejimen helikopter penyerangnya dengan helikopre versi kegunaan awam
Mil Mi-17
dengan pantas.
[3]
Helikopter-helikopter ini tidak memiliki perisai dan tindak balas elektronik akan berfungsi dengan baik untuk tujuan latihan, tatapi merupakan langkah membunuh diri sekiranya diperanankan sebagai helikopter penyerang di dalam situasi pertempuran sebenar. China berniat untuk
memasang semula
helikopter-helikopter ini dengan komponen-komponen elektronik dan perisai buatan tempatan, mendapatkan cukup dana bagi mewujudkan rejimen yang cukup dengan pantas bagi dilengkapkan pada setiap
Kumpulan Tentera Darat
, bagi menimba pengalaman di dalam operasi helikopter.
Helikopter penyerang
merupakan sebuah helikopter bersenjata yang digunakan dalam peranan
anti kereta kebal
dan
sokongan udara dekat
. Helikopter penyerang moden pertama adalah helikopter
AH-1 Cobra
semasa era
Perang Vietnam
, yang mana telah menjadi perintis akan susunan klasik kedudukan juruterbang dan pegawai sistem senjata dalam bentuk
tandem
dalam fiuslaj yang sempit, meriam yang dipasang pada dagu dan roket serta peluru berpandu jenis
tembak-dan-lupa
yang dipasang pada tenggekan di tunggul sayap. Penderia-penderia terkini seperti sistem radar
gelombang milimeter
Longbow telah dipasang pada helikopter penyerang moden bagi mencari dan mengenal sasaran-sasarannya, telah menjadikan helikopter penyerang seperti
Apache
milik UK sebagai aset
pengawasan
yang sangat berguna.
Di antara contoh helikopter penyerang adalah,
Helikopter pengangkut tentera digunakan di tempat di mana kegunaan pesawat udara lain mustahil digunakan. Sebagai contoh helikopter pengangkut tentera merupakan pengangkut utama kelengkapan
Kor Marin Amerika Syarikat
yang turun dari
LHD
dan
LHA
. Keupayaan mendarat helikopter hampir tanpa had, dan di mana pendaratan mustahil, sebagai contoh hutan tebal, keupayaan helikopter untuk mengapung bagi menurunkan anggota tentera dengan menggunakan teknik
abseiling
dan
penurunan pantas melalui tali
.
Beberapa contoh helikopter pengangkut adalah;
Kebanyakan helikopter peninjau dalam
Kelas Ringan
telah mengantikan penggunaan pesawat-pesawat seperti
Taylorcraft L-2
dan
Fieseler Fi 156
, dalam peranan iringan (
pengawasan
) dan pemerhatian udara (
pemerhati artileri
/
kawalan udara hadapan
). Contoh helikopter pemerhati termasuk
Aerospatiale Gazelle
dan
OH-58 Kiowa
.
[4]
Pada awalnya, peranan helikopter-helikopter ini terhad pada melakukan pemerhatian visual oleh krew udara, dan kebanyakannya memiliki kokpit bulatan yang digilap baik untuk memaksimumkan kadar penglihatan. Penglihatan manusia kini dibantu dengan sistem-sistem oenderia optik yang lebih baik. Pada hari ini, sistem-sistem optik termasuklah
laser
pelbagai fungsi yang mampu bertindak sebagai sistem
pengukur dan pengesan laser
dan
pembidik
,
kamera pencahayaan rendah
dan sistem pengimbas garis
inframerah
yang sering kali dipasang di dalam bebola penderia optik distabilkan. Bebola penderia ini boleh didapati dalam pelbagai kedudukan, kedudukan di dagu dan hidung memiliki kelebihan disorientasi paling rendah apabila digunakan sebagai bantuan penerbangan malam. Kedudukan-kedudukan lain termasuk pada bumbung kabin dan tiang di atas rotor utama> Kedudukan-kedudukan ini memiliki kelebihan yang membenarkan majoriti helikopter kekal tersembunyi apabila menggunakan profil penerbangan "melompat-pagar" dan
menyusur bumi
.
Beberapa contoh helikopter peninjau ringan adalah,
Helikopter asas yang sama boleh dilengkapi dengan peranan khusus yang berbeza sebagai contoh
Eurocopter Dauphin
dan kelainannya wujud sebagai sebuah helikopter anti kereta kebal, anti kapal selam, cari dan selamat, pemngangkut dan versi VIP. Walaupun dikonfigurasi sebagai helikopter utiliti, helikopter ini boleh diubah dengan pantas bagi melaksanakan sebarang tugasan misi yang lain. Ia mungkin tidak boleh melaksanakan tugasnya sebaik helikopter khusus tetapi sudah cukup baik untuk membawa perubahan. Alasan utama mengapa helikopter utiliti digunakan melangkaui fungsinya adalah kerana tidak semua pengguna boleh mengekalkan keseluruhan helikopter khusus, antara sebab-sebabnya mungkin;
- Kewangan dan perkhidmatan negara pengguna tidak mampu untuk memperoleh dan menyelenggara kesemua helikopter yang diperlukan.
- Teknologi contohnya
PZL W-3 Sokoł
merupakan satu-satunya jenis helikopter yang dikeluarkan oleh
Poland
dan ia disesuaikan bagi memenuhi kesemua keperluan negara itu.
- Operasi contohnya
kapal penyerang amfibia
hanya boleh membawa jumlah helikopter yang terhad, maka jenis helikopter yang dibawa mesti melaksanakan kesemua tugasan yang mungkin.
- Politik seperti tentera udara enggan membenarkan tentera darat untuk menggunakan helikopter melepasi saiz dan keupayaan tertentu.
Di antara contoh helikopter utiliti adalah,
Antara kegunaan helikopter praktikal pertama berlaku apabila
R4
dan
R5
yang diperolehi oleh pasukan tentera A.S dan UK diatur gerak dari
penjajap
dan kapal tempur tentera laut, pada mulanya untuk membantu tetapi kemudian telah mengantikan penggunaan pesawat pengawasan yang dilancarkan menggunakan manjanik. Keupayaan helikopter terawal dalam bidang lain adalah sebagai pesawat kawalan yang beroperasi dari
kapal pengangkut pesawat
dan ditugaskan untuk menyelamatkan juruterbang yang terpaksa mendarat di atas air.
Kematangan teknologi helikopter seiring dengan peningkatan muatan dan ketahanannya dalam
peperangan anti-kapal selam
. Pada awalnya, helikopter telah digunakan sebagai sistem penghantaran senjata, melancarkan
torpedo
dari udara dan
caj dalam
berdasarkan maklumat yang telah disediakan oleh pangkalannya atau kapal-kapal lain. Pada 1960-an, enjin
turboshaft
dan
pengecilan
telah membenarkan dua laluan pembangunan, helikopter lebih kecil seperti
Westland Wasp
mempunyai keupayaan seperti helikopter
enjin piston
awal tetapi cukup kecil bagi digunakan daripada frigat, manakala helikopter seperti
Sea King
dengan gabungan peralatan
sonar
cecah,
radar
dan
pengesanan anomali magnetik
yang telah dipasang yang mana membolehkannya untuk bertindak secara bersendirian dari kapal pembawanya.
Helikopter maritim pada hari ini masih dikategorikan sebagai dari jenis pelbagai guna kecil dan sederhana besar. Jenis kecil seperti
LAMPS
dan
Westland Lynx
telah direka untuk dioperasikan daripada kapal tempur bersaiz
frigat
dan
pembinasa
. Kegunaan helikopter sebegini dan keinginan untuk membawa dan mengoperasikan dua jenis helikopter ini daripada kapal bersaiz frigat dan pembinasa telah memberi kesa pada saiz maksimum helikopter ini dan saiz minimum bagi kapal. Dengan peningkatan
pengecilan
, enjin lebih baik dan persenjataan moden, pemusatan keupayaan dilakukan bagi membenarkan helikopter pelbagai peranan moden yang beroperasi di atas kapal pembinasa beroperasi bersendirian di dalam peperangan anti-kapal selam, anti-kapal, mengangkut dan
SAR
dan
pengawasan
. Kebanyakan helikopter ini sekarang telah dilengkapi dengan kombinasi penderia optik di dalam bebola penderia penstabilan.
Dalam beberapa angkatan tentera laut, keperluan untuk helikopter bersaiz sederhana dan besar dihapuskan. Dalam angkatan tentera lain, penggunaannya terus dikekalkan untuk dioperasikan daripada kapal pengangkut dan pangkalan darat; ia wujud sebagai contoh, merupakan kekuatan utama cabang udara kapal pengangkut British, Sepanyol dan Itali dalam peperangan anti-kapal selam. Apabila beroperasi daripada pangkalan darat, helikopter bersaiz sederhana dan besar berperanan sebagai anti-kapal selam bagi mempertahankan pelabuhan dan limbungan tentera daripada serangan kapal selam musuh. Antara sebab lain penggunaan jenis helikopter ini dikekalkan adalah faktor kelebihan muatan dan ketahanannya berbanding jenis yang lebih kecil. Sebagai contoh, helikopter Lynx yang digunakan dalam peranan anti-kapal hanya boleh membawa
peluru berpandu anti kapal
jarak dekat dan ringan
Sea Skua
, sementara helikopter Sea King yang digunakan untuk peranan yang sama boleh membawa peluru berpandu
Sea Eagle
yang lebih berat.
Helikopter maritim Soviet, yang beroperasi daripada kapal [penjajap]], diberi peranan tambahan sebagai pemandu dan pesawat
mid-course update
bagi mengekploitasi kelebihan julat penuh peluru berpandu anti-kapal jarak jauh yang terdapat pada kapal penjajap.
Kebanyakan helikopter maritim "dimarinkan" untuk beroperasi daripada kapal, ini termasuk meningkatkan perlindungan melawan pengaratan oleh air masin, perlindungan dari kemasukan air (termasuk semasa mencuci dengan air tawar bagi membersihkan air masin), memastikan talaan peralatan elektronik yang dipasang mesti serasi dengan pelaratan elektronik kompleks pada kapal perang dan peruntukan
pendaratan kecemasan
di laut.
Setelah penggunaan helikopter diperkenalkan dalam perkhidmatan tentera, ia mula digunakan dalam misi
Cari dan Selamat
. Secara teori, helikopter memiliki kelebihan berbanding pesawat konvensional dengan berupaya untuk mengapung dan berlepas atau mendarat di mana-mana. Bagaimanapun, pada awalnya jarak dan keupayaan terhadnya menghalang keberkesanannya. Semasa di dalam misi
Kempen Burma
, sebuah helikopter telah membuat beberapa kali perjalanan bagi memindah keluar penumpang dari pesawat pengangkut yang terhempas. Semasa
Perang Korea
, teknologi helikopter telah berkembang ke tahap di mana ia boleh menyelesaikan misi menyelamat. Dalam
Cari dan Selamat Temppur
(CSAR), pasukan payung terjun
Tentera Udara Amerika Syarikat
boleh diatur gerak dengan menggunakan helikopter bagi mencari, menstabilkan dan mengeluarkan krew udara yang ditembak jatuh di dalam kawasan musuh. Dalam peranan
CASEVAC
/
MEDEVAC
, helikopter seperti Bell 47 boleh mengurangkan masa yang diambil bagi membawa anggota yang tercedera dari garisan hadapan ke hospital.
Semasa
Perang Vietnam
, Tentera Udara A.S telah memperoleh helikopter
Sikorsky S-61R
(Jolly Green Giant) dan
MH-53 Pave Low
(Super Jolly Green Giant) untuk misi CSAR. Helikopter-helikopter ini dilengkapi dengan perisai, beberapa
minigan
dan penderia penerbangan malam dan navigasi terbaik yang boleh didapati, helikopter milik Tentera Udara A.S. ini merupakan pesawat paling canggih dan berkuasa dalam kalangan helikopter pengangkut Amerika Syarikat.
[2]
After the war the MH-53's were continuously updated.
Amerika Syarikat merupakan satu dari sejumlah kecil negara di dunia yang mengekalkan sejumlah besar helikopter khusus. Kebanyakan negara memenuhi keperluan mereka dengan membeli helikopter kegunaan am yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis misi, dengan memasang sistem modular sekiranya keadaan memerlukan. Sebagai contoh, meskipun beberapa helikopter
Chinook
British telah dilengkapi dengan peralatan penerbangan malam dan lain-lain bagi membolehkannya digunakan bagi misi masuk dan keluar pasukan khas, ia tidak menghalang British dari menggunakan Chinook dalam peranan pengangkutan udara am. Chinook juga boleh melaksanakan peranan CASEVAC kerana keupayaan pengangkutannya membenarkan helikopter ini membawa pasukan perubatan dan peralatan khusus. Walau bagaimanapun, kekurangan helikopter khusus dalam
Angkatan Tentera British
, terutama untuk CASEVAC (helikopter yang ditugaskan bagi peranan CASEVAC datang dari helikopter kongsi yang boleh didapati), telah mendatangkan kebimbangan di dalam negara dan medan pertempuran.
[5]
[6]
[7]
Beberapa perkhidmatan menggunakan versi helikopter operasi mereka, biasanya helikopter dalam kelas ringan untuk melatih juruterbang. Sebagai contoh, British menggunakan
Aerospatiale Gazelle
dalam misi operasi dan latihan. Beberapa perkhidmatan juga memiliki fasa
ab initio
dalam latihan yang menggunakan helikopter yang sangat ringkas.
Tentera Laut Mexico
telah memperoleh sejumlah helikopter komersil
Robinson R22
[8]
dan
R44
untuk tujuan ini.
Sungguhpun tidak penting semasa operasi tempur, helikopter mampu memberikan kelebihan yang besar bagi pengendali mereka sebagai
pengganda kuasa
. Bagi memaksimakan kesannya, helikopter digunakan dalam pendekatan senjata gabungan (
combined arms
).
[9]
Taktik helikopter dalam peperangan kematan tinggi di dunia barat dibangunkan dari segi
Perang Dingin
. Pasukan helikopter
NATO
di lihat sebagai penting bagi melumpuhkan sebarang serangan pukal oleh tentera dan kereta kebal Soviet.
[2]
Selama beberapa tahun, kekuatan tunjang pasukan ini adalah generasi pertama helikopter anti kereta kebal seperti
Alouette
Perancis dan
Westland Scout
British. Ia dilengkapi dengan
peluru berpandu udara ke permukaan
seperti
SS.11
dan
SS.12
. Kemudian ini digantikan dengan
Aerospatiale Gazelle
dan
MBB Bo 105
, dilengkapi dengan peluru berpandu
HOT
, dalam perkhidmatan Perancis dan Jerman, dan
Westland Lynx
, dilengkapi dengan
TOW
, dalam perkhidmatan British. Disebalik berhadapan dengan serangan, pasukan helikopter akan digunakan bagi memandu pasukan penjajah kesaluran yang kemudiannya akan diserang oleh perisai NATO, peluru pemampan (
stand off munitions
dan serangan udara.
Bagi mempertingkatkan ketahanan tempur helikopter bersenjata peluru berpandu dengan menghapuskan keperluan terbang pergi balik ke pengkalan mereka, helikopter pengangkut akan membawa juruteknik, mengisi peluru dan bahan api (biasanya pada pundi bahan api di bawah) ke hadapan. Helikopter pengangkut ini akan mendarat dan membina "Titik Pengisian Peluru dan Senjata Hadapan" - (
Forward Arming and Refueling Points -FARP
) di lokasi dan masa yang telah dipersetujui di mana helikopterbersenjata akan berundur untuk pengisian peluru dan bahan api dengan enjin dan kipas masih berputar.
[2]
Sebaik sahaja helikopter bersenjata telah diisi dan berlepas, juru teknik akan menaiki helikopter pengangkut dan kembali ke pengkalan bagi mengambil lebih banyak bahan api dan peluru bagi FARP berikutnya. Keselamatan FARP dikekalkan dengan menghabiskan sedikit masa di daratan. Dengan keupayaan membawa juru teknik dan pengisian semula dalam ruang penumpangnya,
Mil Mi-24
Soviet mampu bertindak sebagai pengangkut FARPnya sendiri.
Di udara, sepasang helikopter anti kereta kebal dan sepasang helikopter peninjau tidak bersenjata atau senjata ringan akan membentuk pasukan
pemburu-bunuh
(
hunter-killer
). Terbang pada aras rendah dalam pendekatan
menyusur bumi (
nap-of-the-earth
)
kearah musuh, helikopter peninjau akan digunakan bagi mengesan musuh dan memeta kedudukan serangan hendap bagi helikopter bersenjata. Kemudian, helikopter peninjau akan menggunakan penetap laser bagi memandu peluru berpandu yang dilepaskan dari helikopter bersenjata. Selepas menjumpai sasaran, helikopter peninjau akan mengarah helikopter bersenjata di mana untuk melepaskan tembakan. Helikopter bersenjata hanya perlu naik dari persembunyian seketika untuk melepaskan peluru berpandunya sebelum kembali berundur dari ancaman. Tanpa jejak dari tembakan peluru berpandu yang menampakkannya, helikopter peninjau boleh memandu peluru berpandu kepada sasaran dengan selamat.
Pasukan pemburu-bunuh akan bekerjasama dengan kapal terbang pemusnah kereta kebal sayap kekal dan kapal terbang serangan darat. Menyerang barisan kereta perisai musuh bergerak di jalan, pasukan pemburu bunuh akan cuba menghentikan barisan tersebut dengan memusnahkan kenderaan pertama dan terakhir, membenarkan masa bagi kapal terbang sayap kekal menyerang.
[2]
Sebagai tambahan kepada helikopter anti kereta kebal, tugas mengarah pasukan Soviet juga dilakukan oleh pasukan anti kereta kebal bergerak, seperti
kenderaan tempur berperisai
bersenjata
peluru berpandu anti kereta kebal
dan pasukan kecil komando dalam kenderaan ringan dengan membawa ATGW mudah alih. Rancangan
Tentera British
memerlukan pasukan anti kereta kebal bersaiz seksyen dilengkapi dengan ATGW
MILAN
mudah alih bawaan untuk diangkut oleh
Lynx
versi pengangkut pada kedudukan menyerang unsur
echelon
sisi dan belakang penceroboh.
Dalam
peperangan gurila
dan menangkis pemberontakan (
COIN - Counter-insurgency
)) kedua pihak cuba mengekalkan kebebasan beroperasi sementara menafikan pihak lawan keupayaan ini. Dalam bentuk paling kasar, ini boleh ditakrifkan sebagai cubaan penguasaan darat. Sepanjang sejarah pertelingkahan sebegini, ini telah menjadi ciri pasukan penjajah/kerajaan berkubu dalam kubu pertahanan dan kawasan dari mana mengadakan rondaan dan konvoi. Pihak pemberontak dan gurila akan cuba memaksa kejatuhan pihak biasa melalui serang hendap, sabotaj, dan pembunuhan. Dalam permainan tikus dan kucing, pasukan COIN akan cuba menghalang pihak gurila beroperasi, dan menawan dan menghapuskan yang melakukan sebaliknya. Pihak gurila akan cuba mengelak pasukan COIN jika boleh kecuali mereka dalam keadaan menyerang hendap dan memenangi pertarungan dengan pasukan COIN.
Operasi pasukan COIN dari pengkalan tetap disambung dengan jaringan tetap jalan mungkin menjadi kelemahan. Penentang dan penyokong tempatan mungkin memantau kemudahan sebegini secara senyap dan mengumpul risikan mengenai jadual dan laluan peronda dan konvoi. Dengan risikan sebegini pihak penentang mampu menyelaras masa operasi mereka untuk mengelak pasukan COIN atau merancang serangan hendap bagi menghapuskan mereka, bergantung kepada situasi taktikal mereka sendiri.
Helikopter mengembalikan unsur kejutan dan kelenturan taktikal kepada pemerintah COIN. Peronda tidak perlu bermula di tempat yang sama (laluan utama kawasan tempatan), juga konvoy bekalan terpaksa melalui jalan dan lebuh raya yang sama. Sebagai contoh semasa keadaan
The Troubles
,
Provisional Irish Republican Army
menjadi mahir mengelak rondaan dan sekatan jalan raya tetap. Bagi mengelak pola mudah diramal, rondaan dijalankan oleh helikopter. Ini dikenali sebagai Peronda Helang (
Eagle Patrols
(pada awalnya menggunakan
Westland Wessex
dan kemudian ditambah dengan
Aerospatiale Puma
) dan mampu menghalang keupayaan IRA untuk mengerakkan ahli dan senjata.
[2]
Berupaya mengangkut 16 hingga 20 tentera, helikopter kerkeupayaan tinggi mampu mengerakkan cukup tentera bagi membentuk halangan jalan mudah alih yang berkesan, dengan separuh pasukan membentuk pasukan pencari dan separuh yang lain membentuk pasukan keselamatan pemantau. Sekatan jalan ini akan diletakkan bagi memintas kenderaan yang dikenal pasti oleh jaringan menara pemantau, helikopter peninjau, atau pemerintah Peronda Helang (
Eagle Patrol
), kerana bertindak dalam cara yang menimbulkan syak.
Dalam selepas penjajahan Iraq, 2003, helikopter telah digunakan sebagai lori bekalan udara dan pengangkut tentera bagi mematah penentang Iraqi.
[10]